180; Psychology

16.1K 1.6K 125
                                    

***

Aku adalah seorang doktor psikologi. Sepanjang karierku, aku telah banyak berhadapan dengan orang-orang yang memiliki masalah pelik. Namun ada satu kes yang mengganguku lebih dari yang lain.

Ada sebuah keluarga terdiri dari tiga orang yang tinggal di depan rumahku. Mereka terdiri dari sepasang suami isteri berumur 50-an yang memiliki seorang anak lelaki yang berumur 20-an. Anak lelaki itu melakukan satu hal yang selalu orang Jepun sebut, iaitu 'hikikomori'. Seorang yang berjiwa introvert dan menarik diri dari sosial.

Aku dan jiran lain tidak pernah melihat anak lelaki mereka. Orang yang melakukan hikikomori biasanya mengunci diri mereka sendiri di dalam bilik untuk menghindari orang lain. Aku tidak pernah khabarnya dari orang tuanya sendiri.

Hari terus berlalu, anak lelaki mereka tidak juga keluar. Setiap malam, suara marah ibunya yang menjerit kepada anak lelakinya akan kedengaran. Apabila aku beberjumpa dengan ibu kepada lelaki itu, dia akan tersenyum dan menyapaku. Namun mukanya pucat dan tubuhnya terlalu kurus.

Saat itu sudah lebih dari tiga tahun sejak semua orang melihat anak lelakinya buat kali terakhir. Suatu hari, ayahnya mengetuk pintu rumahku. Dia memintaku untuk datang ke rumahnya. Dia tahu bahawa aku doktor psikologi. Disebabkan kami jiran, aku memutuskan untuk menolongnya.

Saat kami sampai di pintu depan. Ibunya sedang menunggu kami di sana. Dia membawaku menuju ke tingkat atas, dimana bilik anak lelakinya.

Dia mengetuk pintu dengan kuat dan menjerit "kami masuk!"

Kemudian dia membuka pintu dengan kasar dan memekik, "kau nak tidur sampai kau mati!? Bangun kau! Pemalas tak berguna!"

Sebelum aku tahu apa yang terjadi seterusnya, ibunya menyambar sebuah pemukul besbol yang berada di bilik itu dan mula memukul tubuh anaknya yang tidur di bawah selimut. Selama beberapa saat aku membisu, ibunya terus memukul dengan membabi buta. Kemudian aku merampas kayu besbol itu dari tangannya. Dan memaksanya keluar dari bilik ini.

Aku cepat-cepat menuju ke arah anaknya yang masih terbaring itu untuk memeriksa lukanya. Saat aku menarik selimut yang menutupi badannya, aku tidak percaya dengan pandangaaku sendiri. Sesuatu yang terbaring di bawah selimut adalah mayat yang sudah hampir bertukar tulang.

Aku berdiri di situ, tergaman. Sambil menatap mayat yang sudah membusuk itu.

Si ayah masuk lalu berdiri di tepiku, sambil memegang kepalanya.

"itu isteriku yang ingin aku pertemukan pada kau" katanya. "ni sudah terjadi selama bertahun-tahun, aku tdapat menahannya lagi"

***

Ni bermaksud si aku ni ingatkan nak rawat lelaki tu, tapi ternyata si ibu yang sakit. Mungkin tak dapat nak terima kalau anak dia mati dan dia simpan mayat anak dia

Vote [/]
Comment [/]

Scaryforkids-

Creepypasta s2 ∽ malay ✔Where stories live. Discover now