Chapter 9

124 9 3
                                    

Sebaik saja kereta myvi iman memasuki jalan tanah dikawasan banglo biru itu,bulu tengkuk mereka tiba-tiba berdiri tegak. Serentak dengan itu enjin kereta pula mati dengan tiba-tiba. "apesal plak dengan kereta ni..??!" bisik iman. Angin diluar pula tiba-tiba saja bertiup kencang. Daun-daun pokok melambai-lambai kuat seolah-olah memberi amaran kepada mereka. "aku rase tak sedap hatilah man,akim.." kata taufik sambil memeluk beg galasnya. "ish! Ko ni..harap badan je besar..tapi penakut!" marah akim. Selepas beberapa minit iman mencuba akhirnya enjin keretanya dapat dihidupkan semula. "fuh! Nasib baik hidup." Ujar iman lega.

Kereta diparkir betul-betul dihadapan pintu utama banglo itu. Bukan apa senang nak melarikan diri jika berlaku perkara yang tidak diingini. Enjin kereta dimatikan tetapi mereka masih lagi duduk didalamnya. Masing-masing takut untuk memulakan langkah pertama. Pintu pemandu dibuka perlahan-lahan. Iman akhirnya membuka langkah diikuti pula dengan akim dan taufik. Punat pada Touchlight ditangannya terus ditekan. Taufik menyuluh kekawasan sekitar tetapi ditepis oleh akim. Iman memulas tombol pintu utama. Harap-harap tidak berkunci. Bisiknya didalam hati. Iman tersenyum selepas pintu itu berjaya dibuka. Suasana didalam banglo itu sungguh gelap dan sunyi sekali. sesekali bunyi burung hantu diluar sana membuatkan bulu roma mereka berdiri tegak.

Tangga untuk ketingkat 4 didaki perlahan-lahan. "dumm!!" mereka bertiga tersentak apabila mendengar bunyi yang sangat kuat itu. bunyi seperti sesuatu yang besar jatuh kelantai. ''bunyi apa tu man?'' soal taufik. Raup wajahnya sudah berubah pucat. Manik-manik halus sudah terbit didahinya. Iman tidak menjawab sebaliknya hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Sejurus selepas itu bunyi hilaian pula kedengaran. Sayup-sayup sahaja bunyinya tetapi sudah mampu melemahkan semangat mereka bertiga. Semakin lama semakin dekat bunyi hilaian itu. Akim dari tadi tidak henti-henti membaca ayat suci al-quran. Apa sahaja surah yang diingat dikepalanya habis dibacanya. Beberapa saat kemudian bunyi hilaian tadi sudah berhenti. memberikan sedikit kelegaan kepada mereka. Mereka berempat pun meneruskan perjalanan menuju ketingkat 4 yang tergendala sekejap tadi. Sekejap! Empat?!

Taufik yang berada dibelakang sekali sesekali terhidu bau busuk yang meloyakan. Nak bertanya kepada akim dan iman,mereka berdua sudah jauh kehadapan. Terpaksa dia menyimpan persoalan itu dikepalanya sahaja. Bau itu semakin lama semakin kuat. Hampir-hampir saja taufik termuntah. Tiba-tiba bahu kanannya dicuit. "apa dia kim..?" taufik hanya bertanya tetapi tidak memandang kebelakang. Sekali lagi bahunya dicuit. Kali ini agak kuat cuitan itu. ''apa dia akim ?ko jangan main-main boleh tak ?'' marah taufik. Taufik tiba-tiba tersentak dan berhenti melangkah. Dia baru tersedar yang akim dan iman masih berada dihadapannya ketika itu. jadi siapa pula yang berada dibelakangnya itu? ''kenapa berhenti.. ? hihihi.. ''Tiba-tiba satu suara perempuan berbisik dibelakang telinganya. Hembusan angin dibelakang telinganya itu membuatkan bulu romanya berdiri tegak. Jantungnya bagaikan sudah tercabut dari tangkainya. Kakinya terasa amat lemah sekali untuk berdiri. Taufik cuba untuk menjerit tetapi suaranya tersekat dikerongkongnya.


THE NEXT!Where stories live. Discover now