Pontianak Kampung Makmur

786 50 0
                                    

Pak Maon berkata kepada amirin "jangan tegur...."dengan nada yg serius. Amirin hanya mengikut sahaja kata-kata Pak Maon. Mereka sangkakan bau itu hanya datang dan pergi tetapi bau itu masih kekal di situ. Disebabkan Amirin terlalu takut untuk pulang,Pak Maon mengizinkan Amirin tidur di rumahnya semalaman. Pada malam itu jugak Amirin merasakan ada lembaga yang memerhatinya. Sama dengan Pak Maon, dia jugak merasakan ada lembaga yg memerhatikan mereka. Amirin dan Pak Maon tidur di ruang tamu kerana terlalu takut. Amirin cuba untuk melelapkan mata tapi dia asyik mengingati apa yang berlaku di kebun Pak Maon sebentar tadi. tiba-tiba ketukan kuat di pintu, Amirin terkejut. Pak Maon yg tidur nyenyak tiba-tiba terbangun disebabkan oleh ketukan itu. Pak Maon menasihati Amirin supaya baca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas. Mereka meneruskan berzikir sampai waktu subuh. Pagi itu jugak Pak Maon dan Amirin pergi ke warung Cik Siti untuk memberitahu tentang kejadian semalam. tiba sahaja di warung Cik Siti,orang kampung heboh menceritakan tentang pernampakkan arwah Zulaikha di sekitar kampung. Orang kampung sibuk bercerita tentang si Zulaikha yang membuat kekacauan di sekitar kampung mereka. Disebabkan tidak tahan lagi,mereka memanggil seorang dukun yang handal di kampung seberang. Nama dukun itu ialah Wak Jiro, Wak Jiro mengambil kes mereka kerana kesian melihat ketakutan orang kampung terhadap pontianak itu.Wak Jiro memberitahu orang kampung supaya mengikat kaki ayam mati terkejut di hadapan rumah untuk menghalang kuasa jahat masuk ke dalam rumah mereka.Wak Jiro perlu menunggu malam bulan mengambang dahulu sebelum memulakan upacaraan kerana itu ialah pantang larang yang dia pelajari dari orang tuanya. Bila malam bulan mengambang tiba,Wak Jiro memulakan upacaraan di hadapan kubur Zulaikha. Di situ hanya larh ada  beberapa orang kampung dan anak buah Wak Jiro. Wak Jiro mula membacakan manteranya, kemudian Wak Jiro mula memanggil nama Zulaikha. Kali pertama tidak jadi apa-apa,kali kedua pon sama, tapi pada kali ketiga tiba-tiba sahaja angin kencang melanda satu kampung. Wak Jiro bangun dari tempat duduknya lalu membaca mantera untuk Kali kedua tapi kali ini Wak Jiro mengeluarkan sesuatu dari begnya. Wak Jiro perlahan-lahan mengeluarkan keris yg diturunkan oleh orang tuanya. Tiba-tiba satu lembaga muncul di hadapan Pak Jiro. Orang kampung dan anak buahnya ketakutan melihat wajah pontianak itu. Wajahnya yang menyeramkan membuat sesiapa sahaja takut kecuali Wak Jiro. Wak Jiro membaca manteranya di hadapan pontianak itu. Pontianak itu mengilai kerana kepanasan, kemudian pontianak itu tiba-tiba terbang kemudian hilang. Mereka sangkakan pontianak itu telah pun mati, tapi......

bersambung

[C]Creepy Story-TellingWhere stories live. Discover now