eNtah

28 3 0
                                    

Mata perhati.
Dia sedari.
Mulut mencaci.
Lalu pergi.

Roda berhenti.
Kunci ditarik.
Pagar berkunci.
Panas menerik.
Kepala berasap.
Lalu disentap.

Suara kedengaran.
Seperti diteran.
Dia melihat.
Darah berkilat.
Si tua terlantar.
Lutut terketar.

Pedulinya tidak.
Emas dinilai.
Mata beliak.
Dia menyeringai.

Roda berpusing.
Bunyi bising.

Misinya satu.
Visi baru.
Warna biru.
Dia mahu.

Dia pulas.
Tapi culas.

Mata terbuka.
Tubuh kaku.
Mulut terkunci.
Mahu bicara.
Lidah beku.
Kalimah terhenti.

Maaf siapa.
Dia meminta.
Tiada sahutan.
Tiada ampunan.

Dia serah.
Dia mengalah.

Waktu berdetik.
Dia terketik.

Terus,
garis melurus.


Nota kaki: haha tak tau lah datang demam apa tiba2 jadi sajak pulak. Just enjoy je laaa~

The CerpensWhere stories live. Discover now