196; The Maid

7K 736 124
                                    

***

Seorang lelaki yang sedang dalam perjalanan bisnes memutuskan untuk menghubungi telefon rumah untuk bercakap dengan isterinya. Namun betapa terkejutnya dia apabila seorang wanita lain yang mengangkatnya.

"Siapa kau?" Soal lelaki itu.

"Saya pembantu rumah yang bekerja di rumah ini" jawab si wanita.

"Seharusnya tidak ada pembantu rumah di rumah kami?" Kata lelaki itu dengan kehairanan.

"Ouh, saya baru diperkerjakan oleh puan rumah hari ini."

"Boleh kau bagi telefon ni pada isteri aku?" Soal lelaki itu , namun dia rasa tetap curiga.

"Puan...sedang berehat di biliknya sekarang..." si pembantu rumah itu terdiam sejenak. "Saya fikir lelaki yang sedang bersamanya sekarang adalah suaminya...maafkan saya" kata si pembantu rumah dengan gugup.

"Kau nak $500?" Soal lelaki itu , satu rancangan terlintas begitu sahaja di dalam kepalanya.

"...apa yang encik nak dari saya?" Soal pembantu rumah dengan ragu , namun jelas bahawa duit yang ditawarnya amat besar.

"Pergi ke dapur , dan ambillah sebilah pisau. Aku nak kau bunuh mereka berdua , okay?"

"Baiklah , saya akan cuba"

Lalu terdengar derapan tapak kaki si pembantu rumah menjauhi dari telefon. Tiba-tiba terdengar jeritan suara lelaki dan perempuan di segenap rumah itu. Lalu suasana menjadi hening kembali.

Beberapa saat kemudian terdengar kembali derapan langkah kaki yang menuju ke telefon.

"Hello?" Suara pembantu rumah tadi berbunyi , penuh gementar.

Lelaki itu tersenyum.

"Semuanya berjalan lebih dari yang aku sangka" kata lelaki itu dengan puas.

"Baiklah , apa yang saya perlu lakukan dengan mayatnya sekarang?"

"Pertanyaan bagus , baling saja ke dalam kolam rumah" kata si lelaki itu setelah berfikir puas.

"Kolam? Kolam yang mana? Tidak ada satu kolam pun di dalam rumah ini"

Keduanya terdiam membisu.

***

get it

or

nah

?

Creepypasta s2 ∽ malay ✔Where stories live. Discover now