" Ya memang benar . Terdapat 13 negara di planet ini dan setiap negara dikuasai oleh 1 unsur . Kecuali negara yang kita diami ni . Disebabkan itu, berlakunya perang kerana masing-masing mahu merebutkan negara ini," jelas Cikgu Sajoo.
Murid murid mendengar penerangan yang diucap dengan penuh khusyuk . Ada yang ternganga, ada yang teruja dan ada yang tidak mengelipkan mata.
Manakala Izz pula hanya mendengar dengan riak wajah yang bersahaja kerana dia telah lama tahu sejarah ini dari dulu lagi .
Lagipun dia mengetahui perkara berkaitan sejarah ini semuanya daripada bapanya . Kebetulan bapanya seorang ahli sejarawan jadi tak hairan lah Izz mengetahui hal yang mudah ini.
"Disebabkan perang itu tak berhenti henti juga walaupun sudah hampir 2 bulan, ia mula memberi kesan ke atas Planet Elemen. Tanah mula merekah dan berlakunya gempa bumi yang dahsyat di seluruh negara. Diatas persetujuan semua pihak, perdamaian pun dicapai", terang Cikgu Sajoo lagi .
Beberapa pelajar telah menulis nota tentang perkara yang diterangkan tadi. Segelintir lagi ada yang telah mula berbual dan bergosip tentang kejadian perang itu.
"Cikgu , betulkah perang ini dimulakan oleh kerajaan dari Negara Toksik?,"soal seseorang sambil mengangkat tangannya.
"Itu sudah tentu. Orang-orang dari Negara Toksik ni kan semuanya jahat-jahat belaka. Mestilah diorang puncanya,"jawab rakannya mencelah.
"Aip, tak baik cakap macam tu. Bukan semua orang dari Negara Toksik jahat, walaupun berdasarlan fakta... saya tidak membantah bahawa perang ini dimulakan oleh pemerintah dari Negara Toksik yang gilakan kuasa. Mereka diketuai oleh seorang raja yang bernama Raja Venom,"terang Cikgu Sajoo dengan bersungguh.
"Tetapi kesan daripada perdamaian semua pihak, gempa bumi pun akhirnya berhenti . Kononnya Planet Elemen ini sendiri yang hendak menghentikannya . Tapi itu hanya kata kata orang terdahulu. Jadi..", sedang Cikgu Sajoo berleter panjang , kata-katanya disampuk.
"Jadi cikgu ni berketurunan dari Negara Salji sama dengan kami?,"tanya Izz secara mengejut.
Cikgu Sajoo tersenyum . Dia menganggukkan kepala mengiyakan kata kata itu . Dia tak sangka muncul juga pertanyaan daripada mulut Izz ,si budak yang pendiam.
Bagi Cikgu Sajoo, jika ada pertanyaan yang diberikan kepadanya, bermakna dia telah berjaya menarik minat murid murid dengan baik. Pencapaian yang bagus!
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
"Baiklah Pyro, berterus-terang sekarang,"ucap Puan Yennie sambil bersandar pada kerusinya.
"Terus-terang apa lagi ni cikgu? Kan saya dah cakap saya tak buat, jadi saya tak buat lah!,"suara Pyro terlompat seoktaf.
"Jangan nak tipu! Habis tu... bagaimana ada anasir-anasir yang mengatakan bahawa awak yang bakar kantin tu. Apa tujuan awak?,"soal Puan Yennie lagi tak henti-henti
"Saya tak buat! Saya tak buat lah!". Pyro berang dengan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.
Aqua yang berada di sebelahnya hanya duduk diam menyepi di kerusinya.
"Aqua, awak ada nampak tak apa-apa kegiatan Pyro yang menunjukkan dia sedang membakar kantin?,"soalan Puan Yennie beralih pula kepada Aqua.
Aqua terpinga-pinga seketika setelah tersedar dari buaian angannya.
"Tak... err saya tak nampak. Yang saya tahu, hanyalah... apabila saya sampai disana, Pyro sudah sedia ada di hadapan pintu tempat memasak "kata Aqua yang tak berapa yakin dengan keterangannya.
Dia tak mahu menyelamatkan atau membela si pesalah, tetapi dia juga tidak mahu menuduh Pyro atas jenayah yang tidak dilakukannya.
"Ha , kan saya dah kata saya tak buat-"kata Pyro
YOU ARE READING
ELEMENTOM ©️
Fantasy❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , bapaku hilang tanpa khabar berita ataupun yang lebih tepat, MENINGGAL DUNIA. Kisahku bermula apabila sekumpulan askar kejam datang menyerang...