cemas

1.2K 33 0
                                    

Bangun sahaja Adam agak terkejut apabila Alya tiada disisinya.

"Alya!. Alya!" Adam mencari Alya didalam biliknya. Hampa. Alya tiada disitu.

"Alya." Melihatkan sesusuk tubuh didalam dapur, membuatkan hatinya yang gusar menjadi tenang. Adam menuju kearahnya.

Alya yang asyik mendengar lagu dari headphonenya dengan volume suara yang paling kuat tidak perasan akan kehadiran Adam dibelakangnya.
Hampir terlepas pinggan yang dicucinya dari tangannya apabila tangan Adam melingkari pinggang ramping Alya. Kepalanya diletakkan pada bahu kecil Alya.

"Ish. Terkejut. Tahu." Alya mengomel.

"Ahahaha, sayang lah abang panggil tak nak nyahut. Risau tahu." Adam sepertinya mahu menangis. Gembeng gila Adam.

"Tak lah. Yaya siapkan breakfast." Alya menyudahkan basuhan pinggannya dan terus menarik Adam ke meja makan.

"Adam rindu yaya." Adam sebak. Alya sudah menerimanya kah?

Alya tersenyum dan terus mengucup bibir Adam sekilas.

"Rindu lagi tak?" Seperti anak kecil Adam mengangguk manja.

Giliran Adam pula memeluk Alya erat.

"Jangan tinggalkan abang please." Adam merayu. Entah kenapa dirinya sangat takut kehilangan Alya.

Alya tersenyum.

'Saya tak janji Adam,' Alya monolog.

"Dah jom makan." Alya meleraikan pelukan dan menarik tangan Adam kearah meja makan.

"Sedapnya sayang masak."

"Tengok tangan lah." Alya bangga diri.
.
.
.
"Tak guna! Perempuan tu tak tinggalkan Adam lagi." Rose menghentak meja kopi dihadapannya.

"Kau tunggu perempuan. Tunggu nasib kau." Rose menikam tepat pada gambar Alya yang berada diatas meja.
.
.
.
"asslamualaikum, zaf." Adam memberi salam.

"waalaikumsalam. Adamm rindunya kat kau."

"Eee bernanah telinga aku dengar."

"Yelah kau, dah bahagia mana nak ingat aku."

"Mana de,zaf aku ada perkara penting nak bincang dengan kau ni. Jumpa tempat biasa."

"Okay."
.
.
.
"Zaf tolong aku Zaf." Zafri yang sedang menghirup kopi kegemarannya mterangguk-angguk.

"Tolong aku jagakan Alya." Muka Adam penuh dengan pengharapan.

"Maksud kau?" Zafri tidak faham.

"Rose ganggu aku balik. Dia ugut nak cederakan Alya."

"Jadi kau nak aku tolong kau apa?" Perbincangan mulai serius.

"Kau tolong aku upahkan pengawal untuk jaga isteri aku dari jauh. Boleh?"

Zafri mengangguk.

"Kau nak kemana?suruh orang yang jagakan pula."

"Aku...entahlah.. aku pun tak yakin yang aku boleh lindungi Alya." Adam membuang pandangannya ke luar jalan.kelihatan hari sudah mendung.

"Pape pun tolong aku tau. Aku nak balik dulu. Risau Alya kat rumah sorang-sorang."

"Kalau gitu aku pun gerak dulu lah. Kau belanja kann" zafri terus memboloskan dirinya agar Adam yang membayar harga kopi yang dihirupnya tadi.

Adam hanya mampu menggeleng.

Adam cuba menghidupkan enjin keretanya. Hampir sepuluh kali. Tak berjaya juga. Nak minta tolong Zafri memang taklah. Zafri mungkin dah sampai rumah.

"Hello Assalamualaikum Lan. Boleh tak amik kereta aku kat depan kafe bonda ni."

Adam terus menahan teksi. hujan mulai turun dengan lebat.

Tiba disimpang membelok kerumahnya, teksi tidak dapat masuk kerana ada pokok tumbang. Mahu tak mahu terpaksalah Adam meredah hujan. Takkan nak bertapa pula dalam teksi tu. Memandangkan jarak rumahnya dengan simpang jalan tidak jauh Adam mengambil keputusan untuk berjalan.
.
.
.
"Mana lah Adam ni?" Alya agak gusar. Adam masih belum pulang sejak dari tengahhari tadi. Sudah hampir ke maghrib. Hujan pula turun menggila.
Alya duduk disofa cuba menenangkan dirinya.

"Assalamualaikum," Alya terus memandang kearah pintu. Membulat matanya melihat keadaan Adam. Basah kuyup. Cepat-cepat Alya mengambil tuala dan membaluti tubuh Adam yang mulai menggigil.

"Kenapa basah ni? Abang pergi mana? Saya risau tahu tak?" Mulut Alya tidak berhenti menyoal Adam. Tetapi tangnnya sibuk mengeringkan rambut basah Adam.

"Sayang. Abang tak de pape lah. Kena hujan sikit je." Adam memegang tangan Alya. Mengeringkan sendiri rambutnya sambil membuat muka comel.

"Ingat comel?"

"Sayang marah lagi comel."

"Ish dia ni, orang seriuslah."

"Ahahaha. Abang naik atas dulu." Adam mencium dahi Alya dan terus naik keatas.

Adam terasa pinggangnya dipeluk dari belakang.

"Adam janganlah buat yaya risau lagi."
Airmata Alya mulai bertakung.

"Sayang. Abang tengah basah ni." Alya mengeraskan badannya memeluk Adam. Lantas Adam memusingkan badannya dan terus memeluk Alya kembali.

"Kenapa ni? Semacam je." Alya mulai menangis.

"Lah nangis pula." Adam mengesat airmata Alya.

"Awaklah. Saya risau tahu tak?" Adam tersenyum.

"Okay. I'm truly sorry okay? jom tukar baju. Nanti dua-dua demam." Adam menarik tangan Alya dan berlalu kedalam bilik.

SetiaWhere stories live. Discover now