Bantuan atau Usikan?

252 32 2
                                    

Aku ada sorang kawan ni, nama dia Lisa (bukan nama sebenar) Rumah keluarga diorang ni jenis banglo lama. Maksudnya design banglo tu design lamalah. Dalam rumah tu ada banyak bilik. And rumah diorang nihh dalam kawasanm hutan camtu. Nak dijadikan cerita, suatu malam tu, kakak Lisa tengah layan drama kpop. Hwarang kalau x silap. Tetibe je ayah dia keluar dari bilik pastu marah-marah. Siap suruh bancuh kopi lagi. Kakak Lisa pon dengan bengangnya terus ke dapur buatkan kopi.

Tetibe dengar bunyi kereta kat luar. Kakak Lisa abaikan sahaja kereta tu, mungkin kawan abah dia, so, dia tambah lagi satu cawan kopi untuk menyenangkan kerja dia. Tak payahlah dia nak hidang banyak-banyak kan?

Dia pon membawa cawan kopi ke ruang tamu. Alangkah terkejutnya dia, sebab kereta tu kereta ayah dia dan ayah dia baru sahaja balik. Dia memandang kopi di tangan dan menyerahkan pada ayah dia.

Ayah dia yang taktau cerita memuji si kakak atas kerajinan anaknya. Kakak Lisa mengambil keputusan untuk mendiamkan diri je. Takut diganggu lagi.Adakah jelmaan ayahnya itu bertujuan membantunya supaya dipuji dan tidak dimarahi atau .....

🌚

Sekian.

Credit to ; pyaball

[C]Creepy Story-TellingWhere stories live. Discover now