Argh shxt! Rasa nak buang air la pulak. Aku tengok jam di dinding, pukul 3.
Err alamak.
Nak pergi tandas sorang-sorang takut la pulak. Lagipun orang kata pukul 3 pagi ni makhluk-makhluk halus tengak aktif.
Aku bangun dan tengok katil sebelah. Aku nak ajak Que teman aku since dia je la yang paling berani dalam bilik tu tapi Que tengah tidur. Macam tak sampai hati la pulak nak kejut dia teman aku pergi tandas.
Aku baring balik. Cuba paksa diri tidur tapi pusing2 pun rasa tak selesa. Yelah pundi kencing dah penuh.
Aku tengok Que bergerak-gerak. Mesti bunyi katil aku ganggu dia tidur. Pantas aku pergi ke katilnya. Aku tak tahan lagi, aku kena pergi tandas. Lantaklah kalau Que nak marah aku nanti.
"Que, Que, weh bangunlah..." aku bisik, tak mahu ganggu tidur kawan yang lain. Que bergerak-gerak. Dia membuka sebelah mata dan memandangku. "Jom teman aku pergi tandas..." aku merayu. Que menguap.
"Em jom ah." dia kata perlahan. Fuh, nasib baik dia tak marah-marah.
Aku dan Que pergi ke tandas. Sejurus sampai aku terus masuk ke dalam tandas. Que tunggu di luar. Beberapa minit kemudian, aku pun selesai. Peh dia punya lega...
Aku basuh tangan dan aku perasan Que berdiri di belakang dan tenung je aku. Tapi aku buat dek je la. Dia tengah mamai lagi kot.
Aku dan Que berjalan balik ke dalam bilik. Aku pun baring atas katil dan Que buat benda yang sama. Tapi aku masih pelik dengan kelakuan Que tadi.
Pagi tu aku terjaga bila terdengar Que dan Farah, lagi sorang roommate aku berbual. Eh dah pukul berapa ni ek?
"Que, kau pergi mana malam semalam?" soal Farah.
"Teman Elena pergi tandas."
"Sumpah la? Aku fikir dia dah takde lagi lepas ustaz tu datang?" muka Farah cuak. Que mengangkat bahu. "Kau tak takut ke Que?"
"Nak takut apa. Dia tak apa2kan aku pun. Dia cuma ajak teman dia pergi tandas. Kalau aku refuse nanti dia ajak korang pulak." Que sempat bergurau dan Farah menumbuk lengan Que.
"Ish kau ni. Dah la jom pergi kelas." Diorang berdua beredar dan meninggalkan aku sendirian.
Patutlah Que asyik pandang aku semacam. Aku dah mati rupanya.
*pls vote/comment :)
YOU ARE READING
The Cerpens
Short StoryPercubaan untuk buat cerita pendek. enjoy :) Highest Ranking: #2 (Cerpen Seram)