"Abang jangan lupa balik makan tengah hari, ya? Sayang masakkan makanan kegemaran abang." kata isteriku Dahlia di muka pintu. Aku hanya mengangguk dan memberikan sebuah "flying kiss" dan Dahlia tersipu malu. Aku berjalan ke arah kereta Mercedes hitamku dan masuk ke perut kereta. Aku memandang driverku di hadapan dan memberi isyarat untuk bergerak. Aku memandang jam Rolex yang aku beli berharga 10k itu. Ah lambat atau tidak, bukankah aku boss?
Mercedes itu memecut keluar dari perkarangan villa itu. Sesampai di hadapan sebuah bangunan besar, aku melangkah keluar dan bergegas ke pejabatku di tingkat paling atas. Sebagai seorang usahawan yang berjaya di mana namaku tersenarai dalam top10 Forbes, aku percaya hari ini juga tentu sibuk.
Benar jangkaanku, banyak pula meetings dan sesi perjumpaan dengan klien hari ini. Sekretariku memberitahu esoknya akan ada sidang media berkenaan pelancaran produk terbaru syarikat, Daging Burger Sedap Amran. Ya, aku tahu amat lah kampung namanya kan? Tapi ini untuk mengingatkan aku dari mana aku datang.
Flashback
"Amran, oh Amran!" kedengaran suara ibuku di dapur. Aku keluar dari bilik dan bertanyakan ibuku. "Muka macam selenge je ni mesti baru bangun tidur. Hai laa budak ni. Ni ha, tolong mak pergi kedai kejap. Belikan telur dengan kicap. Harini kita makan nasi telur kicap je. Biar sedar sikit kita ni bukan ada duit. Nak sumbat perut kau dengan ikan ayam tak guna kalau siang malam membongkang aje. Ayah kau tu pulak blablablabla"
"Em, yelah mak." aku malas nk mendengar bebelan ibuku. Aku membasuh muka dan terus ke kedai runcit Ching Chong dengan motor kapcai aku. Sesampai di kedai aku cari telur dan kicap dan letakkan di kaunter.
"Haiya mana cukup ni."
"555 la uncle. Nanti saya start berniaga burger untung saya bayar la hutang. Boleh ye uncle?" kataku sambil senyum kambing.
Uncle hanya menggelengkan kepala. "Lu ah, hutang lagi saya banned lu dari kedai saya."
Aku hanya ketawa, ambil telur dan kicap dan terus memecut motor ke rumah.
Sepanjang perjalanan aku memandang sawah padi yang terbentang luas. Hijaunya mendamaikanku. Aku melihat diriku di seberang jalan sedang berniaga burger pada waktu malam. Aku akan berkemas, mencium tangan ibuku dan berlalu untuk memulakan perniagaan. Aku letak burger dan roti serta sos di tempatnya. Selepas itu akan akan buka meja dan susun kerusi di tepi gerai kecilku untuk pelanggan aku duduk. Malam2 budak kampung aku gemar melepak dari mengaji, dan diorang akan duduk makan burger aku sambil tangan memetik gitar.
Tiba-tiba, mataku terpanar melihat Dahlia anak ketua kampung datang menghampiriku, dan dengan suara lembut bak gula kapas memesan burger daging dua dan burger special 1. "Ayah suka abang Amran berniaga. Dia cakap burger Abang Amran sedap." kata Dahlia. Aku tersipu malu. Tangaku ligat memanggang burger sambil bermain mata dengan Dahlia. Budak2 kampung itu memainkan lagu jiwang.
"Burger daging burger special siap!" aku membungkus burger2 itu dan memberikannya kepada Dahlia.
"Terima kasih abang Amran. Nah rm50. Ayah cakap keep the change. Dia bangga tengok anak muda kampung ni berniaga." kata Dahlia sebelum berlalu pergi. Aku tersenyum gembira.
Aku balik ke rumah pukul 2 pagi dan selepas mengira2 untung aku tertidur. Alhamdulillah disebabkan untung burger banyak aku berniat nak belanja ibu bapaku makan sedap-sedap.
"Ibu sedap tak bu? Maaf bu mampu belanja ikan bakar je. Nanti Amran belanja ibu makan dekat tempat mahal-mahal sikit, okay?"
Ibuku memegang ubun rambutku. "Ibu tak perlukan duit Amran, tak perlu nak belanja ibu benda mahal-mahal, tengok Amran berubah cukup buatkan ibu gembira."
YOU ARE READING
The Cerpens
Short StoryPercubaan untuk buat cerita pendek. enjoy :) Highest Ranking: #2 (Cerpen Seram)