Hari itu, kau berjalan di tengah-tengah lautan manusia. Seperti biasa kau memakai hoodie dan jeans hitam pada hari itu. Kau membelek-belek telefon kau. Kejap kau memandang ke hadapan, kejap kemudian kau pandang ke skrin telefon kau, lepas tu kau pandang depan lagi dan seterusnya.
Orang ramai masih tidak pedulikan kau. Mereka melanggar bahu kau tetapi telefon bimbit kau masih kemas dalam genggaman. Kau memandang skrin telefon dan mereka memandang ke hadapan.
Lalu kau memerhatikan mereka-mereka. Ada yang sedang bercakap sesama sendiri, ada yang berjalan laju sambil sekali sekala memandang jam tangan, ada yang mengeluh, ada yang bersemangat. Mereka-mereka yang menempuh hari seperti biasa, pada waktu pagi yang biasa.
Kau masih berjalan menongkah arus lautan manusia, telefon pintar kau kemas di tangan. Kau cuba sedaya upaya untuk mengelak dari melanggar mereka. Ah bagaimana? Kau ke selatan, mereka ke utara, pasti akan berlanggar.
"2%
" kau memerhatikan bar bateri di skrin telefon pintar kau. Seperti manusia-manusia itu kau juga akan berasa panik, dan tergopoh gapah mencari powerbank dalam beg sebelum akhirnya telefon pintar kau mati.
Tapi tidak. Sebab kau bukan manusia-manusia biasa yang akan berasa panik, dan tergopoh gapah mencari powerbank dalam beg sebelum akhirnya telefon pintar mereka mati.
"1%"
Kau berdiri di tengah-tengah lautan manusia itu. Kau memerhatikan sekeliling. Ada yang sedang bercakap sesama sendiri, ada yang berjalan laju sambil sekali sekala memandang jam tangan, ada yang mengeluh, ada yang bersemangat. Mereka-mereka yang menempuh hari seperti biasa, pada waktu pagi yang biasa.
Kau merasakan gegaran di dalam genggaman kau.
Akhirnya telefon pintar kau mati. Bahu kau tidak lagi bergesel dengan bahu mereka. Kau tidak lagi mendengar keluhan mereka, suara mereka dan bunyi tapak kasut mereka.
Kau memandang ke hadapan dan melihat pemandangan yang dahulunya sesak, kini kosong.
Manusia-manusia itu terbaring dalam pelbagai posisi, seolah-olah mereka terjatuh tetapi tidak bangun lagi.
Suasana sunyi.
Hari itu, kau berjalan di tengah-tengah lautan manusia. Seperti biasa kau memakai hoodie dan jeans hitam.
Bezanya hari itu dan hari-hari sebelum, kini mereka tidak lagi bergerak tetapi kau terus melangkah.
P/s: just a late night thought
YOU ARE READING
The Cerpens
Short StoryPercubaan untuk buat cerita pendek. enjoy :) Highest Ranking: #2 (Cerpen Seram)