Kolej Merah

206 11 0
                                    

Dalam bilik 102 kolej Merah, terdapat sekumpulan pelajar perempuan sedang membuat assignment.

Shira buat kerja dekat bilik malam tu. Wana dan Nina, roommate Lin pulak friendly dan tak kisah kalau diorang nak buat kerja sampai pagi kat bilik tu.

"Yess siap jugak. Penat gila doh dari tadi buat kerja non-stop." Lin baring terlentang di atas lantai kepenatan. Baru sem 1 kerja berlambak, fikirnya. Padahal tak banyak pun tapi sebab bertangguh macam ni lah jadiknya

"Esok nak submit baru hari ni nak buat mana taknye." Wana membebel. Dia duduk atas meja buat kerja sendiri manakala Lin dan Shira di lantai.

"Ala student kan, tak sah kalau tak buat kerja last minit. Rileks la. Dah siap kira alhamdulillah hahaha" balas Wana. (jgn contohi sikap diorang ni ye.)

"Uhh.. Weh siapa-siapa teman aku pergi tandas pleaseeee." Shira menarik lengan Lin yang baru je kemas barang-barang dia. "Jom Lin." belum sempat Lin bukak mulut Shira terus pergi tandas. Dia dah biasa pegi kolej Merah so dia tau tandas belah mana. Lin menggeleng kepala tapi dia follow jugak.

"Lin, tunggu luar tau jangan gi mana-mana." ujar Shira.

"Yeee cepatlah sikit." Lin memeluk tubuh. Sejuk pula malam-malam ni. Dekat lima minit jugaklah dia tunggu so nak hilangkan bosan tu dia pun bercerita.

"Weh Shira nak dengar satu cerita tak?" soal Lin.

"Dah kenapa tiba2. Hah cite jelah." balas Shira.

"OK. Ni aku dengar dari senior yang dah lama duduk kolej Merah ni. Dulu kan ada seorang pelajar ni. Cantik orangnya sampai boyfriend member dia pun jatuh hati. Apa lagi bengang la member dia tu. Satu malam ni bila dia balik dari library, member ni dengan kawan-kawan yang lain pergi belasah dia tu. Tapi perbuatan diorang tu terover sampai dia ni tak bernyawa lagi. Diorang panik so diorang pun buang mayat perempuan tu. Sampai sekarang penduduk kolej ni report diorang nampak pelajar tu. "

"Dekat mana diorang buang mayat tu?" soal Shira. Dia pun melayan sahaja si Lin ni walaupun dia tidak percaya cerita2 begini.

"Dekat... Tandas kau tengah guna ni la." ujar Lin. Tiba2 pintu tandas terbukak dan Shira cepat2 keluar dan mencubit lengan Lin.

"Auch. Hahahaha mencicit kau keluar tandas." tawa Lin.

"Eee kau ni. Buat takut aku je lah!" Shira basuh tangan dan diorang berdua balik semula ke bilik. Lin masih ketawa dan bila dia masuk Wana memandangnya hairan.

"Kau dah kenapa gelak pukul 3 pagi ni? Kena tegur dengan akak senior nanti."

Lin menceritakan semuanya kepada Wana. "Tapi sebenarnya aku gurau je. Tapi Shira hahaha lawak betul tengok kau takut."

"Cerita tu betul. Cuma mayat dia ditinggalkan dalam bilik ni sebenarnya. " ujar satu suara menarik perhatian Wana, Lin dan Shira.

Diorang melihat ada satu lembaga perempuan berkain putih dengan rambut panjang mengurai menutup mukanya yang terkopek berdiri di sebalik pintu. Darah merah keluar dari mulut perempuan itu mengenai baju dan lantai. Mereka bertiga tergamam tetapi Shira menjerit terus berlari keluar dari bilik itu meninggalkan Lin dan Wana.

Lembaga perempuan itu menanggalkan rambutnya. Rupa2nya Nina. Itu cuma kostum yang dia pakai untuk satu persembahan teater.

"Tak baiklah korang ni, kenakan dia macam ni sekali." ujar Wana sambil ketawa.

"Alah biarlah. Dia tu annoying doh menyampah aku kadang-kadang. Puas hati aku. " ujar Lin, ketawa.

"Demam anak orang macam mana? Jangan putus kawan dah la." ujar Wana dengan penuh sarkastik. "BTW, bilik Shira dekat mana?"

"Tingkat 3, bilik 134."

Wajah Nina pucat. "Kau biar betul?"

"Apesal kau, Nina?"

"Tengok ni. Ni list nama pelajar yang duduk kolej ni. Tingkat 3 mana ada orang duduk!"

Tiba2 pintu tertutup dan lampu terpadam.

"Cerita kau tu memang betul pun... " terdengar satu suara berbisik. "...aku saje je nak melawat tandas tempat kawan2 aku campak aku bila aku mati dulu tu. Kawan? Heh. Sekarang aku nak balas dendam. Orang macam kau tak patut hidup!"

Esoknya gempar kolej Merah bila penghuni bilik 102 dijumpai mati dalam keadaan ngeri.

*****
"Aku benci betul lah si Fira tu. Sekarang pakwe aku pun taknak layan aku dah, asyik tengok si Fira tu je. Taknak aku jadi kawan dia lagi. Apa kata kau tolong aku kenakan dia, nak Shira? Kan kita kawan. " soal Zuhaila.

Shira mengangguk perlahan sambil tersenyum. "Malam nanti kau datang lah bilik aku. Kita bincang pasal hal ni, okay?"

P/s: sorry kalau tak seram.

*pls vote/comment :)

The CerpensWhere stories live. Discover now