post it : Lucid Dream?

12.1K 1.1K 457
                                    

***

Kerana disebabkan saya post berkaitan cerita asal daripada Zahra, yang saudaranya iaitu Irfan meninggal dunia kerana mengalami lucid dream + monkey dream(mungkin). Jadi banyak yang bertanya, apakah itu Lucid Dream?

Untuk tahu lebih lanjut tentang Lucid Dream. Sila baca artikel di bawah.

***

Pernahkah anda mengalami saat dimana anda bermimpi anda berasa ia begitu nyata? Jika jawapannya 'ya' , maka itu bermaksud anda pernah mengalami mimpi yang disebut 'Lucid Dream'.

Lucid Dream boleh diertikan sebagai satu pengamalan mimpi, dimana kita dapat mengawal mimpi kita. Merasakan hal-hal di dalamnya, dan yang terpenting adalah tetap tersedar selama bermimpi. Lucid Dream terbahagi kepada dua, iaitu Lucid Dream yang dialami tidak sengaja dan satu lagi adalah Lucid Dream yang sengaja diatur dengan sengaja supaya kita dapat mengalaminya.

Apa perbezaan antara Lucid Dream dan mimpi biasa?

Yang membezakannya hanya ada satu kata:

Kesedaran. Dalam Lucid Dream, kita betul-betul mengalami sesuatu di dalam mimpi secara sedar. Sedangkan di dalam mimpi biasa , kita seolah olah hanya menonton sahaja hal-hal di dalamnya. Setelah terbangun, kita dapat mengingati dengan sangat jelas dalam Lucid Dream, sementara jika dalam mimpi biasa, kita hanya akan ingat hal-hal hanya samar-samar.

Apa yang dapat kita lakukan bila mengalami Lucid Dream?

Sangat banyak. Kita dapat mencuba dan menjadi apapun di alam mimpi. Pengalaman paling umum adalah merasakan terbang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ada pula menjelajah ke dimensi lain dan lain-lain. Perlu diingat , penglihatan, rasa, sentuhan dan bau tetap aktif dalam Lucid Dream. Anda bahkan dapat berbagai emosi seperti rasa gembira , sedih , terharu dan lain-lain. Ada 3 kategori Lucid Dreamer dan dibawah adalah hal-hal yang dapat anda alami.

A. Tingkat awal.

Berjalan menembusi dinding, melukis di langit, terbang di angkasa, menjelajah dunia.

B. Tingkat pertengahan.

Makan, bertemu seseorang yang selama ini hanya ada dalam imaginasi anda seperti artis, anime, orang yang sudah tiada dab lain-lain.

C. Tingkat akhir.

Berhubung seksual, merasakan kehidupan setelah mati, mendapatkan inspirasi untuk diterapkan di dunia nyata (contoh: idea untuk membuat buku dan filem)

Cara mendapatkan Lucid Dream.

Jadi macam mana untuk anda dapatkan Lucid Dream?

Mengetahui dan menyedari bahawa anda sedang di dunia mimpi.

1. Kenali tanda-tanda mimpi.

Tanyakan kepada diri sendiri bila di alam mimpi: adakah saya sedang bermimpi?

Contohnya adalah memastikan jarum jam sentiasa bergerak dan melihat daya graviti.  Jika anda melakukan hal tersebut di alam mimpi, akan terjadi sesuatu yang pelik (contohnya: di dunia mimpi jarum jam tidak bergerak, ada kemungkinan benda akan terbang melawan graviti) nah jika hal itu terjadi kepada anda dan anda menyedarinya, selamat...Anda telah mengalami Lucid Dream dan boleh mulakan untuk menjelajah mimpi.

2. Berusaha bangun di tengah tidur.

Waktu terbaik adalah menjelang pagi dimana anda masih memiliki cukup waktu untuk melanjutkan mimpi anda. Setelah terbangun, minum banyak air mineral, berusaha ingat mimpi anda sebelumnya dan sambung tidur.

3. Gambaran.

Sebelum tidur, bayangkan berbagai hal-hal fantasi seperti terbang di angkasa , melukis di awan atau hal lainnya. Lalu katakan pada diri sendiri berulang kali "Saya sedang bermimpi".


Satu hal lain tang perlu diingatkan, ada batasan-batasan dalam Lucid Dream. Anda dapat mengontrol mimpi namun tidak 100% , kerana walaubagaimanapun, mimpi adalah sebuah dimensi lain dari kehidupan anda.

Akhir kata, jangan takut untuk bermimpi. Dan bermimpilah untuk membawa perubahan positif di kehidupan nyata anda.

***

Maaf, tiada bahagian promote malam ni :(

Dan berkaitan Monkey Dream. Sebelum membaca Monkey Dream, kene baca dan faham dahulu Lucid Dream. Kerana Monkey Dream adalah urban legend yang menakutkan , dan ia perlu mendahului pengenalan Lucid Dream dahulu :)

Lagi, maaf sebab tak tepati apa yang saya bagitau semalam. Katanya saya akan update untuk Monkey Dream kan? Sorry! Bukan malam ni :(

Vote&Comment juseyo~

Creepypasta s2 ∽ malay ✔Where stories live. Discover now