Chapter 4

146 14 1
                                    

Kelibat laila sudah tidak kelihatan. Namun malik masih mencari perempuan cantik tersebut. Hatinya kini sudah terpaut dengan kecantikan laila yang secantik bidadari itu. Malik sudah bertekad didalam hatinya bahawa perempuan yang bernama laila itu harus beliau dapatkan. Namun tingkat 3 yang dinaikinya langsung tidak berpenghuni. Sunyi sepi dan malap suasananya. Hanya diterangi dengan lampu dinding yang sudah uzur sahaja. Dinding dan lantai pula penuh dengan habuk dan sarang labah-labah.Sesekali bunyi cicak kedengaran dicelahan syiling-syiling banglo itu membuatkan bulu tengkuknya meremang. Bunyi muzik kedengaran sayup-sayup dari tingkat bawah sesekali memecahkan kesunyian.

"hmm.." keluhnya berat. Dia berasa sungguh hampa. Langkahnya dipusing untuk turun ketingkat bawah. Tiba-tiba matanya terpandang pada bingkai gambar yang tergantung pada dinding disebelah kanannya. ''gambar siapa ni?'' soalnya sendirian. Gambar seorang lelaki tua sedang berpeluk tubuh. Jelingan matanya seperti sedang menahan marah. Mulutnya tertutup rapat. Langsung tiada senyuman terukir disitu. Seolah-olah sedang memberi amaran kepadanya. Tiba-tiba malik terdengar bunyi kaca pecah berderai seperti jatuh dari tempat tinggi yang datangnya dari sebuah bilik yang paling hujung sekali.

Malik tersentak. ''siapa tu ?'' pertanyaannya tidak dijawab. Jantungnya berdegup kencang. secara aotomatik langkahnya terus melangkah kerah bunyi tersebut. Sebaik saja dia meninggalkan bingkai gambar itu, mata lelaki tua itu bergerak mengekorinya. Namun malik langsung tidak perasan akan kejadian itu. Tumpuannya sekarang hanya kepada bunyi tadi. Sebaik saja pintu bilik itu dibuka,malik tersentak dan langkahnya terhenti. Peluh jantannya membasahi dahi.Tubuhnya kaku. Langsung tidak bergerak seperti digam pada lantai. matanya terbeliak seperti sedang melihat sesuatu yang menyeramkan berada didepannya. "ka..ka..kau..?!"

THE NEXT!Where stories live. Discover now