Ijab&qabul

1.7K 49 6
                                    


Pagi tadi Alya sudah sah bergelar isteri kepada Adam. Sekali lafaz sahaja segalanya berubah. Walaupun hatinya masih sakit mengenangkan Adam pernah memainkan perasaannya. Tapi apakan daya. Hatinya masih tidak dapat menipu dirinya masih mencintai Adam.

"Woi kau tidur sofa aku tidur katil eh." Alya membuka bicara setelah melihat Adam habis washup.

"Peh mana aci. Aku penat tau kena sental periuk tadi. Ah aku nak tidur atas katil jugak." Adam terus membaringkan tubuhnya diatas katil empuk Alya.

"Aci kat india. Turun lah. Kau tidur sofa." Alya masih berusaha menolak Adam turun dari katil.

"Try lah jatuhkan aku. Keding." Adam memprovokasi.

"Ah tak de aku nak tidur atas katil jugak." Alya terus baring disebelah Adam. Selimut ditarik kuat.

"Share ah selimut." Alya menjeling.

"kau turun dari katil ni aku bagi selimut ni." Alya berunding.

"Ah tak nak aku. Baik aku tidur." Adam memjamkan matanya. Penat sangat menyental bontot periuk yang berkerak siang tadi.

"Ah lantak lah." Alya membelakangi Adam.

'Anak mama dah kahwin dengar cakap suami. Jangan kasar-kasar dengan dia. Tidur jangan membelakangi suami berdosa.'

Teringat pesan mamanya ketika mereka mencuci pinggan bersama. Terus badannya dikalihkan memandang wajah lena Adam.

'Kenapa susah untuk aku lupakan kau? Aku cintakan kau.' airmatanya gugur.

Teringat peristiwa Adam sengaja mempermainkannya.

"Assalamualaikum. Awak nak kenal boleh?" Adam cuba mengurat wanita dihadapannya kini. Orangnya biasa-biasa. Memakai cermin mata besar. Nampak nerd.

"Emm emmm awak tanya saya ke?" Alya seakan tak percaya. Jejaka yang menjadi idaman setiap wanita menegurnya.

"Hanya awak sorang je sekuntum bunga kat sini yang nampak bersinar waktu ni." Adam mula mengayat.

"Emm awak ni ada ada je." Alya membetulkan cermin matanya.

Sejak itulah Adam dan Alya mula rapat. Malah Adam juga menyuntingnya menjadi teman wanitanya. Hari yang dilalui Alya semakin bahagia. Tetapi ada sahaja yang mendengki dengannya. Tetapi Adam datang tepat pada waktunya. Adam waktu itu seolah pelindung kepadanya.

"Awak. Saya ada hal penting nak cakap ni." Alya membetulkan cermin matanya gedabaknya.

"Pe dia cakap lah." Adammengambil tempat disebelah Alya.

"Yaya cintakan adam" adam hanya tersenyum.

"Adam pun cintakan yaya." Adam senyum kembali.

"malam ni Adam nak yaya pakai cantik-cantik. Kita dinner." Adam pantas bangun dari duduknya setelah melihat jam di tangan.

"Emm okay. Pukul berapa." Melihat Adam yang terkocoh-kocoh Alya pun bangun hendak mengejarnya.

"I will take you at seven. I already late for my class. bai. Take care darl." Adam melambai mesra.

malam

"Kita nak pergi mana ni?" Alya membetulkan dress labuh yang dipakainya.

"just wait and see." Adam berteka-teki. Adam membelokkan keretanya ke arah tepi pantai.

"Kita nak pergi pantai ke?" Adam mengangguk dan tersenyum.

"Kita makan dulu eh." Adam menarik tangan Alya kearah satu restoran yang terletak ditepi pantai. Seusai makan Adam mengajaknya berjalan di gigi air.

"i do loves beach." Alya memandang Adam dan tersenyum.

"But i love you more" Alya menyambung.

Adam tergelak.

"Nak sambung cia cia cia ke?" Adam mempersoalkan. Alya hanya menggeleng.

"Kalau yaya sayangkan Adam, Adam nak yaya jerit kat pantai ni yang Alya sayang Adam."

"Tak nak ah malu." Alya mempercepatkan langkahnya.

"Maknanya Alya tak sayang Adam lah kan." Adam menjerit dari jauh.

Alya lantas memusingkan badannya kearah pantai. Cermin matanya dibetulkan. Nafas ditarik dalam.

"I. Love. U. Adam" Alya menjerit sekuat hatinya.

1.
2.
3.

Lampu terpasang. Orang yang dekat semak keluar dengan memegang kameranya. Berjaya merakam scene yang acah romantik.

"Bro tahniah. Kau memang the best." Ucap salah seorang jurukamera tak berbayar.

Alya merapati Adam.

"Awak. Apa semua ni?" Airmata Alya masih ditahan.

'Aku dah dipermainkan ke?'

'Apa semua ni.'

"Ha bro bagitahu lah rancangan kita tu." ariff menyenggol lengan Adam.

"Rancangan apa ni awak?" Alya mula hilang sabar.

"sebenarnya aku rapat dengan kau sebab aku sahut cabaran diorang untuk buat kau jatuh hati kat aku." Adam senyum sinis.

"ke..kenapa awak buat saya macam ni?" airmata Alya bercucuran gugur.

Adam hanya menjeling.

"Eh perempuan kau ingat aku nak kat kau ke. Aku pura-pura je lah. Ni perkenalkan girlfriend aku Rose." Adam memperkenalkan wanita yang berada disebelahnya.

Sebelum kakinya tidak dapat menampung badannya sebaiknya dia beredar dari situ. Dari jauh kedengaran ketawa-ketawa jahat dari rakan-rakan Adam.

Airmata dihapus. Teringat akan masa lalu membuatkan Alya sedih. Selepas kejadian itu, Alya terus menyambung pelajarannya ke luar negara. Dia tekad untuk berubah. Malangnya jalan yang dipilih membawanya semula kepada Adam.

Alya membawa dirinya ke sofa. Mahu tidur disitu. Tak sanggup rasanya mahu sekatil dengan Adam. Takut jiwanya sakit lagi. Sakit yang dulu pun mengambil masa nak sembuh.

Adam tersedar dari lenanya.

'Mak aih sejuknya bilik ni.'

Adam merasakan bahawa tempat sebelahnya kosong.

'Mana minah ni pergi.'

Adam bingkas bangun dari baringnya mencari sesusuk tubuh isterinya.

Melihat Alya yang mengerekot kesejukan membuatkan Adam rasa serba salah.

'Mesti dia yang selimutkan aku.'

Adam mengangkat tubuh kecil Alya keatas katil. Manakala dia tidur di sofa.

'Hailah perempuan.'

5 minit kemudian...

"Ish tak tahanlah sejuk." Terus sahaja Adam baring disebelah Alya yang enak dibawah comforter. suhu penghawa dingin dinaikkan.

SetiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang