Last Chapter

104 10 4
                                    

Kehilangan iman membuatkan inspektor khairul dan inspektor sani tidak duduk diam. Sudah seminggu mereka mencarinya namun usaha mereka semuanya gagal. Hafiz juga tidak tahu kemana menghilangnya rakan serumahnya itu. Padahal pada malam kejadian itu dia berada dirumah dan berada didalam biliknya. Segala kejadian yang menimpa iman ketika itu langsung tidak didengarinya. Padahal biliknya hanya bersebelahan dengan bilik iman saja. Jika iman menjerit sudah tentu dia dapat mendengarnya.

Kedua-dua inskpektor itu langsung tidak mendapat petunjuk dari tempat kejadian.Kes itu dan kes-kes yang sebelumnya juga terpaksa ditutup buat sementara waktu. Semua persoalan yang bermain diminda inspektor khairul masih lagi menjadi tanda tanya. Dia percaya kehilangan iman ada kaitan dengan kes-kes yang sebelum itu. Dan juga berkaitan dengan jelmaan perempuan yang membunuh semua kawan-kawannya itu. Cuma apa yang dia masih tidak tahu jawapannya adalah kenapa jelmaan perempuan-perempuan itu membunuh mereka seorang demi seorang.

................

"kanapa khai?" soal sani. Dia hairan melihat khairul yang sedang melihat kebelakang seperti mencari seseorang. Sani juga turut serta melihat sekelilingnya. "kenapa? Ko cari sapa?" soalnya lagi. Tetapi khairul hanya menggelengkan kepalanya dan memberi isyarat supaya masuk kedalam kereta. Sepeninggalan mereka itu terdapat seorang lelaki yang memakai pakaian hitam sedang memakukan pandangannya kearah mereka. memandangnya dengan penuh minat. Mulutnya tiba-tiba mengorak satu senyuman sinis dan terus menghilangkan diri.

Tidak sampai beberapa minit, lelaki itu sudah berada didalam bangunan pejabat polis itu. dia berjalan menuju kearah bilik inspektor khairul. Semua orang yang berada didalam bangunan itu langsung tidak perasan kehadirannya. Tidak perasan ataupun tidak nampak!. Pintu bilik inspektor khairul dibuka dan terus maju kedalamnya. Ditangannya terdapat satu sampul surat dan diletakkan diatas meja. Pada Ketika itu seorang rakan pejabat inspektor khairul membuka pintu untuk masuk kedalamnya. Sebaik pintu dibuka, lelaki berpakaian hitam itu terus hilang seperti lilin dihembus angin.

Inspektor khairul yang baru pulang dari tugas luarnya terus duduk diatas kerusinya itu. sejak dua menjak kebelakangan ini banyak sungguh kejadian bunuh yang berlaku dibandar itu. namun, kes misteri itu masih ligat bermain difikirannya. Langsung tidak dapat dilupakannya. Tiba-tiba khairul perasan terdapat satu sampul surat diatas mejanya itu. Surat itu diambil dan dibuka. Alangkah terkejutnya khairul apabila melihat isi kandungan surat berkenaan. Tulisan pada surat itu berwarna merah. Apa yang mengejutkannya adalah tulisan itu ditulis menggunakan darah. Satu persatu barisan ayat dibaca sehinggalah keayat yang terakhir... 'DARIPADA IMAN...'

Khairul bingkas bangun dari duduknya dan menuju kearah bilik inspector sani.

"sani! Jom ikut aku..".

"kemana?"

"airterjun cemerun,terengganu!"

Tamat...

**************************************************************************

penulis mintak maaf kalo ending cerita ni kurang menarik. penulis cuba untuk yang terbaik dan itulah yang terbaik yang penulis dapat fikirkan..haha

anyway..thank a lot kepada yang membaca stori ini..

peringatan! sori ini hanyalah rekaan semata-mata,nama watak-watak dalam stori ini tidak ada kene mengena dengan sesapa pon,kalo ada itu hanyalah kebetulan sahaja...kalo ada pon penulis pedulik hapa! hahaha.. adios!

THE NEXT!Where stories live. Discover now