182; Rain

12.4K 1.3K 228
                                    

***

Malam itu hujan turun dengan deras sekali. Ketika kami sampai pada suatu tempat, aku menghentikan keretaku di depan sebuah terowong. Rakanku dan aku pernah mendengar rumors tentang terowong ini berhantu.

Mereka mengatakan ketika memandu kereta di dalam terowong ini pada malam hari, akan terjadi hal-hal aneh. Kami datang untuk menguji keberanian kami dan memastikan bahawa rumors tersebut betul.

Terowong ini terletak di jalan terpencil dan tidak banyak kenderaan yang lalu. Suasana seram mula terasa apabila aku memandu keretaku masuk ke dalam terowong itu. Aku memandu keretaku dengan perlahan, berharap agar sesuatu yang aneh akan berlaku. Tetapi ketika sampai di penghujung terowong kami tidak melihat sesuatu yang menyeramkan. Aku dan rakanku kecewa.

"jom kita pusing sekali lagi" kataku lalu memutarkan kereta masuk ke dalam terowong.

Sudah beberapa kali kami berputar di dalam itu namun kami sungguh kecewa. Masih tidak ada apa-apa berlaku.

Setelah empat atau lima putaran, salah satu rakanku berkata "jomlah kita balik"

Aku berfikir dia betul, lama-lama kami jadi bosan dan bunyi hujan yang turun di atap kereta ku juga semakin lama semakin menggangu. Akan tetapi ada satu yang aneh dengan nada suara rakanku tadi.

Tepat sebelum kaki keluar dari terowong, aku menghentikan kereta dan melihat kebelakang. Aku menyedari bahawa salah satu dari tiga rakanku mengigil dan kelihatan ketakutan.

Rakanku yang lain menatapnya dengan hairan dan bertanya "kenapa? Kau ada nampak sesuatu?"

Lalu dia berkata "korang tak dengar sesuatu?" soalnya dengan menggigil.

"dengar apa?" soalku tidak sabar.

Setelah dia terdiam cukup lama, dia mengatakan "hujan, bunyi hujan...."

***

Kenapa dia takut?

Sebab hujan :D

Kenapa hujan..?

Ada siapa tahu?

Vote [/]
Comment [/]

Scaryforkids-

Creepypasta s2 ∽ malay ✔Where stories live. Discover now