183; Celebrity

13K 1.1K 98
                                    

Seorang gadis berumur 19 tahun sedang menyambung pelajarannya di Thailand. Sudah lama dia ingin tinggal di Krabi, Thailand. Dan kini impiannya tercapai juga.

Setiap khusus yang dia pelajari mengharuskan dia menyerahkan banyak laporan. Saat di Amerika, semua tugasnya ditulis kepada bahasa inggeris. Dan itu membuatkan dia sedikit kesulitan, kerana kemampuan dia dalam berbahasa Thai tidak terlalu baik. Dia juga mendapati dirinya juga banyak menghabiskan waktu untuk memeriksa ejaan sambil menulis laporannya.

Masalah lainnya adalah dia tidak mempunyai laptop sendiri. Untung ada perpustakaan awam yang mempunyai lebih kurang 50 buah komputer. Perpustakaan itu juga dibuka 24 jam. Sayangnya, di perpustakaan itu mempunyai ramai orang yang beratur untuk menggunakan komputer. Setiap pagi, dia perlu pergi ke seminar di tempat belajarnya. Sementara pada waktu malam pula dia perlu beratur untuk menggunakan komputer. Hal ini membuatkan dia hilang semangat.

Pada suatu tengah  malam, gadis itu sedang duduk membongkok di depan komputer selama berjam-jam. Saat itu sudah hampir jam dua pagi. Dia betul-betul letih. Lalu dia menyandarkan punggungnya pada sandaran kerusi sambil menguap dan menggaru lehernya. Lalu jarinya menyentuh sisi keyboard komputer.

Baru sahaja dia ingin mengetik, namun berhenti apabila matanya terpandang ke bawah. Dia perhatikan ada satu contengan di meja. Contengan itu seperti link URL. Dia fikir pelik kalau ada seseorang yang menghabiskan waktunya menggores sebuah link URL si atas meja kayu itu. Tetapi kerana gadis itu bosan, dia memutuskan untuk melihat website itu kerana curiga.

Setelah mengetik link URL itu di bar pencarian, dia menunggu beberapa saat sehingga satu halaman muncul di skrin komputer itu. Apa yang dia lihat membuatkan dia ketakutan.

Ada sekeping gambar lelaki berlumuran darah sedang berbaring di lantai. Gambar itu terlihat nyata, sehingga membuatkan perut gadis itu mual. Dia melihat dengan lebih dekat dan mendapati ada perkataan di bawah gambar.

"Lelaki bodoh, berumur sekitar 30 tahun. Dibunuh oleh aku hari ni"

Peluh dingin mengalir di belakang leher gadis itu.

Gadis itu segera mematikan komputer. Dia menyambar beg tangannya, lalu cepat-cepat keluar dari perpustakaan itu. Dia masuk ke dalam biliknya dan berguling-guling di atas tempat tidur.

"Gambar betul ke tu?" Tanyanya pada diri sendiri. "Mungkin tu tipu, orang sekarang suka masukkan gambar palsu dalam internet". Gadis itu mencuba untuk tidak memikirkan hal itu.

Pagi esoknya , setelah bersarapan, rasa ingin tahun tentang website semalam membuak di dalam diri gadis itu. Dia ponteng kelas pertamanya lalu menuju ke perpustakaan awam itu. Dia menemui sebuah komputer yang tidak digunakan, dia duduk lalu mengetik link URL. Mungkin apa yang dilihatnya semalam itu hanya khayalan.

Saat website itu muncul, dia melihat gambar yang baru dimasukkan. Gambar itu menunjukkan seorang wanita berambut coklat sedang berada di dalam pusat beli belah. Nampaknya wanita itu tidak tahu kalau orang lain sedang mengambil gambarnya.

"Wanita bodoh, berumur sekitar 25 tahun"

Malam itu, gadis itu tidak balik ke rumahnya. Dia tidak bercakap dengan sesiapapun. Dia juga masih hairan. Dia tidak dapat berhenti memikirkan tentang website itu. Segera setelah dia bangun esoknya, dia bersiap-siap bersiap dan menuju ke perpustakaan awam itu lagi.

Setelah selesai mengetik link URL itu, dia ketakutan apabila melihat gambar terbaru yang dimasukkan. Dimana gambar itu menunjukkan sebuah bilik kosong dan terdapat seorang wanita terbaring di atas lantai, wanita berambut coklat di dalam gambar kelmarin. Darah keluar dari mulut dan hidungnya.Ada sebilah pisau tertancap di dadanya.

"Wanita bodoh, berumur sekitar 25 tahun. Dibunuh oleh aku hari ni"

Gadis itu ketakutan lalu mula menghubungi pihak polis. Dengan bahasa Thai yang tidak bagus dan dia yang sekarang ketakutan membuatkan dia harus mengulang kata-katanya beberapa kali. Dia sendiri tidak yakin adakah pihak polis itu faham atau tidak apa yang dikatanya. Tapi yang pasti pihak polis itu mencatat nama, alamat, nombor telefon dan link URL yang dia berikan.

Malam itu dia kembali menuju ke perpustakaan awam itu. Ingin melihat adakah website itu sudah berubah setelah dia menghubungi pihak polis tadi. Saat komputer sedang memuat halaman website itu. Dia menemui sekeping gambar yang baru dimasukkan beberapa jam yang lalu. Di dalam gambar itu menunjukkan seorang gadis yang sedang menatap skrin komputer. Berambut hitam pendek, dan berbaju warna kuning.

Dia mula berpeluh dingin, dia mengenali gadis di dalam gambar itu. Dia sedang menatap gambarnya sendiri.

Nama, alamat dan nombor telefon ditulis di bawah gambar itu.

"Kau adalah selebriti internetku yang seterusnya"

Gadis Amerika itu segera berlari keluar dari perpustakaan itu. Dia mengemas barang-barangnya dan segera menaiki yang pesawat menuju ke Amerika.

***

SILA PERGI USH-USHA BUKU NI!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SILA PERGI USH-USHA BUKU NI!

Vote [/]
Comment [/]

Scaryforkids-

Creepypasta s2 ∽ malay ✔Where stories live. Discover now