Chapter 7

135 11 4
                                    

..................................

"Topek!! Topek!!" laung iman. Tetapi taufik langsung tidak memberi respon. Muzik yang dimainkan oleh dj itu terlalu kuat. Hampir-hampir anak telinganya tercabut!. "TAUFIK!!!!" Sekali lagi iman memanggil rakannya itu dengan lebih kuat. Taufik yang tersedar dari lamunan terus tersentak. "hah! Apa man?" soalnya terkebil-kebil. "kau ade nampak malik tak?" soal iman. "malik? Takde plak.." katanya sambil menggelengkan kepala.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30 malam namun kelibat malik belum juga kelihatan. Di satu sudut kelihatan iman,akim dan taufik berkumpul. Masing-masing dengan wajah yang serius. "aku rase tak sedap hatilah man..habis tempat aku cari malik macam yang ko suruh tadi tapi tak jumpa jugak..laila pun aku tak nampak batang hidung" ujar akim. Mukanya sudah dipenuhi dengan peluh. Taufik menggangguk tanda setuju dengan kata-kata akim itu. Tetamu-tetamu yang lain juga sudah ramai beransur pulang cuma tinggal mereka bertiga dan beberapa orang sahaja yang tinggal.

Baru saja akim menyebut namanya,laila tiba-tiba muncul dibelakang iman. Seperti menyeru hantu,bila diseru muncullah dia. "boleh saya bantu kalian semua..?" tanya laila dengan suara yang lembut. Suaranya yang merdu itu ditambah dengan bau wangi yang datang dari tubuhnya boleh melemahkan iman sesiapa sahaja. "oh! Cik laila..kami cari kawan kami,malik tapi tak jumpa..cik laila ada nampak dia tak?" Soal taufik. Laila hanya mengorak senyuman dan menunding jarinya kearah tangga berputar. "tadi saya nampak dia naik ke tingkat 4.." ujar laila.

Akim dan taufik berpandangan sesama sendiri. tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut laila itu. Akim menarik tangan iman untuk mendekatinya dan berbisik. "man..rumah ni cume ade 3 tingkat je..dari mana datangnya lagi satu tingkat?" iman terkejut. "aku dah check tadi man..memang cume ade 3 tingkat je". Taufik pula menambah. Iman tergamam seketika. Dia berpaling kepada laila. Tetapi kelibat laila sudah tiada. Hilang!. "eh? Mana dia pergi?" mata mereka melilau mencari kelibat laila. Cuma wangiannya sahaja yang masih tertinggal disitu. "ni bau minyak wangi laila" ujar akim. Hidungnya kembang kecut menarik wangian itu masuk kedalam rongga hidungnya.

Tanpa berlengah,mereka bertiga pun segera menaiki tangga berputar itu untuk ke tingkat 4 seperti yang dikatakan oleh laila sebentar tadi. Apabila sampai dipenghujung tangga tingkat 3, akim dan taufik tersentak apabila melihat anak tangga itu masih lagi berbaki. Apa yang mereka lihat tadi langsung tidak sama dengan situasi sekarang. Memang betul,memang ada tingkat 4!. Ruang ditingkat 4 itu sangat gelap. Hanya sinaran rembulan yang terpancar dari tingkap saja menerangi ruang itu. Lantai dan dinding kotor dipenuhi dengan habuk.dinding pula dipenuhi dengan sarang labah-labah. "hah !" tiba-tiba akim tersentak. Ruang itu tiba-tiba sahaja menjadi terang dengan lampu syiling. Jantung akim berdegup kencang. ''sori..aku yang bukak lampu..hehe'' ujar taufik. Akim menjerling kearah taufik tanda marah.

Setiap bilik yang ada dimasuki mereka tetapikelibat malik tetap tidak kelihatan. Tiba-tiba bau yang hanyir dan meloyakan telahmemenuhi segenap ruang itu. Masing-masing segera menutup hidung. "bau apa ni? Busuknya!"kata taufik.Hampir-hampir saja dia termuntah.Bau itu datangnya dari bilik yang palinghujung . Iman menunding jarinya kearah bilik itu sabagai isyarat untukmemasukinya..

................................................................................................................................................

amacam crita ni so far? ok ke ko? haha..papameer baru berjinak-jinak dengan penulisan ni..harap korang suke lah ye..papepon jangan lupa vote tau.. gerak lu papa roger.. 

THE NEXT!Where stories live. Discover now