184; My Brother's Dream

12.5K 1.1K 349
                                    

***

Original story by Zahra Yasmin.

***

Cerita ini bukanlah ceritaku, melainkan pengalaman arwah saudaraku. Dia meninggal dengan cara yang tidak wajar. Dan, ini jawapan kenapa dia meninggal. Baru sahaja kelmarin aku mendapat jawapannya.

Adakah korang tahu istilah creepypasta dan urban legend? Adakah korang penggemar kategori itu?

Kalau ya, adakah korang tahu cerita Monkey Dream?.

Ya, cerita tentang mimpi disebuah keretaapi, LRT atau sebagainya yang membunuh satu persatu penumpangnya. Dan inilah yang dialami saudaraku, Irfan.

Saat usiaku menginjak 12 tahun, aku berkunjung ke rumah nenekku. Dimana aku merayakan hari aku dilahirkan di dunia yang indah ini. Saat aku ingin tidur, saudaraku Irfan menepuk bahuku. Saat aku menoleh kepadanya, mukanya seperti sedang ketakutan.

Akupun bertanya ada apa dengannya? Lalu dia berkata, "aku nak ceritakan tentang mimpi aku yang semalam"  , sampai sekarang aku masih ingat apa yang dia ceritakan.

"Kau tahu Lucid Dream?" Soalnya. "Itu adalah mimpi ketika kau tidur, dan bermimpi. Tapi kau tahu yang kau sedang bermimpi, seperti kau tersedar di alam mimpi tu" sambungnya.

Aku dengan serius mendengarnya. Dan dia menyambung. "Aku terkena Lucid Dream yang pelik. Disana. Aku dan kau berada di sebuah perhentian bas. Peliknya waktu tu kau macam perempuan yang berumur 17 tahun."

Aku yang baru umur setahun jagung mula mencelah, "aku cantik tak masa tu?" Sedikit terkekeh, Irfan menyambungnya dengan raut muka yang sedih. "Yaa..Kau cantik, lalu kita naik bas yang berhenti tepat di depan kita."

"Kita duduk bersebelahan. Dibelakang ada beberapa penumpang yang lain. Dan bagi aku sedar kalau kerusi yang kita duduk adalah kerusi kedua hadapan. Di depan ada seorang wanita separuh baya yang duduk tegak tanpa bergerak sedikit pun."

"Masa tu aku tak takut dan curiga. Suasana juga biasa. Namun suara dari pemandu bas melalui speaker membuat aku terkejut,

' dari yang paling belakang, ikat!'

Awalnya aku hairan, tapi bila kau ketawa masa tu, aku melupakan rasa itu"

Irfan berhenti sejenak. Aku ingat, saat itu posisi Irfan yang tertidur menjadi duduk sambil memegang kedua keningnya. Seperti orang yang sedang dalam keadaan resah dan bersalah. Saat itu aku yang berbaring mula duduk, sedikit takut disebabkannya.

"...a-aku tak terlalu dengar mana kata-kata si pemandu bas kerana rancak bergurau dengan kau. Lalu baru aku tersedar pengumuman seterusnya yang suaranya sedikit terdengar berat dan menakutkan.

'Seterusnya tikam..'

Dan dari penumpang dibelakangku. Muncul berpuluh-puluh pisau entah dari mana mula ditikam di mukanya. Aku terkejut, banyak darah tersembur di belakang kita."

Aku mula pucat, Irfan memandangku lalu "...maaf..." , "untuk apa?" Soal ku dengan hairan. Dia sambung lagi ceritanya.

"Saat tu aku sadar kalau kita dengan senangnya duduk malahan sedang menanti ajal. Dan...korban seterusnya adalah kau, kau Zahra. Kau dipaksa minum petrol, banyak sangat"

"...lalu...ada satu batang plastik dibakar lalu dimasukkan di dalam mulut kau. Kau hangus terbakar."

"Hiii-" , jeritanku ditutup oleh tangan Irfan. Dia mendesis "jangan bising! Ni hanya mimpi"

"Setelah itu, aku sadar. Bahawa aku adalah korban seterusnya. Pemberitahuan mula berbunyi.

'Seterusnya, tindih!'

Aku cepat-cepat bangun kerana aku takut aku akan betul-betul mati. Kerana mimpi tu macam betul"

Aku menangis kerana ketakutan. Lalu dia menghabiskan ceritanya "Saat aku bangun, aku berharap aku takkan mimpi lagi benda tu. Sebab aku tahu, kalau bermimpi lagi , mungkin aku akan mati. Jadi aku harap semoga kau takkan pernah bermimpi seperti aku" aku memeluknya erat sebab aku takut akan kehilangan irfan.

Namun...setelah dua tahun berlalu, dia meninggal kerana serangan jantung. Seluruh keluarga Irfan hairan kerana Irfan tidak ada penyakit jantung. Dan dia juga takde banyak kawan. Juga yang peliknya, dia meninggal saat tidur.

2 tahun setelah Irfan tiada, jawapannya terkuak oleh aku. Saat aku menyukai cerita horror creepypasta dan urban legend dan menjumpai cerita tentang Monkey Dream. Itulah yang terjadi kepada Irfan. Dia bermimpi lagi, dan dia tidak dapat membangunkan dirinya sendiri di dalam mimpi itu.

***

Lucid Dream dan Monkey Dream adalah berbeza.

Ada yang ingin tahu apakah itu Monkey Dream? Tiba masanya saya update, malam ni juga, ataupun esok malam.

Pernah kena Lucid Dream? Kalau saya..pernah, tiga bulan yang lalu.

Ibu saya meninggal, dan 2 minggu selepas tu saya bermimpi. Bermimpikan arwah ibu saya masuk dalam mimpi saya, masa tu adalah malam jumaat.

Dia datang,  hanya berkeliaran di dalam rumah dan tak bercakap. Time tu serius, serius saya sedar dan saya tahu kalau saya sedang bermimpi dan saya ingat lagi kalau ibu saya dah meninggal . Tapi saya tak takut, malah saya gembira dan sedih. Dan sayangnya saya dan arwah ibu saya tak saling bercakap. Dia sendiri diam.

Kalau korang dah kene Lucid Dream, ceritakan macam mana di ruang komen ^^

Promote :-

1) Cakeshop by Minjuons

2) Arry Pitter And The Secret Nightmare by muhdaniqr_

3) Creepypasta by ainanadirah-

4) Puisi Rabak by flowernis

5) BTS Fav Girl's by Na_Taeza

6) Crush vs Girlfriend by IdhamxHayoung

Vote&Comment

Creepypasta s2 ∽ malay ✔Where stories live. Discover now