197; The Lonely Grandma

7K 733 116
                                    

***

Polis itu duduk di sofa dengan pen dan buku di tangannya. Seorang nenek tua datang dengan secangkir teh dan meletakkannya di atas meja.

"Sebelum encik membawa saya ke balai polis , saya akan ceritakan pada encik kenapa saya buat semua ni" nenek itu bersuara.

"Alasannya adalah sebahagian orang tua akan akan sangat kesepian. Dan anak-anak muda tidak ingin meluangkan masa bersama saya."

Pihak polis itu menatap nenek itu dengan diam dan saksama.

"Puan Ordway adalah yang pertama." Kata nenek itu. "Kejadian itu seperti baru kelmarin terjadi , dia datang ke pintu depan rumah saya nak menawarkan beberapa produk kecantikan. Saya mempelawanya masuk dan berkata kepadanya bahawa saya akan membuatnya secangkir teh. Saya pergi ke dapur dan mengambil sebuah kapak. Setelah dia tidak curiga , saya menebas kepalanya"

"Seterusnya adalah Encik Bilgeman. Dia adalah seorang tukang baiki paip, dia datang ke rumah saya untuk baiki paip yang bocor. Sementara dia berehat , saya membuatkannya secangkir teh. Tetapi saya mengambil kapak dan menebas kepalanya juga."

"Ketiga adalah budak kecil penghantar surat khabar , Jimmy Watkins. Saya mempelawanya masuk ke dalam sementara saya sedang mencari dompet untuk membayar surat khabar. Dia tidak ingin minum teh , jadi saya menawarkan sepiring biskut. Sementara dia menikmati biskut. Saya mengambil kapak lalu menebas kepalanya."

"Saya menyimpan semua kepala itu kepala ke dalam bekas. Sehingga terlihat hidup." Nenek itu menyesap tehnya sebelum menyambung kembali.

"Saya bercakap dengan mereka siang dan malam. Itu membantu saya untuk bebas dari kesepian. Saya tidak menyimpan tubuhnya , itu amat melemahkan. Saya yang mempunyai idea yang bagus."

"Menurut encik apa yang saya lakukan? Itu sederhana , saya mengawetkan salah satu dari tubuh mereka dan saya gunakan untuk memasang kepala di atasnya. Jadi ketika saya bosan bercakap salah satu dari mereka. Saya akan melepaskan kepala itu dan memasang kepala lain pula. Bukankah itu bijak?"

Polis itu tidak menjawab.

"Yah, saya bosan dengan perbualan ini encik." Kata nenek itu lalu mendesah.

Dia berdiri lalu melepaskan kepala polis itu dan meletakkannya kembali ke dalam bekas.

Kemudian dia mengambil sebuah lagi kepala dan meletakkan di atas tubuh itu.

"Oh, selamat tengah hari puan Ordway" kata si nenek. "Gembira dapat berbual dengan kamu lagi , apa khabar?"

***

YAH YAH HORROR MOVIE LOVERs!

Movie 'IT' will be release soon! from Stephen Kings novel !

Act novel tu aye pun belum pernah baca tapi bila baca sinopsis aja dah WOW meremang bulu roma ngehe.

jeng jeng jeng , SIAPA PEMINAT CREEPY CLOWN boleh ah usya movie tu. CLOWN TU MENAKUTKAN GILA .

Creepypasta s2 ∽ malay ✔Where stories live. Discover now