Puteri

130 11 0
                                    

Jadi ibu bapa bukan senang. Nak jaga anak lagi, nak kerja lagi.

Jiran pernah tanya kenapa tak hantar dekat rumah pengasuh je.

Aku tak nak sebab pengasuh sekarang ni bukan boleh percaya. Careless. Lagi satu kalau dibantainya anak aku sampai mati, macam mana? Nak taknak salah seorang dari kami kena berhenti kerja untuk jaga anak pertama kami.

Isteriku Hana sanggup melepaskan kerjanya demi anak kami, Puteri.

Puteri ni comel, tapi tu la kuat nangis. Tapi Hana sabar. Dia sanggup berjaga tengah2 malam untuk Puteri Tiap-tiap malam aku akan duduk di sisi Hana yang memangku Puteri, pesan dekat anakku ini, jangan la kuat nangis penat mama nanti. Hana hanya ketawa. Tapi aku tahu, dia akan berkorban apa sahaja demi Puteri. Aku faham kerana aku juga sayangkan Puteri, dialah puteri dalam kehidupan kami.

Suatu malam tu, aku terbangun dari tidur dan melihat di luar tingkap. Ada seseorang yang berpakaian gelap berdiri di depan rumahku. Aku sudah berasa seram. Aku terdengar Puteri menangis dan cepat2 pergi ke bilik anak kami.

Sudah beberapa hari begitu. Aku beritahu Hana, mungkin kemunculan lembaga itu yang menyebabkan Puteri asyik menangis.

Malam kelima, aku berdiri di tingkap dan melihat lembaga lelaki itu berdiri di depan rumahku. Hana di belakang memangku Puteri. Aku mengambil pistol yang aku sorok dalam almari dan terus menembak lembaga itu. Dia rebah tidak bergerak. Fuh.

Aku melihat Hana dan Puteri.

"Jangan menangis ya Puteri. Lepas ni dah takde orang nak kacau Puteri lagi." bisikku. Aku memeluk mereka berdua dan aku mendengar Puteri berbisik sambil menangis memanggil ayahnya yang aku tembak tadi.

*****
"Seorang kanak2 dipercayai hilang dari rumah pengasuhnya. Kanak2 bernama Puteri Farah binti Amin dibawa pergi oleh sepasang suami isteri yang mendakwa merupakan sepupu kepada ibu bapa kanak2 itu. Kehilangan kanak2 itu juga membuatkan masyarakat berfikir adakah pengasuh kini boleh dipercayai untuk menjaga  kanak2 atau mereka sekadar hanya mahukan duit sahaja tanpa menitikberatkan soal kebajikan dan keselamatan mereka? Selanjutnya di berita jam 8."

Azli menutup TV dan melihat Hana dan anak angkat baharunya itu sambil tersenyum.

*pls vote/comment :)

The CerpensWhere stories live. Discover now