185; Monkey Dream

10.7K 1.1K 116
                                    

***

Catatan terjemahan (diambil dari web Okaruto) : ini adalah J-creepypasta yang popular. Aku tidak mempercayainya, namun beberapa orang pernah mengalami hal-hal aneh setelah membacanya. Paling tidak itu yang aku baca dari beberapa komen.

(Nota saya @scaryforkids- : jangan percaya -_-)

***

Aku bermimpi.

Sejak kecil kadangkala aku dapat menyedari bahawa aku sedang bermimpi. Kau tahu? Hal itu disebut Lucid Dream. Mimpi ini adalah salah satu dari mimpi-mimpi itu.

Suatu saat, entah untuk alasan apa, aku berada di sebuah stesen kereta yang gelap. Sendirian.

Ini adalah mimpi yang sangat kelam, kataku pada diri sendiri. Tiba-tiba aku mendengar suara seorang lelaki dari pembesar suara. Entah kenapa, aku rasa suara itu dari orang yang sudah mati.

"Kereta akan tiba sebentar lagi. Jika anda menaikinya, anda akan tahu seperti apa rasa takut sebenarnya." Lalu, dengan tiba-tiba ada sebuah kereta tiba di stesen itu.

Menyebutnya sebuah kereta mungkin tidak sesuai. Benda itu lebih sama seperti kereta api yang berada di karnival. Lebih tepat lagi kereta api berhantu. Dan, ada beberapa orang yang duduk di situ, dengan muka pucat.

Betul-betul mimpi yang pelik, fikirku. Tapi aku hanya ingin tengok, seberapa takutnya mimpi ni. Jadi aku memutuskan untuk naik ke kereta itu. Jika aku terlalu takut nanti, aku dapat membangunkan diriku sendiri. Nah, ini Lucid Dream-kan, mimpi yang kita sedari? Aku boleh memaksa diri aku sendiri untuk bangun.

Aku duduk di kerusi ketiga dari belakang. Angin yang aku rasa amat panas namun sama sekali tidak nyaman. Suasana sangat realistik sehingga aku sempat berfikir. Adakah aku betul-betul bermimpi atau ini memang nyata?

"Sekarang, kereta akan segera bertolak"

Setelah itu, kereta itu mula bergerak. Hatiku berdebar dan gelisah ketika membayangkan apa yang mungkin aku akan hadapi.

Setelah meninggalkan stesen. Kami memasuki sebuah terowong. Lalu cahaya berwarna ungu mula memerangi terowong itu.

Pengumuman lainnya mula terdengar, menggema di dalam terowong itu.

"Seterusnya adalah ikizukuri! ikizukuri!"

Ikizukuri? Bukankah itu makanan jepun? Dimana ikan dihiris dan disajikan hidup-hidup?

Entah kenapa, tiba-tiba aku terdengar jeritan yang memekakkan telinga dari belakangku. Aku berpaling dan melihat empat orang asing sedang memegang pipi seorang lelaki yang berada di kerusi terakhir. Setelah itu, aku mencuba melihat dengan lebih saksama, lelaki itu sedang dihiris hidup-hidup dengan pisau khas untuk ikizukuri.

Aroma darah segar mula berbau dan lelaki malang itu terus menjerit kesakitan. Hirisan dagingnya berada di merata-rata dengan darah merah pekat mengalir.

Tepat dibelakangku adalah seorang perempuan berambut panjang yang terlihat pucat. Dia panik untuk beberapa saat, namun segera wajahnya menjadi tenang. Seolah tidak terjadi apa-apa.

Aku sangat terkejut melihat kengerian yang tidak terbayang. Aku mula rasa betul-betul takut dan ragu, adakah ini betul-betul mimpi? Aku memutuskan untuk tunggu sebentar sahaja lagi sebelum membangunkan diri sendiri.

Segera aku menyedari, lelaki yang duduk di belakangnya sudah tidak ada lagi. Namun darah dan dagingnya masih berhamburan di tempat duduknya. Sementara perempuan tadi memandangku dengan wajah hampa.

"Seterusnya adalah dicungkil."

"Dicungkil"

Lalu, muncul dua orang asing lainnya yang membawa sudu yang bergerigi di setiap sisinya. Mereka mula mencungkil keluar mata dari perempuan yang duduk di belakangku.

Creepypasta s2 ∽ malay ✔Where stories live. Discover now