Illness

61 5 0
                                    

Aku menatap mata Louis Mata birunya membuatkan aku lemas. Lemas dalam cinta.

Tadi kita berdua berjumpa selepas berapa lama tidak bersua.

Louis anak general, mana mahu keluar lepak lagi. Kataku.

Tapi kita berdua tahu.

Perasaan rindu makin menebal, lalu aku curi-curi keluar dari rumah pada waktu bulan mengambang untuk jumpa kau, Louis. Sambil itu, aku memandang segala perhiasan untuk persiapan kahwinku, dengan pewaris negara jiran. Aku tak tahu siapa dia, semuanya ditentukan oleh ibu bapaku dan aku tidak ada hak untuk bersuara. Biarlah, malam ini aku akan ubah segala.

Kau sudah pun berada di bawah pohon kita. Pohon yang menjadi saksi kisah cinta kita. Kau memakai baju tentera putih gading bersulam emas, lencana bentuk bintang terletak kemas di dadamu dan beberapa garis biru di lenganmu.

Aku tersenyum. Aku tahu kau sedang sibuk bertugas, walaupun perang dah tamat. Tugas kau melindungi negara dan orang-orang aku.

Dan aku terharu kau tidak lupa temu janji setelah sebulan berlalu.

"Louis." aku terus memelukmu. Dan kau membalas pelukanku. Erat sekali.
Setelah aku yakin memang kau di dalam pelukanku, aku melonggarkan pelukan, tanganku di lenganmu, mataku memerhati setiap inci dirimu.

"Aku rindukan kau."

"Ya, aku tahu."

Dan kita berdua duduk bersandar di pohon rendang atas bukit itu. Melihat bulan mengganti matahari memberi cahaya di segenap penjuru.

"Aku terdengar apa yang berlaku pada Maxwell."

Aku mengetap bibir dan memandang Louis. Louis tersenyum tenang dan memegang tanganku. Kenapa kau boleh sebegini tenang bila kita tahu kita berdua akan jumpa pengakhirannya tak lama lagi?

"Aku akan lindungi kau. Janganlah takut."

"Aku... "

"Hey, pandang aku." Louis memegang kedua-dua pipiku dan mengesat sesuatu. Entah bila masa mataku mengeluarkan air mata, aku pun tak tahu. "Kau percayakan aku kan?"

Aku angguk, perlahan.

"Jadi jangan menangis lagi. Kita berdua akan hadapinya bersama."

Aku menenangkan diriku dan bersandar di dada Louis. Louis mengusap perlahan kepalaku.

"Mereka anggap itu penyakit. Penyakit yang amat berbahaya. Dan ia nya penyakit berjangkit." aku tersenyum hambar. "Bullshit."

"Kita tak boleh yakinkan mereka."

"Ya aku tahu." aku meneruskan percakapan. "Mereka bunuh budak itu tanpa belas kasihan. Mereka kata budak Maxwell tu dijangkiti."

"Kita juga, sadly." Louis ketawa kecil.

"Adakah kau menyesal?" soalku.

"Tak. In fact, ini adalah perkara paling indah yang pernah berlaku kepada aku."

Aku senyum lagi.

"Kau?"

"Aku pun rasa macam tu. Biarlah aku dijangkiti, biarlah ibu bapaku tidak mengaku aku anak, biarlah orang-orangku memulaukan aku. Asalkan kau ada."

"Kita patut beredar. Lagipun banyak benda akan berlaku esok. Terutamanya, majlis perkahwinan kau."

"Diamlah." aku mendengus. "Kau tahu bukan itu yang akan berlaku esok. Jadi, kita spend time lama sikit okay?"

Louis mengangguk dan kita berdua baring di atas rumput memandang bulan. Tidak ada dialog lagi, tapi aku rasa gembira sebab adanya kau di sebelahku.

Esok aku mencipta episod baru kita.

Aku bangun dan melihat pakaian untukku pakai di acara perkahwinan di hadapanku.

Aku beriak biasa. Aku mandi, bersiap dan berhias seperti biasa. Tatkala aku memijakkan kaki di atas altar aku melihat wajah pasanganku yang mengukir senyuman manis. Aku melihat wajah gembira ibu bapaku dan saudara-saudaraku. Kiri kananku merupakan rakyatku yang bersorak menungguku mengikat janji dengan pasanganku namanya siapa dan dari negara apa aku tidak tahu.

Aku memandang Louis.

Aku memandang kasutku.

Adakah aku cukup berani untuk melakukannya? Adakah aku bersedia untuk menghadapi akibatnya bila aku memberitahu perkara sebenar?

Aku memandang Louis, cukup lama membuatkan rakyatku memandangku pelik dan wajah ibu bapaku berubah.

"Anakku!" ibu permaisuri negara ini menjerit.

Aku mahu menangis tapi aku tak mahu berpatah balik. Aku nak bersama dengan Louis.

Tanganku digenggam seseorang. Aku memandang Louis. Cukup lama membuatkan aku kembali lemas dengan matanya yang penuh dengan cinta.

"Anakanda tak mahu kahwin!" aku separa jerit. "Anakanda cintakan Louis."

"Anakku!"
"Putera dijangkiti!"

Dan macam-macam lagi aku dengar dari mulut semua yang ada di situ.

"Putera Adam!" ayahku si raja Negara membeliakkan biji mata.

"Putera Adam dan General Louis dijangkiti. Mereka mesti dibunuh!"

Aku memandang Louis dan Louis buat perkara yang sama. Aku sempat mencumbu bibirnya sebelum aku merasakan beberapa peluru menembusi badanku dan Louis.

Pada masa itu, cinta sesama jantina dianggap sebagai penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa keburukan kepada negara.

Aku enggan percaya diriku "dijangkiti" tetapi semakin lama aku bersama dengan Louis sejak kecil, aku mengesahkan kami berdua memang "dijanngkiti". Aku tak mahu cari penawar kerana perasaan itu amat indah, padaku dan Louis.

"This is sick."

"We are."

Louis ketawa perlahan dan kami memegang jari jemari masing-masing dan selepas meminta maaf kepada semuanya, aku menutup mata.

"How come something so beautiful and pure ended up like this?"

*well yeah first of all, author x support LGBTQ,  tapi author terbaca satu fanfic Xiuhan (siapa kpoppers sini tahulah ship ni siapa XD) and chapter ini inspired daripada fanfic tu which is kind of sad and beautifully written so author nak buat camtu gak ^^ happy reading yaa

The CerpensWhere stories live. Discover now