The Wedding(Breaker)

3.6K 271 15
                                    

"Aku terpaksa mengaku yang korang memang kejam".Youngmin memeluk tubuhnya.Mencerlung ke arah Sehun yang sedang duduk di hadapannya.

"Sanggup korang rahsiakan dari kitorang?".Kwangmin menggelengkan kepalanya.Jungkook hanya memerhati sahaja.

"As you guys dah dengar penjelasan aku sebentar tadi,kitorang minta maaf".Kali ini Luhan mengambil alih perbicaraan.

"Tapi aku tak sangka pula Jihyo masih hidup.Aku orang terakhir yang nampak Jihyo jatuh kat dalam gaung tu".Zelo mula meneruskan perbicaraan.

"Guys,mate aku nak kahwin.Takkan kita just duduk sini sambil mengutuk aku depan² je?"Semua mata memandang Sehun.

"Semua dah siap,tinggal menunggu perintah Alpha Jeon".Rapmon,ketua worrior Silvermoon Pack datang sambil menundukkan tubuhnya hormat ke arah Jungkook.

"Semua dah siap,tinggal menunggu arahan Alpha Oh".Kali ini,Jiyoung ketua Worrior memasuki mansion Blackmoon Pack.

Jungkook dan Sehun sama² menganggukkan kepala mereka."Baiklah,ingat apa yang dah kita rancangkan.Kalau Jihyo berjaya ditawan oleh Goldmoon Pack,kuasa El Dorado akan menjadi milik Goldmoon Pack.Dan rougue akan mengambil alih dan mensongsangkan carta aliran werewolves yang sebenar".

Mereka semua mengangguk.Menyetujui apa yang Sehun katakan.Exo,Jo Twins,Jungkook serta Jimin merubah diri mereka menjadi wolf.

Matoki B.A.P pula menyarungkan topeng di wajahnya.Matoki mulai menaiki jeep mereka lalu bergerak ke Goldmoon Pack.

"We Move!Now!".Arah Sehun lalu mereka mula berlari ke Goldmoon Pack.Menyelamatkan sang El Dorado.

***********

Menangis?Itu yang mengisi harinya selama seminggu di Goldmoon Pack.

Nak lari?Jangan harap.Kawalannya terlalu ketat.Sangat ketat sehingga Jihyo susah nak melepaskan dirinya.

Ditambah ucapan Chanwoo lagi jika mereka akan melangsungkan pernikahan membuatkan hati Jihyo rapuh.

Dia hanya mampu berharap jika Sehun datang secepat mungkin lalu menyelamatkan dirinya.Tetapi,harapannya itu sangat tipis apabila dia sedang disolek oleh jurusolek upahan.

Ya,Jihyo sedang bersiap untuk pernikahan tak relanya hari ini.Dia ingin mengalirkan air matanya tetapi ugutan Chanwoo membuatkan Jihyo cuba sedaya upaya menahan air matanya.

'Kalau kau berani rosakkan solekan nanti,aku akan bunuh Sehun.Mustahil aku tak mampu bunuh Sehun sedangkan aku pernah buat Sehun koma'.

"Miss,dah siap.Wow,you look so beautiful.Tuan Chanwoo sangat beruntung akan dapat isteri secantik miss".Kata Choa sambil tersenyum ke arah Jihyo.

Pandangan Jihyo kosong.Menatap pantulan dirinya yang sudah disolek.Memang dia akui dia cantik.Ehem-hakikat-Ehem.

Tetapi,dia takde perasaan langsung untuk perkahwinan ini.Chanwoo mampu berbahagia,tapi tidak dengannya.

"Thanks".Sepatah.Dingin.Lemah.Tak ikhlas.Itu yang Choa dapat tangkap dari ucapan terima kasih Jihyo sebentar tadi.

Choa menghembuskan nafasnya."Miss,awak kena tukar pakaian awak ke baju pengantin.Sebentar lagi perkahwinan Miss akan berlangsung".Dengan langkah yang gontai,Jihyo melangkah ke bilik persalinan.

Dia menukar bajunya kepada baju pengantin.Dalam hatinya,dia berdoa agar Sehun datang dengan cepat.

**************

The[MONSTER]Alpha + PregnantWhere stories live. Discover now