193; Jeff The Killer part2

7.6K 724 189
                                    

***
Sehingga hari sabtu , Jeff dibangunkan oleh ibunya. Wajah ibunya kelihatan gembira.

"Jeff hari ni" kata ibunya sambil membuka tirai dan membiarkan cahaya matahari masuk ke dalam bilik Jeff.

"Kenapa ibu?" Soal Jeff , sambil membuang selimut dari badannya.

"Hari ini kan majlis hari jadi Billy" kata ibunya.

Jeff bangun dari katilnya. "Ibu, ibu berguraukan"

"Jeff , ibu tahu buat masa ini memang tak sesuai untuk hal-hal seperti ini. Tapi hari ini boleh membuat hari kamu sedikit cerah, sekarang bersiap sekarang" , ibu Jeff berjalan keluar dari bilik Jeff. Jeff berjalan lalu memilih pakaian dengan malas. Dia memakai kemeja kotak-kotak dan ripped jeans.

Jeff turun ke bawah dan melihat ibunya memakai gaun separas lutut, dan ayahnya memakai sut. Jeff berfikir, untuk apa mereka berpakaian semewah itu untuk datang ke majlis hari jadi?

"Jeff, kamu hanya pakai itu?" Soal ibunya.

"Lebih baik begini daripada pakai yang berlebih" ujar Jeff. Ibunya tersenyum tawar.

"Cuba cari pakaian yang elok sikit" ayahnya bersuara.

"Saya tidak ada pakaian mewah" keluh Jeff sambil menaiki kembali tangga, untuk menukar pakaian.

"Lebih elok sikit daripada kemeja tu" laung ibunya dari bawah.

Beberapa minit kemudian Jeff turun balik.

"Jadi dalam banyak-banyak pakaian hanya itu yang lebih elok?" Kata ibunya sambil memandang Jeff yang sudah menukar pakaian daripada kemeja kepada sehelai hoodie putih.

Jeff hanya mengangkat bahu.

Ibunya memandang jam tangannya, "Oh kita sudah tidak ada waktu. Jom bertolak".

Setelah sampai di depan rumah Barbara. Jeff melihat mereka semua berpakaian serba mewah membuatkan Jeff sedikit meluat. Hanya untuk majlis hari jadi sahaja sudah berlebihan.

Barbara mengajak ibu dan ayah Jeff masuk . Jeff turut masuk lalu melihat ke dalam rumah , semua orang dewasa , tidak ada budak-budak.

"Budak-budak ada di halaman belakang rumah" kata Barbara.

Jeff mengangguk, lalu dia berjalan menuju ke halaman belakang untuk melihat budak-budak. Kelihatan ramai budak berpakaian serba lucu , kostum koboi , puteri dan macam-macam lagi. Jeff terkekeh ketawa.

Lalu tiba-tiba seorang budak lelaki mendekati Jeff lalu menghulurkan satu pistol mainan.

"Abang , jom main?" Soal budak lelaki itu.

"Ahh tidak, abang terlalu tua untuk ni" tolak Jeff.

"Please?" Budak lelaki itu merayu sambil membuat muka comel.

"Baiklah" kata Jeff. Dia mula bermain dengan budak-budak di situ. Pada awalnya dia berfikir itu betul-betul bodoh , tapi kemudian dia mula gembira. Dan ini adalah pertama kali hal yang dapat membuatnya tidak terfikir akan Liu.

Jeff bermain sehinggalah dia berhenti apabila mendengar bunyi seperti skateboard . Lalu kelihatan Randy, Troy dan Keith muncul di halaman belakang itu. Jeff memberikan balik pistol mainan kepada budak itu lalu memandang Randy dan kawannya.

"Hello, Jeff?" Sapa Randy.

"Kami ada beberapa urusan yang belum selesai, bukan?" Sambung Randy lagi.

"Bukan ke kita dah selesai? Setelah aku kalahkan kau sebelum ni? Tak puas lagi setelah kau masukkan Liu ke penjara?" Balas Jeff.

Randy seperti marah, "Oh tidak, bahkan aku tidak lari dari kau. Kau mungkin kalahkan aku waktu tu , tapi bukan hari ni" setelah itu, Randy memukul hidung Jeff. Jeff mendorong Randy sehingga mereka berdua jatuh ke tanah.

Creepypasta s2 ∽ malay ✔Where stories live. Discover now