Chapter 11

113 9 1
                                    

Asap berkepul-kepul keluar dari kenderaan itu. namun kelibat orang yang berada didalamnya itu langsung tidak kelihatan. Beberapa minit kemudian,iman tersedar dari pengsannya. Dahinya dipegang dan terasa ada cecair pekat disitu. Darah! Iman panik. Dilihatnya sekeliling hanya terdapat pokok-pokok renek sahaja. Pandangannya dikalih kearah taufik. Kaku tidak bergerak. Iman menarik nafas lega apabila menyedari taufik masih lagi bernafas. Taufik pengsan. Pintu kereta dibuka. Iman melangkah keluar untuk melihat keadaan keretanya. Mujur mereka hanya terperosok kedalam semak sahaja. kalaulah disitu ada gaung,memang menjadi arwahlah mereka berdua.

Tetapi apa yang terjadi sebenarnya?kenapa iman panik ketika memandu?apa yang dia cuba elakkan? "a'ah..apa yang ko elakkan tadi,man? Nasib baik tak teruk.." soal taufik. Kini giliran iman pula berdiam diri. dia cuba untuk tidak menceritakan apa yang dia nampak tadi. Belum tiba masanya lagi untuk dia menceritakannya. Lori yang dinaiki mereka meluncur perlahan menuju kearah bengkel. Dibelakang lori itu pula terdapat sebuah kereta myvi yang terangkat kedua-dua tayar hadapannya.

........................

Jam sudah pukul 10 malam,akim satu-satunya pekerja yang masih lagi belum pulang. Diatas mejanya bertimbun fail-fail yang perlu disiapkannya. "Encik sulaiman ni pun satu hal dah tahu penting bagilah awal-awal sikit,ni tak esok nak tapi petang tadi baru bagi suruh siapkan..huh!" keluh akim. Akim meninggalkan mejanya dan terus menuju kearah pantry. Ketika dia berada didalam pantry,tiba-tiba semua lampu-lampu syiling berkelip-kelip. Serentak dengan itu "duum!!" bunyi pintu ditutup dengan kuat kedengaran. Akim yang terkejut terus keluar dari pantry untuk meninjau. Dengan mukanya yang cuak terus menarik kerusinya. Kepalanya masih lagi dipusing kekiri dan kekanan. "ade lagi ke orang lain tak balik?" bisiknya sendirian. Akim tersentak apabila melihat skrin komputernya sudah beralih tempat."eh! tadi elok je skrin ni mangadap aku..sapa pulak yang buat ni?" dadanya tiba-tiba berdegup kencang. Bulu romanya sudah berdiri tegak. Terasa seperti ada sesuatu berdiri dibelakangnya ketika itu.

Dia terus berpaling kebelakang namun tidak ada sesiapa pun dibelakangnya. Tiba-tiba pintu utama pejabat yang berada beberapa meter didepan akim dibuka dari luar. "Tak balik lagi ke?" tegur pak adam,pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga pejabatnya. "oh! Pak adam..fuh! saya ingatkan sapa tadi..belum lagi,banyak lagi kerja ni.." ujar akim sambil mengurut dadanya. Pak adam terus berlalu menuju kearah pantry yang membelakangi akim. Setengah jam kemudian,pintu utama itu sekali lagi dibuka dari luar. "eh! Tak balik lagi ke kim? Lewat dah ni..pak adam nak kunci dah ni" kata pak adam. Akim seperti tidak percaya dengan apa yang dia saksikan didepan matanya itu. Pak adam! Bila pak adam keluar dari pejabatnya? Setahu dia pintu hanya ada satu iaitu didepannya itu saja!. "wei akim! Dengar tak ni?" pak adam menggoncang badan akim yang dari tadi kelihatan kaku dan terkejut. "err..ok..ok..saya balik sekarang.." jawab akim tergagap-gagap.

Butang lif ditekannya berulang-ulang kali. Matanya sibuk memandang kekiri dan kekanan. Ketika pintu lif terbuka,keluarlah serorang perempuan cantik dari perut lif berkenaan. Perempuan itu memakai baju putih dan berseluar trak hitam. Akim yang tersentak sempat memandang perempuan itu. dia melihat perempuan itu hanya tertunduk kebawah sahaja ketika berjalan. Dia mengamati tingkah laku perempuan yang dianggap pelik itu. tiba-tiba raup wajahnya berubah apabila melihat perempuan itu berjalan menembusi dinding dan terus hilang.Dia cepat-cepat masuk kedalam lif itu dengan jantungnya berdegup kencang. Pejabatnya yang terletak ditingkat 5 terasa terlalu lama untuk ke tingkat 1. "cepatla..cepatla.." bisiknya sendirian. Badannya terketar-ketar menahan rasa takut. Jantungnya seolah-olah sudah gugur dari tangkainya. Dahinya sudah berpeluh lebat.

Akim yang masih lagi dalam keadaan terkejut dan takut itu terus menuju kearah tempat parkir. Suasana ditempat parkir itu sungguh sunyi dan agak menyeramkan. Tidak ada sesiapa pun disitu melainkan dirinya sahaja. Bunyi titisan air yang jatuh dari paip bocor sesekali memecahkan kesunyian. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila dia melihat didepannya terdapat seorang perempuan yang berpakaian putih berdiri tegak memandangnya. Setelah diamati betul-betul,akim terkejut kerana perempuan itu adalah perempuan yang sama yang dia jumpa didepan lif tadi. Badan perempuan itu basah lenjur seperti baru selesai mandi di kolam renang. Perempuan itu memandangnya dengan penuh kebencian. Matanya merah seperti saga,mukanya bengis dan mengetap giginya menahan marah. Akim cuba untuk melarikan diri tetapi kakinya seperti terpaku pada lantai. Hendak menjerit tetapi mulutnya seolah-olah terkunci.

Entah dari mana dia dapat tenaga,akim berjaya bangun dari jatuhnya dan cuba untuk melarikan diri. Kemana saja dia lari,perempuan itu sentiasa mendahuluinya. "kau telah membunuh aku!! Sekarang giliran kau pula untuk mati!!" laung perempuan itu dengan suara yang garau disusuli pula dengan hilaina ketawa. Lariannya terhenti apabila kakinya tersepak sesuatu dan jatuh tersembam diatas lantai. Kakinya tiba-tiba lemah. Akim menangis tersesak-esak. "si..siapa kau? Ke..kenapa kau nak bunuh aku? Apa yang dah aku buat?" soal akim cemas. Perempuan itu tidak menjawab tetapi terus terbang mendekatinya. Airmuka akim berubah pucat dan terkejut melihat wajah perempuan itu dari dekat. "k..kau..!!" akim amat mengenali perempuan itu. Akan tetapi wajah perempuan itu berubah sedikit demi sedikit. Kulit mukanya mulai tertanggal dan menampakkan tengkoraknya yang dipenuhi dengan darah. Darah yang bercampur dengan air itu tidak henti-henti jatuh menimpa muka dan badannya."arrrhhhhh..!!!!"


THE NEXT!Where stories live. Discover now