188; That Girl

9K 983 291
                                    

***

Sumber: Scaryforkids
Editor: Thepinovem

***

Ada seorang gadis kecil, Holly yang baru saja menyambut birthday-nya yang keenam. Pada satu malam Halloween, ibu bapanya bercadang untuk menyambut anniversary mereka dengan makan malam di restoran.

Disebabkan Halloween, sukar untuk mereka mencari pengasuh yang dapat menjaga Holly. Akhirnya, mereka meminta tolong Jessica— remaja yang tinggal di hujung jalan— untuk menjaga Holly.

Semasa Jessica tiba, ibu bapa Holly meninggalkan beberapa pesanan dan menyuruh Jessica menelefon mereka jika ada kecemasan. Jessica memberi Holly makan setelah kedua ibu bapanya beredar. Kemudian, dia pilih untuk menonton televisyen.

" Kak, nak makan dessert boleh? " Soal Holly setelah makan malam.

" Sure, " balas Jessica. " Holly suka apa? "

" Aiskrim! " Jawab Holly dengan penuh semangat. Jessica bergerak ke dapur untuk mencari aiskrim di peti ais. " Alaa takda aiskrimlah dalam ni, " kata Jessica dengan sedikit hampa.

" Aiskrim ada kat dalam fridge bilik bawah tanah, " kata Holly. Jessica pun turun ke bilik bawah tanah dan menghidupkan suis lampu. Malangnya lampu tidak menyala. Rosak barangkali.

Jessica memberanikan diri untuk menuruni anak tangga yang sudah usang itu. Kriuk kriuk bunyinya. Sampai di bawah, Jessica mencari fridge yang Holly katakan. Aiskrim Vanilla dikeluarkan.

Saat ini, pandangannya terhala ke tingkap. Dalam gelap, dia nampak seorang gadis dengan rambut perang yang panjang sedang berdiri di luar.

Gadis itu memakai blaus merah dan hanya berdiri kaku di luar tingkap. Jessica tidak dapat melihat wajahnya, tapi apa yang pasti, gadis tersebut memakai sesuatu berwarna hitam di kepalanya.

Jessica tidak mengambil serius tentang itu. Malam Halloween, mestilah ramai budak-budak jalan sekeliling perumahan ni. Kaki dilangkah ke atas semula.

Aiskrim yang telah diskoop ke dalam mangkuk diberikan kepada Holly. Holly hanya menatap mangkuk aiskrim tu. " Kak, nak chocolate syrup, boleh? " soal si kecil.

" Boleh. Kat mana syrup tu? " Tanya Jessica.

"Di bawah tanah," balas Holly. Jessica patuh, dia turun semula ke bilik bawah tanah yang gelap. Semasa mecari chocolate syrup yang Holly mahu, Jessica memandang keluar tingkap.

Gadis tadi masih lagi berdiri di luar, cuma kali ni dia menatap tingkap. Jessica memerhati sama ada gadis itu memakai topeng yang aneh atau tidak. Topengnya hitam bergaris merah.

Mulutnya memakai mask dengan gambar gigi putih yang besar dan tajam. Jessica terasa seram dan takut.

Botol chocolate syrup didapatkan dan naik semula keatas. Syrup dituangkan ke atas aiskrim Holly. " Terima Kasih, " kata Holly dengan sopan. " Kak, taburkan gula-gula boleh? "

Jessica mengeluh. " Biar akak teka ... kat bilik bawah tanah juga, kan? " Holly sudah tersengih. " Haah. "

Jessica turun semula ke bilik bawah tanah. Semasa di almari kaca, dia melihat ke luar tingkap. Gadis bertopeng tadi masih di luar. Kali ni, dengan pisau besar di tangan.

Jessica sudah tak senang duduk. Ligat otaknya cuba berfikir rasional. Mungkin itu sebahagian dari kostum dia? Tapi peliklah, macam mana ibu bapa dia izinkan anaknya keluar bawa pisau besar?

Bulu romanya meremang, Jessica bergegas naik ke atas bila balang gula-gula sudah didapatnya. Dia skip dua anak tangga terus, nak keluar secepat mungkin dari situ.

" Terima kasih! " ucap Holly dengan gembira apabila gula-gula ditaburkan atas aiskrimnya. " Sekarang, saya cuma perlukan cherry je.... " pinta Holly.

Jessica memandang Holly dengan menyampah. " Betul ni nak cherry je? Ini last akak turun bawah. "

" Kita janji, " Holly menayang sengihnya. Jessica kembali ke bilik bawah tanah dengan berhati-hati. Almari kaca dibuka dan cherry dicari.

Jessica memandang tingkap. Tiada lagi kelibat gadis bertopeng dan menyeramkan tu. Jessica lega. Apa yang dia nampak sebelum ni memang menakutkan.

Segenggam cherry diambil lalu naik ke atas semula. Saat Jessica memasuki dapur, pandangannya disapa dengan sesuatu yang mengerikan.

Holly menunduk di atas mangkuk aiskrimnya. Darah melimpah seluruh badannya. Tengkuk kecilnya seolah terbelah menampakkan isi dalamnya.

Jessica menjerit. Cherry yang digenggam sudah berterabur dilantai. Dia berlari ke bilik mandi dan mengunci pintu kemudian terus menghubungi 911.

Dia duduk di lantai dengan lutut merapat ke dada, air mata mengalir deras di pipinya. Pasrah menunggu ketibaan polis.

Hampir satu jam barulah kedengaran siren polis. Dapat didengar bunyi pintu utama dihentam dan suara polis memanggil Jessica. Terus dia keluar dari bilik mandi meluru ke arah polis.

Polis tidak jumpa sebarang tanda-tanda pecah masuk. Beberapa minit kemudian, ibu bapa Holly pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya mereka melihat paramedik mengusung mayat Holly ke dalam ambulans.

Ibu Holly yang masih trauma menghampiri Jessica dengan mata kemerahan akibat menangis. " Apa dah jadi ni? " soal si ibu.

" Ya Tuhan... Saya minta maaf, " ucap Jessica beberapa kali. Suaranya bergetar kerana keadaan yang celaru. " Saya pergi bilik bawah tanah, kat luar tingkap tu ada budak bertopeng bawak pisau berdiri je kat situ. Mesti dia yang bunuh Holly! "

" Tapi tak mungkinlah Jessica, " kata ibu Holly. " Mana ada tingkap kat bilik bawah tanah tu. Hanya ada cermin saja kat situ..."

****

Cerita sama je dengan cerita creepypasta lain yang tajuk 'Backyard' , tapi versi tu terlalu panjang jadi saya ambil yang ni ^^

Terima kasih sangat pada editor Thepinovem yang tolong translate kepada bahasa Malaysia!

So YEAH! HAPPY NEW YEAR TO ALL WATTPADERS!


TOMORROW IS THE FIRST BLANK PAGE OF A 365 PAGE BOOK

WRITE A GOOD ONE!


Sayonara!

Vote&Comment

Creepypasta s2 ∽ malay ✔Where stories live. Discover now