Chapter 16

102 8 2
                                    

"mu dengar dok ustaz yusuf kate menda takdi? Jangan lupe mandi air lima nipih tu nati.." kata hafiz tersengih-sengih mengajuk percakapan ustaz yusuf. Iman hanya menjeling kearah hafiz. ''ko jangan risaulah..ustaz tu cakap kan tadi ko akan sembuh..'' pujuk hafiz. ''tapi kenapa ko tak cerita kat dia tadi pasal hantu tu ?'' soal hafiz keliru. ''entahlah..aku malas nak duduk kat sana lama-lama kot..'' jawab iman.

Sudah dua minggu berlalu tetapi 'rina' dan 'bella ' langsung tidak menampakkan kelibatnya,pelik. Kenapa kawan-kawannya diganggu dan dibunuh mereka tetapi tidak dirinya? jadi betullah perkataan MATI tu tak ada kaitan dengan semua ini.hanya kebetulan semua tu..bisiknya didalam hati. Akan tetapi telahan iman langsung tidak benar kerana malam itu sekali lagi dia bermimpi 'rina' datang menemuinya. Kali ini bukan sahaja 'rina' sebaliknya 'bella' juga turut serta mengganggunya.Didalam mimpinya itu dia terkapai-kapai didalam air dan meronta-ronta untuk melepaskan diri. Kemudian,Keempat-empat keratnya pula diikat dan digantung pada sebatang pokok. 'rina' yang terapung-apung diudara hanya mengilai melihat keadaannya. Sementara 'bella' pula memukul kepalanya dengan batu. Darah membuak-buak meleleh dari luka hentakkan batu itu. Kemudian 'rina' mengheretnya dan mencampakkannya semula kedalam sungai. Iman meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya dan akhirnya iman mati kelemasan. Sejurus selepas itu,Iman tersentak dari tidurnya. Nafasnya turun naik. Jantungnya berdegup kencang. ''hah !!'' iman terkejut melihat seluruh badannya dibasahi dengan air. Cecair merah pekat jatuh menitis dari dahinya yang luka seolah-olah apa yang dialaminya didalam mimpinya itu benar-benar berlaku. Tempat kejadian yang dimimpikannya itu juga sama seperti tempat dimana 'rina' dan 'bella' mati dibunuh dahulu.

......................

Sudah seminggu iman tidak hadirkan diri ke pejabat. Dia banyak menghabiskan masanya didalam biliknya saja. Makan minumnya langsung tidak dipedulikannya. Tubuhnya yang dulunya berisi kini sudah susut sehingga menampakkan tulang-tulang rusuk. Rambutnya yang serabai menjadikan dirinya sudah tidak terurus. Iman sering bercakap seorang diri. Apa yang dituturkan dari mulutnya itu langsung tidak difahami. ''ada skali tu saya dengar iman terpekik terlolong dalam bilik dia tu..macam orang gila dah saya tengok..'' ujar hafiz. Inspektor khairul dan inspektor sani menggangukkan kepala tanda faham.

''dia tak buat ke apa yang disuruh oleh ustaz yusuf tu ?'' soal khairul. ''buat..tapi tak jalan jugak..em dia ada bagitahu saya yang dia kerap kali mimpi hantu datang bunuh dia..'' khairul dan sani tersentak mendengarnya. ''hantu perempuan ?'' hafiz menggangukkan kepala. ''tak syak lagi,memang ada something yang dia rahsiakan..'' khairul mengalihkan pandangannya kepada sani. Sani hanya mengerutkan dahinya. ''aku rasa iman dan kawan-kawannya ada buat sesuatu sebelum ni yang kita tak tahu.." ujar khairul.

Suasana pada malam itu begitu sunyi sepi sekali. langsung tiada kelibat manusia pun dijalan raya padahal jam baru menunjukkan pukul 11 malam. Hanya kedengaran salakkan anjing yang sayup-sayup bunyinya. Kata orang jika bunyi salakkan anjing itu jauh maka ada mahkluk lain berada dekat dengan kita dan jika sebaliknya mahkluk itu pula berada jauh dengan kita.

"kau tahu siapa yang bunuh akim?" soal 'rina' yang sedang berdiri dihadapan iman.Pandangan matanya yang ganas dihalakan kepadanya. Iman hanya menggelengkan kepalanya. Tidak mampu untuk berkata-kata.suaranya hanya tersekat dikerongkongnya saja.Berpeluh-peluh tubuhnya ketika itu. "AKU!! Hihihihi!" hilaian 'rina' yang menyeramkan itu membuatkan bulu romanya berdiri tegak. Jantungnya hampir-hampir tercabut dari tangkainya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika itu.

Kemudian 'rina' terbang mengelilingi iman. Kibaran kain putih pada tubuhnya menambahkan lagi keseramannya. Tiba-tiba 'rina' menyentak kuat tangan iman dan mengheretnya menuju kearah tingkap. Iman tidak berdaya untuk melawan kerana kudratnya sudah hilang kerana ketakutan yang amat sangat. Iman hanya menutup matanya sahaja. seolah-olah menerima sahaja apa yang bakal terjadi kepadanya. Beberapa minit kemudian tangannya dilepaskan keatas tanah. Matanya masih lagi tertutup tetapi tangannya meraba-raba dibawah punggungnya. "rumput!" bisiknya perlahan.Tangannya dihayungkan kesebelah kanan. "pokok renek!" iman membuka matanya. Matanya terbuntang luas dengan apa yang disaksikan didepan matanya itu. "hutan!!" iman terkejut melihat disekelilingnya itu penuh dengan pokok-pokok besar. Dia kini berada didalam hutan tebal yang jauh dari rumahnya. Iman mengalihkan pandangannya kesebelah kiri. "air terjun.." bisiknya perlahan. "ma..macam ma..mana aku boleh berada disini?" bisiknya sendirian.

Sekarang barulah dia sedar yang dia kini berada dimana tempat rina dan bella dibunuh olah mereka berempat dahulu. Dia tidak perasan terdapat dua lembaga perempuan berdiri tegak dibelakangnya itu. masing-masing memandangnya dengan perasaan marah. Merah keempat-empat matanya. Belum sempat iman berdiri, kakinya diheret dan dilemparkan kedalam sungai. Kaki kanannya patah kerana terjatuh keatas batu yang berada didalam sungai itu. iman meronta-ronta untuk berenang namun gagal. beberapa saat selepas itu,kelibat iman sudah tidak kelihatan.

"Bushhhh!!" percikan air yang kuat keluar dari dasar sungai itu. "belum masanya lagi untuk kau mati! Hihihihi.." kata 'rina' dengan suaranya yang kasar. 'rina' terapung diudara sambil memegang iman dengan kepalanya kebawah. Iman yang ketika itu sudah pun nyawa-nyawa ikan. Dibawahnya kelihatan kelibat 'bella' yang hanya memandang tepat kearahnya. tiba-tiba 'bella' mengorak senyuman sinis. Iman tersentak. Pada ketika itu juga iman dilepaskan dan "buukk!!" bunyi satu hentakkan kuat kedengaran. Iman terjatuh diatas sebiji batu besar. Kepalanya pecah. Darah pekat mengalir keluar dari rekahan kapalanya itu. cebisan-cebisan otak berselerakan. Maka tamatlah sudah riwayat iman. Dendam sudah berjaya dilunaskan. Mayat iman diangkat dan terus dicampakkan dibawah airterjun itu. sama seperti yang dlakukan olehnya terhadap 'rina' dahulu.


THE NEXT!Where stories live. Discover now