Lambat.

1.2K 47 1
                                    

"Kau asal lambat.?" Sebaik Alya membuka pintu, Adam sudah tercegat dihadapan pintu sambil bercekak pinggang.

Alya senyum menampakkan giginya sambil menunjukkan dua beg plastik ditangnnya.

"Aku serius!" Adam mengetap giginya. Alya terkejut dengan perubahan drastik Adam

"Aku keluar  kejap je."Alya menjawab perlahan.

"Tapi kan aku dah bagi kertas tu.?"

"Tapi boleh je kan kau bukak fon kau telefon aku.!" Masih berteriak.

"Sorry. Aku tak buat lagi dah." Airmatanya mulai bertakung.

"Lagipun kau kan tengah bincang dengan Aira kau tadi. Aku tak nak ganggu."

"Eh kau tak layak lah nak sebut nama dia. Jadi kau jangan sebut."

"Maafkan aku lagi sekali." Airmatanya mulai bercucuran.

"Yang kau tahu cakap maaf.maaf maaf. Hei aku bosanlah dengan kau ni." Sinis sekali Adam menuturkannya.

"Aku naik dulu." Belum sempat Alya naik ketangga yang pertama, rambutnya sudah direntap kasar oleh Adam.

"Auchh sakit Adam" Airmatanya terus menerus mengalir. plastik baju yang tadinya dilepaskan. Tangannya memegang genggam tangan Adam pad rambutnya.

"Tahu kau sakit hah? Kau tahu tak lagi sakit hati aku sekarang ni." Adam melepaskan rambut Alya dan terus naik kebilik.
Alya yang berada diruang tamu hanya mampu teresak.
.
.
.
Pagi-pagi lagi Alya sudah keluar. Takut terserempak dengan Adam. Lagipun dia diminta hadir seawal yang boleh bagi menyiapkan apa yang perlu bagi fashion show mamanya.

"Haa Alya tolong mama siapkan model- model kat belakang tu." Mama Alya yang sibuk mengarah anak buahnya turut mengarah Alya pergi ke belakang set.

"Excuse me,.." Alya menoleh ke belakang. Agak terkejut dengan kehadiran Aira disitu.

"Awak ni sepupu Adam kan?" Aira meminta kepastian.

Alya mengangguk lemah.

"Cik Aira buat apa kat sini?" Alya berbasa basi.

"Oh. Saya salah seorang pereka juga." Alya leka meneliti cara pertuturan Aira san tingkahnya. Sopan.

'Patutlah Adam suka dia.'

"Alya, awak okay?"  Aira melambaikan tangannya dihadapan muka Alya.

"Oh ya saya okay. Nice to meet you anyway." Alya senyum ikhlas.
.
.
.
ketika Alya puling ke rumah, kereta Adam sudah ada si porch.

"Hai awak!!" Alya mencuba mood happy. Tetapi tidak dilayan.

Alya lantas mendekati Adam yang duduk diatas sofa bertentangan dengan televisyen.

"Awak tengah buat apa tu.?"

"Tengah makan. Tak nampak ke?" Garang sahaja suara Adam.

"Uish garangnya. Takut kita." Alya sengaja membuat wajah takutnya.

"Kau pahal?" Adam berkerut.

" ahahahaha. Awak lapar ke? Garang betul. Kejap eh saya pergi masakkan awak." Tanpa membersihkan diri dahulu Alya terus ke dapur dan membuat juadah untuk Adam.

Setelah hampir satu jam bertungkus lumus didalam dapur, Alya berjaya membuat satu candle light dinner untuk mereka.

"Saya mandi kejap tau. Baru makan sama-sama." Adam hanya mengangguk.
.
.
.
"Alya cepatlah. Aku dah lapar."

"Ya dah siap. Awak pergilah meja makan dulu." Alya berteriak dari atas.

"Pahal lah minah ni sediakan lilin bagai. Bukannya aku tak mampu bayar bil api pun." Adam membebel sendirian.

"Hah. Bebel je. Dah duduk diam-diam. Makan je." Adam mengambil tempatnya. Alya mencedukkan nasi untuk Adam. Candle light dinner yang disediakan ala kadar cukup membangkitkan suasana romantik.

"Adam.."

"Hmm.." Alya tersenyum.

"Orang makan kat mulut,awak makan kat dagu." Alya mengambil butiran nasi yang terlekat pada dagu Adam.
Tetapi hanya mendapat jelingan dari Adam.

"Ahahaha. Adam saya surprise untuk awak." Alya tersenyum.

"Apadia." Langsung tak menarik minat Adam untuk berbual dengan Alya.

"Awak tutup mata dulu lah." Alya menghulurkan satu kain hitam.

"Tangan aku kotorlah. Ikat kan lah"

"Okay. Awak tunggu tau." Alya mengikat kain hitam tadi pada mata Adam.

Alya terus berlari anak ke arah peti ais untuk mengambil kek yang dibelinya tadi. Lilin dinyalakan.

"happy birthday to you,
Happy birthday to you.
Happy birthday to my Adam.
happy birthday to you."

Adam membuka ikatan pada matanya. matanya dikelip beberapa kali untuk membetulkan penglihatannya. Tepat dihadapan matanya. Alya sedang menatang kek serta senyumannya disebalik kesamaran.

'Adam saya nak jadikan harini moment yang indah bagi saya. Lepas ni saya akan biarkan awak cari bahagia awak.' Monolog Alya sendiri. Wajah Adam ditatap penuh kasih.

'Apa ni. Aku dah buat macam-macam kat dia. Kenapa dia still baik lagi. Senyuman tu, ikhlas.'

"Cepatlah tiup lilinnya. Lenguh tangan saya." Adam tersentak lalu meniup lilin yang berada diatas kek. Lampu dibuka dan kek dipotong.

"Happy birthday Adam." Alya masih dengan senyumannya.

"Kau ni tak cramp ke pipi kau asyik senyum je."

"Ahahaha." Alya gelak halus.

"Thanks." Adam membalas juga senyuman Alya.

"Welcome. Dah lah kalau awak nak naik, naik lah. Saya nak kemas."

"Aku tolong eh."

"Ehh tak payah. Awak rehat je kat atas. Birthday boy kan." Alya menolak Badan Adam keluar dari dapur.

Terus sahaja Alya mengemas meja makan dan seterusnya basuh pinggan.

Fikirannya menerawang pada perbualannya dengan Aira tadi tengahhari selepas fashion show mamanya.

"Aira, Alya nak tanya sesuatu boleh?"

"Sure, tanyalah." Aira mengacau jus orennya dengan straw.

"Apa hubungan Aira dengan Adam.?" Alya masih fokus dengan jawapan yang bakal dituturkan.

"Ahaha. Soalan apa ni Alya? Dia tu my ex-husband." Alya tersentak. Dia tak pernah tahu bahawa Adam pernah berkahwin.

"Ahahaha. Yeke. Yalah abang sepupu Alya tu perahsia.dia tak nak share dengan Alya pun." Hanya tuhan sahaja tahu perasaan Alya tika itu.

"Aira suka dengan abang Adam lagi?" Alya meminta kepastian.

"Yes i do. I really loves him. But saya tak boleh terima dia lagi buat masa ni. Apapun kami pernah hidup bersama kan." Aira terus menyedut minumannya.

Alya pula hanya mampu terdiam. Kecewa sebenarnya.

Alya cuba menahan air matanya tetapai gagal. Air matanya mengalir lesu. Tangannya kuat memegang  pili air. Lemah kaki yang dirasakan waktu itu.

SetiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang