Chapter 10

114 11 0
                                    

'pang ! pang ! pang !'

''woi topik bangun! topik ?!'' iman menampar muka taufik berkali-kali untuk bangunkannya dari pengsan. ''aduh.. !'' keluh taufik. Kedua-dua pipinya dipegang.terasa amat pedih sekali. ''aku kat mana ni?'' soal taufik dalam keadaan termamai. Muka iman dan akim didepannya dipandang pelik. ''ko kat dalam kereta aku sekarang ni..'' jawab iman. ''kenapa dengan ko ni topik ?tiba-tiba boleh pengsan tadi ?'' celah akim pula. Ingatannya mengimabas kembali kejadian yang menimpanya didalam banglo itu. Selepas dia cuba untuk berpaling kebelakang , dia tiba-tiba jatuh pengsan apabila melihat lembaga perempuan berpakaian putih yang berada dibelakangnya itu. Rambutnya yang serabai dan panjang,berwajah pucat dan berulat,mulutnya menyeringai menampakkan gigi-gigi tajam itu melemahkan semangatnya. Serta merta dia pengsan disitu. Iman dan akim terus mendapatkannya dan membawanya masuk kedalam kereta. Hampir sejam taufik tidak sedarkan diri.

................................

Kini kereta myvi milik iman sudah memasuki halaman rumah akim. Penyiasatan mereka dibanglo itu terbantut seketika selepas kejadian yang menimpa taufik sekejap tadi. Pintu kereta dibuka. Akim terus masuk kedalam rumahnya selepas selesai bersalam dengan rakan-rakannya yang lain itu. Sempat juga dia melambai kearah kereta iman sehingga kelibat kereta itu hilang dari pandangannya. Bandannya yang berpeluh dan berbau harus dilenyapkan dahulu,fikirnya. Towel dicapai dan terus menuju kearah bilik air. Sengaja pintu bilik air itu dibiarkan terbuka. Lagipun bukan ada orang lain pun didalam rumah sewanya itu. Sudah bertahun-tahun dia tinggal seorang diri disitu.

Sedang seronok akim membersihkan diri,tiba-tiba pintu bilik airnya itu tertutup sendiri. ''DUMM !!'' kuat. Terperanjat akim. Sehinggakan berus gigi yang dipegangnya terlepas dari genggamannya. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. ''siapa tu ?'' panggilannya tidak disahut.senyap.hanya bunyi air dari paip hujannya saja kedengaran. Akim segera menyudahkan mandiannya. Perlahan-lahan pintu bilik airnya itu dibuka. Namun tiada sesiapa pun yang berada disebaliknya. ''angin kot..'' akim menyedapkan hatinya. Seusai menunaikan solat isyak,dia terus merebahkan badannya diatas katil. Serta merta matanya tertutup rapat. Disusuli pula dengan dengkuran. Dengan bandannya yang teramat penat memang mudah untuk dirinya melelapkan mata.

Namun lenanya sedikit terganggu apabila dia terdengar bunyi gelas pecah dari arah dapur rumahnya. Spontan akim terduduk diatas katilnya itu. Matanya terkebil-kebil memandang jam dinding. Sudah pukul 2.30 pagi. Agak lama juga dia mengamati bunyi tadi namun senyap sahaja. Dia hanya menyangkakan bunyi itu tadi datangnya dari mimpinya saja. Akim cuba merebahkan badannya semula. ''PRANGGGG !! SREKKK SREKKK..DUMM DUMM !!'' akim bingkas bangkit dari baringannya. Jantungnya mula mengepam laju. Bulu romanya tiba-tiba berdiri tegak. Bunyi yang disangkakan mimpi itu ternyata bukan mimpi semata-mata. Liur pahitnya ditelan. Rasa mengantuk hilang tiba-tiba. Gangguan apakah ini? Soalnya didalam hati. Namun akim tidak berani untuk keluar dari biliknya. Selimut ditarik dan terus menyelubungi dirinya yang berpeluh itu.

........................

"kenapa dengan ko ni topik?dari tadi lagi senyap je aku tengok.." soal iman apabila melihat taufik hanya termenung. "takde apa-apa.." jawabnya ringkas. "ko nampak apa tadi?" soal iman tidak puas hati. Namun taufik hanya membisukan dirinya sahaja. Pertanyaan iman tidak dijawab. "hmmm.." keluh iman. "Allahhuakbar...!!" khalimah suci itu terkeluar dari bibirnya dengan tiba-tiba. Stereng yang dipegang diputar kekiri. Kereta myvinya terbabas dan terus memasuki kaki lima. "Argggghhhhh!!!!"


THE NEXT!Where stories live. Discover now