194; My Daughter's Best Friend

6.9K 892 48
                                    

***

Cr: DDD

***

Hari ini adalah ulang tahun anak perempuanku, jadi aku mengadakan satu majlis ulang tahun dan mengundang semua rakannya.

Namun hampir keseluruhan rakannya berkumpul pada waktu yang ditetapkan , anakku tidak mahu memulakan lagi majlisnya.

Katanya dia masih menunggu sahabatnya yang belum datang.

Kami pun menunggunya namun rakan anakku itu belum juga datang. Aku memujuk anakku agar segera memulakan majlisnya kerana kami semua tidak boleh menunggu terus. Tambahan lagi rakannya yang lain terlihat bosan menunggu.

Akhirnya , majlis dimulai...

Awalnya , anakku terlihat kesal kerana harus memulakan majlis tanpa kehadiran sahabatnya. Namun apabila majlis berjalan , anakku terlihat gembira.

Kami banyak melakukan permainan yang seronok , tidak lupa juga acara potong kek.

Majlis akhirnya selesai dan semua rakannya sudah pulang. Ketika itu barulah ia ingat bahawa sahabatnya tidak datang dan ia kembali merasa sedih.

Sambil aku membersihkan ruang tamu. Aku melihat anakku masuk ke dalam biliknya. Wajahnya kelihatan gembira.

Aku naik ke atas dan mendengar dia bercakap dengan seseorang di dalam biliknya.

"Macam mana?" Soalku hairan di dalam hati. "Semua rakannya dah balik"

Aku cemas dan masuk ke dalam biliknya.

Anakku berada sendirian di sana.

Tidak ada seseorang pun di biliknya kecuali kami berdua.

"Kamu bercakap dengan siapa tadi?" Soalku.

"Kawan saya yang tidak datang ke majlis tadi"

"Hah? Mana dia? Mama tak nampak pun?"

Anakku menunding jari ke bawah katil.

Aku menunduk dan memandang ke bawah katil.

Kawannya ada di sana...

Tetapi wajahnya hancur. Dengan darah melumuri wajahnya.

Aku menjerit dan membawa keluar anakku dari bilik itu.

Malam itu juga , aku mendapat berita bahawa kawan anakku mati dalam kemalangan jalan raya dalam saat perjalan ke majlis ulang tahun anakku. Tubuhnya hancur , tersepit di kereta.

Dan yang aku tahu , kawan anakku menepati janji untuk datang. Bahkan telah mati.

Creepypasta (194; my daughter's best friend) - 16 Mac 2017
itsmaniesa

Hai kawan-kawan(ufufu). Maafkan saya sebab telah lama tidak update cerita , dan juga tidak aktif buat beberapa minggu ni :/

Phone saya rosak :( , ni pun guna yang ayah punya.

Terima kasih sebab sudi baca (semua) cerita saya dan tidak jemu-jemu menekan vote dan memberi komen ^~^

Thank you!

Creepypasta s2 ∽ malay ✔Where stories live. Discover now