Chapter 1

332 18 4
                                    


11 Oktober 2016.

'Tok! Tok! Tok!' daun pintu rumah itu diketuk dari luar. .Iman yang sedang asyik menonton siaran langsung bola sepak tersentak mendengar bunyi ketukan itu. selepas itu tombol pintunya pula dipulas dari luar. semakin lama semakin kuat pulasan itu.  Dadanya beralun kuat. berdebar-debar!.Pada waktu malam begini siapa yang datang membuat onar didepan rumahnya? Fikirnya. Dia melihat sekilas jam didinding sudah pun menunjukkan pukul 2.30 pagi. volume tv diperlahankan. Dia bangkit dari sofa dan berjalan perlahan-lahan menuju kearah pintu rumahnya itu. kayu besbol yang berada didalm pasu dicapai.

Goncangan pada tombol pintu itu terus berhenti apabila iman menghampirinya. senyap!. Dia yang berasa cuak dan sedikit gementar cuba mengintai dari lubang pintu. Tidak nampak kelibat sesiapa pun diluar rumahnya. Daun pintu dibuka perlahan-lahan. Sah! Memang tidak ada sesiapa pun disitu. Pelik!. Tiba-tiba matanya terpandang pada satu sampul surat yang diselit dalam kasut yang berada diatas rak. surat itu diambil. Matanya masih mencari gerangan siapa yang meletakkan surat berkenaan disitu. sebelum pintu ditutup,dia sempat menoleh kebelakang. Tidak ada sesiapa pun disitu.

Iman berasa hairan dengan kejadian sebentar tadi. Persoalan demi persoalan bermain difikirannya sekarang. Siapa yang mengetuk dan memulas tombol pintu rumahnya itu? Nak kata hafiz rakan serumahnya tidak mungkin sebab hafiz sekarang berada di kampungnya. Fikirannya buntu. Lebih-lebih lagi dengan sampul surat yang berada ditangannya sekarang menambahkan lagi kekeliruannya. Sampul surat itu diletak diatas meja tv dan dibiarkan begitu sahaja. "Ah! lantaklah siapa pun..baik aku layan bola ni sampai habis.." ngomelnya.

.......................

Diluar rumahnya kelihatan satu lembaga hitam sedang berdiri memandang tepat kearah rumahnya. Sesaat kemudian lembaga hitam itu hilang dalam kegelapan malam seperti api lilin dihembus angin...

THE NEXT!Where stories live. Discover now