Sehun memecutkan Lamborghini nya laju ke mansion.Dia tak kesah dah.Dia tinggalkan sahaja mesyuarat itu walaupun kerjasama dari investor Malaysia itu sangat dia ingini.
Lagipun,dia takkan rugi jika satu compony tak nak menjalinkan kerjasama.Hey,hartanya takkan habis lah sehingga 10 keturunan.
Segala lampu isyarat merah,dia tibai jer.Mendapat berita daripada salah satu pengawal yang dia tugaskan menjaga Jin Hee membuatkan dia bagai kesetanan memecut laju.
Memungkinkan banyak pengguna jalan raya lain memaki hamunnya.Apa dia kisah? Sekarang yang terpenting sekali ialah Oh Jin Hee.
Dia tak nak dan takkan pernah biarkan Jin Hee pergi darinya kedua kali.
Setibanya dia di mansion,segera dia meleset sehingga ruang tamu.
"DIMANA LUNA!?".Teriaknya.Rahangnya mulai mengeras,matanya berubah warna menjadi merah,siap menerkam mangsanya.
Kesemua penghuni di sana takut untuk berhadapan dengan monster.Sifat monster perlahan lahan mulai mengambil alih dirinya.
Luhan mendekati Sehun.Dia agak takut untuk menenangkan si Alpha kerana jika si alpha ini sedang marah,kuasanya tidak terkawal.
"Hun,sabar dulu.Kita dengar apa yang Minho nak beri tahu.Dia mungkin tahu serba sedikit petunjuk".Pujuk Luhan lalu menyentuh bahu Sehun.
"Aku tak perlu dengar semua tu.Aku nak mate aku SEKARANG!!".Amuk Sehun sambil memandang Luhan tajam.
"Macam mana Hun nak Hyo sekarang kalau kita tak tahu di mana dia?".Jawab Luhan masih dalam nada lembut.
"Aku tak kesah.Aku dah pernah hilang dia dulu.Kau ingat aku nak biarkan dia pergi dari aku?No fckng way!".Sekali lagi Sehun menjawab pujukan Luhan dengan kasar.
Naik berdesing dia mendengar ayat Sehun sebentar tadi.Tiba²,angin mulai bertiup dengan kencang di dalam mansion itu.Semua orang berpeluk dekat benda yang dirasakan kukuh supaya tidak terbang ditiup angin ciptaan Sehun.
Makin lama,makin kencang angin itu membuatkan para omega yeoja berteriak dan tubuh mereka terangkat.Turut serta para werewolf namja mereka turut terangkat.Walaupun berat seekor werewolf namja seberat 1800 paun(Acah jer.Tapi hakikatnya berat seekor wolf memang sangat berat)
"YAH,OH SEHUN!STOP IT!!".Sehun terlalu melayan amarahnya membuatkan dia tidak mendengar arahan Luhan.
Luhan terpaksa menghentikan Sehun dengan menggunakan kuasa telekinesis(?) miliknya.Luhan cuba memfokuskan pandangannya di dalam ribut yang dibuat Sehun.
Dengan serta merta,tubuh Sehun melayang ke atas.Membuatkan angin kencang itu perlahan lahan mereda.
"YAH,TURUNKAN AKU!".Teriak Sehun yang sedang terapung apung di atas.Luhan membuat muka bodohnya tanpa memandang Sehun.
"Hannie hyungggg~Jebaaal~".Sehun membuat aegyo handalnya untuk mencairkan hati Luhan.
"Eh eh,hodohnya dia ni.Jembalang mana lagi ni terapung kat atas?".Luhan membuat reaksi terkejut membuatkan Sehun meredam emosinya terhadap Luhan.
"Okey,Hun akan dengar apa yang Minho dan yang lain nak cakap".Sehun menyerah diri akhirnya.Luhan lantas menurunkan Sehun lalu dia duduk di sofa.
"Okey,cakap apa yang kau tahu".Ucap Sehun kasar ke arah pengawalnya."Kami sendiri tak tahu apa yang terjadi.Yang kami pasti,kami terpandang akan nombor flat kereta yang dipakai".Jelas Onew selaku ketua.
"Apa yang kau nampak".Soal Sehun tak sabar."Nombor flat dia ialah GMP003.Hanya satu Pack sahaja yang pakai nombor flat tersebut".Kali ini Taemin bersuara.
"Goldmoon Pack!Tak guna punya Chanwoo.Kita gerak ke Goldmoon Pack sekarang juga!".Arah Sehun ke arah worriornya.
"Kau tunggu Chanwoo,kau dah kacau mate aku.Aku takkan biarkan kau.Congrats.Sebab dah bangunkan monster yang sedang tidur".Sehun tersenyum sinis.
****************
Last hapdet for TMA for this month.Author ada pengumuman lepas ni so stay tune!
YOU ARE READING
The[MONSTER]Alpha + Pregnant
FanfictionSequel The Runaway Mate. Dia si Alpha Blackmoon Pack. Dia,namja tampan berhati monster. Dia,si Alpha yang kejam. Hanya kehilangan Mate tercinta,dia berubah sepenuhnya. Dia bukan seperti dulu lagi. Dia bukan si comel seperti dulu lagi. Dia bukan lagi...