Jangan tidur lepas asar!

843 86 9
                                    


Woozi menggosok-gosok kedua matanya. Berpinar-pinar. Terasa seperti kealam lain seketika. Dia mencapai telefon bimbit ditepi katilnya.

“Hm, dah pukul 10 malam. Lama jugak aku tidur.”

Ya. Itulah Woozi. Suka tidur petang. Sekali lagi dia jeling ke arah skrin telefonnya. Ada mesej. Tapi Woozi mengendahkannya. Tidak dibaca. Kedengaran bunyi televisyen diruang tamu.Woozi mengambil tuala, lalu melangkah ke ruang tamu. Kelihatan eommanya sedang berehat sambil menonton televisyen.

“eomma,appa eodie?”

“appa kau keluar. Ada mesyuarat kat dewan kampung tentang kenduri lusa nanti.”

Sebut saja kenduri,Woozi teringat tentang kenduri kahwin anak Jaesuk ahjussi lusa nanti.Woozi melangkah ke bilik air, membersihkan badan setelah puas tidur.

Selepas 5 minit, Woozi selesai. Segar sekali badannya. Dia menuju ke biliknya. Eommanya masih lagi menonton televisyen diruang tamu.

Setelah siap berpakaian, Woozi menuju ke dapur untuk mengisi perut. Sesekali dia mengalihkan pandangannya kepada eommanya. Masih leka menonton televisyen.

Setelah selesai makan dan mencuci pinggan, Woozi duduk ditepi eommanya.

“Woozi, meh baring dekat eomma.” Pelawa eommanya sambil menepuk peha.

Woozi menurut saja. Rambutnya dibelai lembut. Terasa senang dia dimanja sebegitu rupa.

“Ah sekali sekala. Apa salahnya. Lagipun aku ni anak tunggal.” Woozi bermonolog didalam hati.

Selepas 10 minit, telefon bimbitnya berdering. Tertera “appa” pada skrin.

“Annyeonghaseyo woozi-sshi. Ni eomma ni. Telefon eomma habis bateri. Eomma dengan appa baru habis mesyuarat kat dewan ni. Lepas ni kami nak jenguk Seokjin ahjussi kejap. Mungkin kami balik lewat sikit. Eomma dah ‘SMS’ Woozi tadi. Tapi Woozi tak balas. Kat dapur tu ada lagi nasik dengan lauk. Okay Woozi.Annyeong.”

Panggilan tamat. Jantung Woozi berdegup kencang. Tubuhnya mulai menggeletar. Tangan ‘eomma’nya masih lagi membelai rambut Woozi.

” Kenapa Woozi? Eomma dengan appa pulang lewat yaa?”

[C]Creepy Story-TellingWhere stories live. Discover now