Chapter 8

137 11 1
                                    

Pintu bilik itu dikuak perlahan-lahan.gelap!. iman meraba-raba dinding untuk mencari suis lampu. "pap!" suis lampu dipetik.Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat isi bilik itu. Airmuka mereka segera berubah. Langkah mereka kaku. Apa yang ada dihadapan mereka itu langsung tidak boleh diterima dek akal.Akim sudah jatuh terduduk diatas lantai. Begitu juga dengan taufik. Iman bersandar pada dinding.Dihadapan mereka terdapat satu sosok tubuh lelaki tergantung pada kipas syiling. Kaki dan tangannya diikat. lidahnya terjelir panjang. kedua-dua matanya pula tersembul keluar. Perut lelaki itu digores dengan benda tajam dan hampir-hampir terkeluar isi perutnya. Darah dari perutnya tidak henti-henti jatuh menitik keatas lantai.

"Ma..ma..Malik...!!" laung mereka dengan serentak. Ya! Mayat lelaki itu adalah malik yang mereka tercari-cari selama ini. Malik sudah mati! Mati dibunuh ! Tapi siapa yang telah membunuh malik? Kenapa malik dibunuh? Atau adakah malik membunuh diri? Tetapi kenapa?. Tidak ada sesiapa pun yang mampu menjawab persoalan-persoalan itu.

...............................

Beberapa hari kemudian,mayat malik selamat disempurnakan oleh ahli keluarganya. Akan tetapi punca kematian malik masih lagi menjadi misteri. Siapakah yang telah membunuh malik? Kematiannya juga agak pelik. Pada bahagian belakang badannya terdapat tanda satu 'titik' hitam sebesar bola golf dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci mengenainya. Inspektor khairul juga ada menyatakan bahawa malik sebenarnya mati dibunuh dan bukannya membunuh diri.

Pagi itu,Iman kelihatan sibuk mengemas beg kerjanya. Dalam kesibukan itu,tangannya tiba-tiba tercapai sesuatu didalam poket begnya itu. "eh ni surat jemputan reunion tempoh hari.." bisiknya sendirian. Dibelek surat itu berkali-kali. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.Telefonnya dicapai dan terus menghantar mesej menerusi aplikasi 'whatsapp' kepada akim dan taufik.

"geng..aku ade something nak bincang pasal malik..jumpe aku kat restoren kelantan pukul 3 petang ni.." butang 'send' ditekan. Iman terus merebahkan badannya diatas tilam. Tangan kanannya diletakkan diatas dahi. Bermacam-macam persoalan sedang bermain difikirannya sekarang. "siapa yang bunuh ko,malik?" soal hatinya. Akibat terlalu banyak berfikir,iman terus terlena dibuai mimpi. Beberapa minit kemudian, Langsir biliknya tiba-tiba sahaja berterbangan ditiup angin. Kelihatan satu lembaga hitam sedang memandang tepat kearahnya. Lembaga hitam itu berdiri dibawah kaki iman yang sedang tidur lena.Matanya merah menyala seperti terpendam satu perasaan amarah yang amat sangat terhadapnya. Lembaga hitam itu mengorak senyuman menampakkan barisan gigi taringnya yang tersusun rapi. Beberapa saat kemudian,lembaga hitam itu pun berundur kebelakang dan terus ghaib.

............................

Tepat pukul 3 petang,akim dan taufik sudah terpacak menunggu iman didalam restoren kelantan seperti yang dijanjikan. Iman yang baru sampai terus menuju kearah mereka. "wah cepat betul diorang ni sampai.." bisiknya sendirian. "lame tunggu?" soal iman tersengih-sengih. "dah sejam kitorang tunggu ko man.." ujar taufik sambil menghirup teh tariknya. "hehe..sori..ade hal skit tadi..". ujar iman sambil membetulkan kedudukannya. "benda apa yang ko nak bincangkan ni man? Ko kate pasal malik,apa dia? Soal akim serius. "sapa yang jemput korang pergi ke majlis reunion hari tu?" akim dan taufik memandang satu sama lain. "eh ko ni..takkan ko lupa..ko lah yang jemput aku.." jawab taufik senyum sinis. "hah? Habis bukan ko ke yang jemput aku topek?" balas akim pula. Dahinya berkerut seribu. "kalo ko tak percaya ni ha buktinya.." jawab akim meletakkan surat jemputan diatas meja yang diambil dari beg sandang keciknya itu. Memang sah! Taufik yang menjemput akim. Manakala pada surat jemputan taufik,tertera pula nama iman.

"What the...!" akim tersentak. Taufik hanya diam seribu bahasa. Surat-surat yang berada diatas meja itu dibelek-beleknya. "malam ni aku nak pergi tengok banglo tu..korang nak ikut?" kata iman membuatkan akim dan taufik tersentak."ko biar betul,man? Kenapa tak pergi siang esok je?" soal akim. Mereka berdua memandang iman."aku tak rasa orang yang bunuh malik..."jawab iman."maksud ko..hantu?hantu yang bunuh malik?hahaha.." taufik ketawa. Tetapi ketawanya semakin lama semakin perlahan selepas melihat wajah iman yang begitu serius itu."ehemm..ko macammana kim?nk pergi ke?" pandangannya dialih pula kepada akim. "em..aku ikut je.." jawabnya ringkas.

THE NEXT!Where stories live. Discover now