Chapter 6

137 12 4
                                    


Suasana malam itu telah berubah sama sekali. kali ini angin bertiup agak kencang. pokok-pokok mulai bergoyang selepas disapa angin. Awan hitam mulai berarak laju dilangit itu. Menandakan hujan bakal mencurah ke bumi. Dalam hutan yang sudah gelap itu,kelihatan kelibat seorang perempuan sedang melarikan diri dari dikejar oleh 2 lelaki dibelakangnya. Penglihatannya yang agak terhad disebabkan oleh suasana gelap,bella terpijak lubang kecil menyebabkan dia hilang keseimbangan badan dan jatuh tersungkur. Kakinya terseliuh. Namun digagahkan juga untuk bangkit dan berlari.

Tempo lariannya kini sudah perlahan disebabkan kesakitan pada kakinya itu. Malik yang berada dibelakangnya berjaya menarik kaki kanannya. Selepas itu malik bangun dan duduk diatas badannya. 'pang! Pang! Pang!' Muka bella ditamparnya berulang-ulang kali. "aku dah bosan dengan kau! Mampus kau kali ni!" selepas menampar, tumbukkan pula hinggap dimuka bella. Darah pekat tersembur dari mulutnya. Hidung dan matanya juga turut berdarah. "malik!! Kau dah gila ke?! Mati dia tu nanti!" taufik cuba menarik malik tetapi malik menolak taufik ketepi. Malik yang dirasuk syaitan itu mencekik pula leher bella yang sudah tidak berupaya itu. Kesakitan dipukul oleh bella tadi berjaya dilunaskan kembali.

Nyawanya kini sudah seperti telur dihujung tanduk. Bila-bila saja nyawanya akan dicabut. Aimatanya jatuh berderai kerana kesakitan yang amat sangat itu. Ditambah pula dia akan mati ditangan kawannya sendiri. "arghh..ma..malik..aku..aku tak..sangka..kau sanggup membunuh aa ..aku...k..kawan kau..sendiri..arhh..!!" bella memegang tangan malik dan cuba untuk meleraikannya. Tetapi itu hanyalah sia-sia. Selepas beberapa saat bertarung,bella akhirnya mati. Mati ditangan malik yang dirasuk syaitan itu. Malik yang menyedari bella sudah tidak bergerak,meleraikan cengkamannya itu perlahan-lahan. Tangannya menggeletar kuat. Dia sendiri tidak menyangka yang dia sudah menjadi pembunuh. "bella?! bella?!" taufik cuba mengejutkan bella yang sudah tidak bernafas itu. "malik!! Apa kau sudah buat ni,hah?!" soal taufik panik. "kau dah jadi pembunuh!! tidak..kita dah jadi pembunuh!" jerit taufik. dia sedar yang dia juga sudah terlibat dengan pembunuhan itu. Malik berjalan perlahan-lahan dan duduk dibawah sepohon pokok. kedua-dua tangannya dipandang. airmatanya juga perlahan-lahan jatuh. menyesal dengan tindakannya sebentar tadi. 

........................

Hujan mulai turun dengan lebatnya. "bella..kami mintak maaf.." ujar taufik. Tanah yang dibasahi air hujan itu digenggamnya kuat. Airmatanya bercucuran bersama-sama dengan air hujan yang menimpa mukanya. Menyesal. Menyesal dengan perbuatannya. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Masa sudah tidak dapat diundur kembali. Diambilnya 2 batang kayu dan dipacakkan diantara timbunan tanah itu. "bersemadilah kau di alam sana dengan tenang..". malik mula mengambil langkah utama untuk meninggalkan tempat itu. Diikuti pula dengan taufik.

Selepas kelibat mereka hilang ditelan malam,kayu yang dipacakkan oleh taufik tadi tiba-tiba bergegar dan terjatuh dengan sendirinya. tanah kubur itu pula kelihatan sedang bergerak-gerak seolah-olah ada sesuatu ingin keluar darinya. 'bushh!!!'


THE NEXT!Where stories live. Discover now