Chapter 13

104 9 3
                                    

iman menuju kearah tempat kejadian dimana akim ditemui mati. Dia memandang lukisan kapur yang menandakan mayat akim dengan penuh sayu. Iman meneruskan tujuan asalnya dan menuju ke tingkat 5 dimana pejabat akim berada. "aku dah agak mesti ada.." bisiknya sendirian sambil tersenyum melihat cctv dikawasan itu. "tapi..macam mana aku nak tengok rakamannya..?" iman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Gelagak anehnya disedari oleh pak adam yang kebetulan lalu dikawasan itu. "assalamualaikum cik? Boleh saya bantu? Dari tadi saya tengok cik ni macam ada masalah je.." tanya pak adam. ''oh..waalaikumsalam,saya tengok cctv ni..ok ke tak ok ye ? tanya iman sambil menunding jarinya ke arah cctv tersebut. ''ok je..'' jawab pak adam ringkas. ''pak cik tau macammana saya nak tengok rakaman cctv ni tak ? tanya iman memandang pak adam dengan penuh harapan. ''boleh..tapi cik ni siapa ?kenapa nak tengok rakaman cctv ni plak ?'' tanya pak adam curiga. ''saya iman..kawan baik akim..saya nak tengok kejadian sebelum dia mati tu..'' jawab iman. ''ooo..kawan arwah ke..kalau macam tu ikut saya..'' kata pak adam membuka langkah.

.................

Dirumah iman sedang menumpukan perhatiannya pada skrin laptopnya. Raut wajahnya begitu serius sekali. Apa yang ditontonnya adalah rakaman kejadian sebelum akim terjatuh dari tingkat 5 yang 'dicopy' dari bilik cctv siang tadi. Mujur ada pak adam kalau tidak tak merasa dia menonton kejadian itu. sebenarnya hanya pihak polis saja dibenarkan untuk melihat rakaman itu namun nasibnya baik kerana mendapat belas ihsan dari pak adam itu."pangg!!!" Gelas kopi yang dipegangnya terlepas dan jatuh kelantai. Mata iman terbeliak melihat rakaman itu. Dia melihat akim diseret oleh lembaga putih. Akim meronta-ronta untuk melepaskan diri. Keadaan akim ketika itu seperti telur dihujung tanduk kerana lembaga putih itu telah menggangkatnya tinggi dan melepasi pagar tingkat 5 berkenaan. Tersentak iman melihat rakannya itu dilepaskan dan jatuh kebawah. "astagrafirullahalazim.." mengucapnya panjang. Badannya terketar-ketar. Iman tidak sanggup melihatnya lagi dan terus meninggalkan laptopnya. Dia masuk kedalam bilik air untuk menenangkan dirinya. Ketika itu iman tidak perasan lembaga putih itu sedang memandang kearah cctv itu sambil menyeringai!.

"khai..ade benda yang ko patut tengok.." kata inspektor sani. Sani menunjukkan rakaman cctv yang sama kepada khairul yang terdapat didalam laptopnya. Khairul menonton dengan penuh khusyuk rakaman tersebut. Namun dia tersentak apabila melihat akim dicampak keluar dari tingkat 5 itu. matanya terbeliak melihat wajah lembaga putih itu yang menyeringai kearah cctv sebelum lembaga itu ghaib. Rakaman itu sudah tamat tetapi matanya masih lagi menumpukan perhatian kearah laptop itu seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. kenapa lembaga putih itu membunuh akim dengan sedemikian rupa? Bisiknya didalam hati.

2 tahun sebelumnya..

Iman,akim,taufik,malik,rina dan bella sedang menuju kearah hulu terengganu. Tujuan mereka kesana adalah untuk melakukan aktiviti perkhemahan di hutan air terjun chemerong. Iman,taufik dan rina menaiki myvi putih milik iman manakala malik,akim dan bella menaiki wira hitam milik malik. Memandangkan mereka menuntut disalah satu universiti di terengganu jadi untuk ke sana hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan sahaja. Tujuan utama mereka adalah untuk menunaikan permintaan bella memandangkan nanti dia akan ikut orang tuanya pergi ke perancis untuk menetap disana.

Untuk ke tempat perkhemahan itu,mereka harus mendaki bukit yang agak tinggi dan jauh. Kiri kanan mereka dipenuhi pokok-pokok hutan berbagai jenis. Hutan itu sangat bising dengan bunyi derungan air terjun dan unggas-unggas. Sepanjang sungai ramai pengunjung sedang mandi manda. Gelagat mereka mencuit hati mereka berenam. "jauh lagi ke?" tanya rina. Nafasnya turun naik. "tak jauh dah..sikit je lagi.." balas malik. 30 minit kemudian mereka pun sampai ke tempat yang dituju. Permandangan air terjun yang cantik memukau mata mereka berenam.

"cantiknya.." puji bella yang dari tadi tersengih-sengih. "jom pasang khemah dulu..lepas setel semua baru boleh mandi..satu untuk perempuan dan satu untuk lelaki.." kata iman. Petang itu aktiviti mereka adalah mandi dan makan. Rina hanya menjadi pemerhati kepada rakan-rakannya yang sedang mandi. Memang perangainya yang memang tidak suka mandi dikawasan terbuka seperti itu lebih-lebih lagi bersama dengan orang lelaki. Malam menjelma,rina tidak dapat tidur dan bangun dari baringannya. Dia menanggalkan pakaiannya dan hanya memakai kain batik sahaja. Memandangkan rakan-rakannya semua sudah lena diulit mimpi dia mengambil peluang itu untuk menyejukkan badan. Akan tetapi rina tidak menyedari bahawa terdapat 4 pasang mata sedang memerhatikan gerak gerinya dengan pandangan penuh ghairah dari salah satu khemah itu.

Bentuk tubuh rina yang mengiurkan itu menarik perhatian mereka berempat. Malik keluar dari khemahnya perlahan-lahan dan menarik rina dari belakang dengan kuat. Mulutnya ditekup supaya tidak dapat menjerit. Iman,taufik dan akim turut serta membantu malik. Kain batik milik rina disentak kuat. Rina yang terkejut menangis teresak-esak dan cuba untuk melepaskan diri. Tetapi malangnya kudratnya tidak dapat menandingi kudrat keempat-empat lelaki durjana itu. "sudah lama aku mengidamkan tubuh ko ni rina..malam ni ko kene layan aku dengan sepuas-puasnya..hehe" bisik akim ditelinga rina. Iman,malik dan taufik hanya mengorak senyuman sinis.Rina dirogol bergilir-gilir oleh mereka dengan rakusnya. Bella yang tidur keseorangan itu terjaga apabila mendapati rina tiada disisinya. Dia segera bangun dan keluar dari khemahnya. Alangkah terkejutnya bella apabila mendapati lelaki-lekai durjana itu sedang memperlakukan rina dengan sedemikain rupa.

Dengan perasaan sedih dan marah yang membuak-buak,bella mengambil sebatang kayu dan terus meluru kearah mereka berempat itu. Kayu ditangannya dihayunkan kuat dan tepat mengenai belakang malik. Malang buat bella kerana malik tidak jatuh sebaliknya berpaling kearah bella dengan pandangan marah. Bella menyedari dirinya berada dalam keadaan bahaya segera melarikan diri kedalam hutan. "cepat! Tangkap dia sebelum terlepas!" arah iman. Malik dan taufik tidak membuang masa dan segera mengejarnya dari belakang.

THE NEXT!Where stories live. Discover now