Aku ada seorang kawan. Namanya Bob. Dia suka gila makan ayam. Part favourite dia of course la kaki ayam.
Kalau turun kafe mesti lauk dia sup kaki ayam, atau masak apa-apa jelah asalkan ada kaki ayam. Dia punya gila dgn kaki ayam tu sampai nak asalkan ada bentuk dan rasa sama macam kaki ayam pun dia telan.
Hari Sabtu mak aku wasap dia suruh aku balik tengok kakak aku baru lepas beranak. Dia ajak Bob sekali, katanya ada masak kari kaki ayam khas untuk Bob. Amboih mak aku ni...
Bob excited kanmain dan hari Jumaat petang kitorang pun bertolak ke kampung.
Kepulangan disambut mak dan ayah serta adik beradik lain. Dan aku terus ke bilik kakak nak tengok anak buah yang pertama. Tapi mak halang sebab cucunya tu tengah tidur, jangan dikacau. Mak ajak aku dan Bob makan.
Bob makan berselera sekali sampai tambah 2-3 pinggan, penangan kari kaki ayam mak. Lauk lain dia tak sentuh.
"Fuh, sedap betul makcik." kata Bob.
"Yeke? Alah makcik masak ala kadar je. Maaflah ye, Bob. Kaki ayam dah habis lah."
"Alah yeke makcik?" Bob muram.
"Bob nak bahagian ayam yang lain ke?"
"Takpelah makcik, dah kenyang. Terima kasih makcik."
Bob terus berhenti makan walaupun tadi selagi ada kaki ayam, selagi tu dia bertambah makan.
Malam tu pun aku tak dapat tengok anak buah aku sebab masih tidur. Ah tak apa ada lagi masa. Selepas tengok TV aku dan Bob pun tidur. Kitorang tidur dekat ruang tamu beralas toto.
"Paan." Bisik Bob.
"Ha pedia?" aku membalas endah tak endah. Mengantuk sudah mula menguasai.
"Aku nak makan la Paan. Lapar."
"Pergi la cari sendiri dalam peti ais tu. Ada lauk lebih panaskan."
"Aku nak kaki ayam..."
"Kaki ayam dah habis la Bob. Kau pergi la makan apa-apa. Dah sana aku ngantuk." aku dengar Bob mengeluh tapi dia bangun jugak ke dapur, dengar bunyi kelentang kelentung. Lepas beberapa minit aku tidak sedarkan diri.
*****
"Ah aku mesti dapatkan kaki ayam. Mesti ada punya ni." bisikku.
Aku seperti orang gila mencari kaki ayam walaupun satu di seluruh rumah.
Kaki ayam.
Aku mahukan kaki ayam.
Aku perlukannya.
Dan akhirnya aku terjumpa bukan satu, tapi dua kaki ayam.
Alhamdulillah rezeki.
Aku pergi ke tempat letak pisau mencapai sebilah pisau untuk memotong kaki ayam itu dari bahagian lain.
Selesai, aku baru sedar aku tak reti masak. Ah takpelah. Goreng pun boleh.
Oh enaknya bau.
Rasanya lembut betul.
Aku gigit kulit di setiap jari dan meratahnya seperti itulah kali terakhir aku dapat makan kaki ayam.
Sedap gila!
*****
Aku memandang ibu dan kakakku yang menangis di sisi jenazah anak buahku. Bob di sebelah turut memandang sayu.
Keesokkannya aku dikejutkan dengan kehilangan anak buahku dan setelah diasat rupanya anak kecil itu dibunuh dengan kejam. Dan apa yang membuatkan pihak polis pelik ialah anggota dan organ lain elok tidak terusik. Kecuali kakinya.
Kedua-dua kakinya tak ada.
*****
Aku memandang jenazah budak kecil tu.
Jangan salahkan aku. Aku tak boleh nak lawan nafsu aku yang melimpah ruah untuk kaki ayam.
Dan kaki budak tu lembut sekali, sebijik macam kaki ayam.
Aku tak boleh tahan.
P/s: okay idea ni author dapat sebab tiba2 kakak ipar author cakap yang jari kaki ayam tu macam jari baby sampai bila nak makan tu dia siap cek if tu kaki ayam ke atau...
YOU ARE READING
The Cerpens
Short StoryPercubaan untuk buat cerita pendek. enjoy :) Highest Ranking: #2 (Cerpen Seram)