Chapter 5

153 13 0
                                    

8 Ogos 2002

Malam itu begitu nyaman sekali. sinaran bulan bersinar-sinar menyinari alam. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut membuatkan tubuh terasa segar sekali. Namun,tidak bagi perempuan ini. Dirinya kini diburu 2 lelaki yang sedang mengejarnya dari belakang. Habis pokok-pokok renek dilanggarnya. Kakinya bergerak laju tanpa mengira penat. Jika dirinya ditangkap,punahlah segala impiannya. Tetapi malang sekali,kakinya tersepak akar kayu sehingga tersungkur mencium bumi. Tidak sempat untuknya bangkit bangun dari kejatuhan,2 lelaki tadi berjaya mengepungnya.

"tolong..! jangan apa-apakan aku..hu..huu" jeritnya kepada lelaki-lelaki itu. Airmatanya menitik laju. Lelaki-lelaki itu tidak bersuara malah terus menangkapnya. "mana kau nak lari,hah?!" marah taufik. Tangan perempuan itu digenggam kuat. "bella..bella..kalau kau ikut cakap kitorang tadikan bagus..taklah jadi macamni..lagipun dalam hutan ni kau nak lari kemana?" ujar malik. Tangannya menepis-nepis tanah yang masih melekat pada pipi bella. Bella meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Namun kudratnya tidak setanding dengan dua kudrat lelaki dihadapannya. "apa kita nak buat sekarang ni malik?" soal taufik tersenyum sinis. "ikat dia kat pokok sana" pokok disebelah kanannya ditunjuk. Akan tetapi entah bagaimana genggaman tangan taufik tadi terlepas membolehkan bella melarikan diri. Taufik terjatuh kebelakang akibat ditolak oleh bella. Sempat juga dia mengambil sebatang kayu dan menghayungkan kearah malik. 'bukk!!' tepat mengenai kepalanya. Rebah! Darah kelihatan bercucuran dari luka dikepalanya itu. "arggghhh!!!" malik menggelupur diatas tanah menahan kesakitan. Marah! "kalau aku dapat nahas kau aku kerjakan!" marah malik.

...........................

Di lokasi yang berlainan..

"aa..apa kita nak buat dengan mayat ni,man?" soal akim tergagap-gagap. Iman dari tadi membisukan diri. Tidak tahu apa tindakan seterusnya. "kalau aku tahu benda ni berlaku,sumpah! Aku taknak buat benda ni tadi!" laung akim lagi. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Rina mati disebabkan kerakusan nafsu-nafsu binatang mereka. "sudah! Kalau kau terjerit-jerit macam ni bila masalah nak selesai?!" tiba-tiba iman bersuara lantang. Muka akim dipandangnya. Kedua-dua biji matanya merah menahan marah. "kau pergi ambik tali dalam khemah tu bawak kesini,cepat! Sebelum malik dan taufik balik.." arahnya. Akim tidak berani bersuara dan hanya mengikut sahaja perintah iman. "apa kau nak buat dengan tali ni?" tali diberikan kepada iman. Namun iman tidak menjawab pertanyaanya. Selesai mengikat kedua-dua tangan mayat itu,iman mengikat pula sebiji batu besar pada kaki mayat tersebut.

"angkat mayat ni ikut aku! Cepat!" ujar iman. Akim seperti tadi hanya menurut perintah sahaja. "korang nak bawak kemana rina tu,man?akim?" tanya satu suara dibelakang mereka. Terkejut mereka berdua. Jantungnya berdebar-debar. Apa alasan mereka jika malik dan taufik tahu yang rina sudah mati. Matilah aku! Bisik iman. "kenapa dengan rina??" malik menghampiri mayat rina yang dipegang iman dan akim. "dah mati?" soal malik selamba. "apa maksud kau dah mati?" soal akim pelik dengan pertanyaan malik itu. Malik tidak menjawab.

Iman melihat baju yang dipakai oleh mereka berdua kotor dengan lumpur dan tanah. Terdapat banyak tompokkan darah pada baju mereka. "kenapa dengan dahi kau tu malik? Tu..baju tu kenapa kotor sangat? Bella mana?" berkerut-kerut dahi iman menanti persoalannya dibalas. "bella..dah mati.." jawab taufik yang dari tadi membisukan diri.


THE NEXT!Where stories live. Discover now