pergi.

1.2K 37 4
                                    

"Kenapa sayang termenung." Adam menghampiri Alya dibalkoni. Tangannya dilingkari pada pinggang ramping Alya dari belakang.

"Tak de pape." Alya tersenyum fake.

"Hey perempuan. Kau ingat aku lagi?" Suara di hujung talian seakan pernah didengarinya.

"Maaf cik. Saya tak kenal pun cik. Mungkin cik salah orang." Alya menyedapkan hatinya. Yang mulai gusar.

"Aku nak kau jauhi Adam. Tinggalkan dia. Dia milik aku. Kalau terjadi apa-apa pada Adam,kau kena ingat kau puncanya."

"Sayang jomlah masuk. Sejuklah kat luar ni." Adam mengeratkan lagi pelukannya. Alya tersentak.

'Adam saya cintakan awak.' Alya merenung dalam anak mata Adam.

"Sayang okay?" Adam khuatir melihat muka gusar Alya.

"Abang,," Alya berjeda.

"Ya sayang." Adam memberikan senyuman ikhlasnya.

"Jom pergi bercuti nak tak?." Adam tersenyum lalu mengangguk.

"Saya ada satu lagi hal nak cakap."

"Apadia sayang...." Alya menyandarkan kepalanya pada dada Adam.

"Apa awak akan buat bila saya tinggalkan awak?" Adam tersentak.

"Apa maksud sayang?" Hatinya mula gusar. Walhal baru sekejap cuma dia merasa bahagia bersama Alya. Kenapa soalan ini yang ditanya?.

"Maksud saya bila saya tiba-tiba pergi dari hidup awak."

"Mustahil abang boleh hidup tanpa sayang." Adam mencium ubun-ubun Alya. Pelukannya diketatkan seperti tidak mahu melepaskan Alya pergi.

"Abang, sayang tak boleh bernafas lah."

"Macam tulah hidup abang tanpa sayang. Susah nak bernafas." Airmata Adam mula bertakung. Dia benar-benar takut akan kehilangan Alya.

"Abang nangis ke?" Alya cuba mencari raut wajah Adam. Tetapi hampa tangan Adam melekapkan kepalanya pada dada Adam.

"Ish manade." Adam berdalih.

Alya tahu Adam menipu. Pelukan Adam dibalas erat.

"Sayang jangan tinggalkan abang please." Alya tersenyum.

"Aip aip captain. Jom masuk."
.
.
.
"Tak guna punya perempuan.!" Rose menghentak iphonenya di atas meja cafe. Tangannya disilangkan ke dada. Hidungnya dikembang kempiskan.

"Shitt." Rose menjerit tiba-tiba

"Maafkan saya cik. Saya tak sengaja." Syafiq meminta maaf. Bukan niatnya mahu menumpahkan jus oren pada wanita dihadapannya kini.

"Bikin aku panas je lah kau ni." Baju yang dipakai Rose agak jarang pada pandangan syafiq tambahan setelah air tumpah pada bajunya. Kotnya dibuka dan disarungkan pada tubuh wanita tadi.

"Apa ni?"Rose membentak sikit.

"I'm your saviour you know?"

"No you're disaster." Rose masih memandang lelaki dihadapannya tajam.

"I can see through without this coat." Syafiq mengemaskan peletakkan kotnya pada badan Rose.
Muka Rose berona merah.

"I prefer red than black. More sexier." Rose terus menyilangkan dadanya.

"Pervert" Rose terus mengambil hanfonnya dan beredar. Syafiq tersenyum nakal.

Langkahnya terus dibawa ke meja rakan-rakannya.

"Eh mana air kau Fiq."

"Heh" Syafiq hanya tersenyum.

"Eh Azam tu tanya bukannya buat lawak." Sampuk Riduan.

"Oh air aku tumpah tadi."
.
.
.
Rose kembali ke keretanya dan terus balik ke kondominium mewahnya yang dihadiahkan ayahnya.

"Semua lelaki tak guna."
Rose mencampak kot tadi pada tempat duduk sebelahnya.
.
.
.
"Weyh babe malam ni tempat biasa tau. Aku ada barang baek punya."

"Emm. Malaslah." Rose menjawab perlahan.

"Rugi kau tak datang weyh."

"Ishh yalah nanti aku datang."

"That's my girl. Bye" zita terus mematikan talian.

Rambut panjang yang menutup mukanya di raup ke belakang. Langkah malasnya dibawa ke bathtub. Mahu berendam setelah stress satu hari.
.
.
.
Jean skinny disarung. Baju merah tali halus disarung. Rambutnya dibiarkan bebas. Simple dan elegan. Kakinya dihala kearah kelab malam.

"Ehhh Rose dah datang." Zita menjerit.

"Mana barang baek kau tu."

"Jap lah. Nanti diorang sampai."
Setelah lima minit menunggu Rose semakin fedup. Punggungnya diangkat mahu beredar.

"Eh lek ah baru lima minit."

"Aku tak suka menunggu." Rose terus membuka langkahnya.

Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang. Dan bajunya basah LAGI SEKALI DALAM SATU HARI.
"Shitt again."

"Sorry miss."

Rose terus melihat siapa yang dilanggarnya tadi.

"Pervert?"

"Sorry miss, not pervert but saviour."

Dahinya di kerut.

"Memang kerja kau suka buat baju aku basah ke apa?"

"Red suits you, darl."

"Gi mampos."

"Jangan marah-marah nanti cepat tua. Tu ha dah nampak dah." Syafiq tunjuk pada dahi Rose.

"Nampak apa?" Rose mengesat dahinya. Mana tahu ada kesan kotoran.

"Nampak dah kedutnya tu. Hailah nenek ni."

"Orang gila." Rose terus keluar dari tempat yang sesak itu. Syafiq pula terus mengejarnya.
.
.
.
"Weyh ada barang baik ah."  Rose tidak mengendahkan suara-suara sumbang yang cuba menyakatnya. Langkahnya dilajukan.

"Hai cik adik. Nak kemana." Lelaki tadi terus menghalang jalan Rose.

"Tepilah," salah seorang lagi cuba mendekati Rose. Baju tali halusnya cuba direntap.

Rose mula cemas. Dilorong gelap ni jaranglah ada orang lalu.

"T..tolong." Rose menjerit ketakutan. Tangan-tangan gatal mula berani menyentuh tubuhnya.

"Woi korang buat apa tu hah." Syafiq menyergah. Lelaki-lelaki tadi terkejut lalu melarikan diri. Pengecut betul.

Kaki Rose lemah dan terus jatuh lelah.

"Awak tak apa-apa?" Syafiq menyoal cemas. Apabila melihat wajah pucat Rose. Bahagian tubuh Rose yang terdedah ditutup. Terus tubuh Rose diangkat dibawa menuju ke keretanya.

Syafiq terus membawa Rose pulang ke kondominiumnya.

Huhuhu lama dah tak update. Buzy lah lately ni. Lol😌😊.

SetiaWhere stories live. Discover now