Chapter 3

142 14 1
                                    


Kereta myvi putih miliknya dipandu laju.Jam sudah menunjukkan pukul 9.15 malam. Ini bermakna sudah 15 minit Iman terlambat. Habis kereta yang berada didepannya dipotong. "Kenapalah budak malik ni buat majlis kat tempat macam ni?" keluh iman. Airmukanya sedikit berubah apabila dia memasuki jalan tanah. Kiri dan kanannya hanya terdapat hutan getah. "dah la gelap gelita!" marah Iman. Pokok-pokok getah beralun apabila ditiup angin. Daun-daunnya melambai-lambai seolah-olah sedang melambai kepadanya. Bulu tengkuknya tiba-tiba berdiri tegak.

Beberapa minit kemudian kelibat banglo biru terpampang didepan matanya. Besar dan hebat binaannya. Lega hatinya melihat banyak kereta sudah berada diluar banglo itu. Banglo yang berwarna biru itu sudah pudar warnanya. Semak samuk yang berada ditepi sudah memanjang tinggi. Dahan-dahan pokok yang botak itu sesekali menghentak dinding banglo apabila ditiup angin. Agak menyeramkan!.

Selepas memakirkan keretanya,Iman berjalan masuk kedalam banglo itu. Suasana begitu bingit sekali dengan bunyi muzik dan gelak ketawa tetamu. Mata Iman melilau mencari rakan-rakannya. Disatu sudut Iman melihat malik,taufik dan akim sedang hangat berbual. "Man..! long time no see bro.." sapa malik sambil berjabat tangan. Masing-masing bertanyakan khabar diri masing-masing maklumlah sudah agak lama mereka berempat tidak ketemu.

Dalam sedap-sedap bersembang, mereka didatangi seorang perempuan cantik. sangat cantik!.Perempuan itu menggelarkan dirinya sebagai laila. Mata malik terpaku melihat kecantikan laila. Senyuman yang terukir di bibirnya membuatkan jantung Malik berdegup kencang. Laila berlalu pergi dan berhenti dihadapan tangga berputar .Jari telunjuknya diangkat dan Isyarat memanggil dilakukan kepada malik. Malik tersentak melihat reaksi dari Laila. Air minuman ditangannya diletakkan diatas meja dan menuju kearah laila. Ketika itu Iman,taufik dan akim tidak perasan akan keadaan itu kerana masing-masing dengan dunia sendiri.

"eh,mana malik?". Iman yang menyedari kehilangan malik memilau mencarinya. Oleh sebab terlalu ramai tetamu yang hadir,kelibat malik langsung tidak kelihatan. Melihatkan taufik dan akim terhangguk-hangguk melayan muzik,pertanyaannya itu disimpan didalam hatinya sahaja..


THE NEXT!Where stories live. Discover now