Tanpa sempat bersedia, Windy jatuh ke dalam perangkap portal Kevin. Dalam keadaan yang kritis itu, Windy segera mengawal udara di persekitaran dan mengimbangkan diri.
Dengan pantas, impak angin yang padu menolak Windy menuju ke atas mendekati portal semula. Namun portal tersebut terlebih dahulu tertutup dan ghaib.
'Cis, tak guna betul kau Kevin'detik hatinya.
Perlahan lahan Windy turun ke permukaan dan menapak ke tanah. Debu debu halus berterbangan menjauhi Windy.
Windy mengerling ke sekeliling namun keadaan yang berkabus mengaburi pandangannya. Kabus kabus putih kehijauan timbul dari tanah dan memenuhi ruang persekitaran.
"Tak syak lagi, ini mesti Negara Toksik ", ujarnya.
Sejenak kemudian, kawasan itu menjadi riuh. Bunyi orang berada di mana mana dan berbisik sesama sendiri . Namun Windy tak dapat mengecam wajah seorang pun kerana kabus itu.
Windy menutup mata supaya lebih fokus. Dia segera membetulkan posisi dan menghirup nafas panjang. Dengan pantas , mata dibuka luas dan udara dihembus deras.
"Sfera Udara!"pekik Windy.
Angin bertiup kencang ke semua arah. Kabus kehijauan serta merta memudar dan menghilang.
Pandangan Windy kini jelas. Namun matanya terus terbuntang menghadap sekeliling.
Dia kini berada ditengah tengah pasar raya yang dipenuhi ramai penduduk. Ramai tubuh yang mengelilinginya dengan wajah aneh dan ketakutan .
"Dia makhluk asing yang jatuh dari langit!" Tiba tiba seseorang berteriak.
"Ya betul! Sama macam 'makhluk cuaca' tempoh hari tu!"sahutan yang lain
"Selamatkan diri masing masing!!"resah penduduk.
Penghuni pasar tersebut mula bertempiaran lari tanpa hala tuju. Yang pasti, mereka ingin jauh dari Windy yang dianggap sama dengan 'makhluk cuaca' itu.
"Makhluk cuaca? Maksud kalian siapa?? Jangan-jangan..."Windy berjeda.
Bunyi langkah kuda yang sedang berlari kedengaran dari hulu jalan. Semua mata tertancap fokus menunggu ketibaan bunyi itu termasuklah Windy yang masih keliru.
Kduk! Kduk! Kduk!
Tiga orang pengawal istana turun dari kuda mereka lalu jalan mendekati Windy tanpa beralah.
"Kami dah dengar dari penduduk kampung. Kamu buat kacau disini ya!"kata salah seorang pengawal istana itu.
"Apa pula.. saya tak ada buat apa-.."kata Windy tergantung.
"Diam! Nyah kau dari sini"tegas pengawal istana tersebut lalu segera mengeluarkan kabus hijau dari tangannya.
Melihatkan keadaan yang mula hangat ini, Windy menukar ke posisi bersedia.
Zooooommm
Satu kabus hijau laju melintasi sebelah kiri Windy. Nasib sahaja dia sempat mengelak.
Belum sempat Windy berbicara, dua lagi pengawal turut menembak kabus beracun ke arahnya.
Windy lantas mengawal sfera angin mengelilinginya. Kabus racun tersebut disedut masuk ke dalam pusaran.
Windy tersenyum sumbing apabila tembakan mereka tak tepat ke arahnya. Namun beberapa saat kemudian, Windy lemah lalu rebah ke tanah kerana terhirup kabus yang mengelilinginya.
Sorakan meriah dilaungkan penduduk. Ada juga yang mengibarkan bendera tanda tempat tersebut telah aman.
Seorang daripada pengawal istana tersebut mengangkat Windy ke atas kudanya . Mereka menyentap tali kuda dan kuda mula memacu laju keluar daripada pasar tersebut.
Semakin lama, bentuk bangunan istana yang besar mulai kelihatan. Pacuan kuda dideraskan lagi . Sehingga tiba di gerbang istana, ramai dayang dayang yang sudah berkumpul di situ.
Windy membuka matanya perlahan lahan. Pandangannya agak kabur tetapi yang pastinya kini dia berada di atas karpet berwarna merah.
"Bangun.."ujar suara garau dihadapannya.
Windy mendongakkan kepala memandang ke hadapannya dan terlihat sesusuk tubuh yang berdiri memandangnya yang duduk di lantai.
Melihatkan Windy yang tidak memberi respon, lelaki itu menendang kepala Windy.
Windy kepeningan namun dua pengawal kemudiannya segera datang ke arah Windy dan memaksanya bangun untuk menghadap orang dihadapannya.
"Sudah selesai tuanku"kata pengawal tersebut.
Orang itu membuat isyarat untuk menyuruh pengawal pengawalnya meninggalkan mereka berdua di situ.
"Apa tujuan kau ke sini budak?"tanya lelaki itu.
"Yang penting tiada kaitan dengan kau"kata Windy seraya meludah ke kasut lelaki tersebut.
Lelaki itu memandang kasutnya yang diludah lalu tersenyum.
Dalam sekelip mata, satu kepulan kabus hijau bergerak laju ke arah Windy. Serentak itu tangan Windy menghadap ke hadapan.
"Pemecah Udara!"
Serta merta kabus hijau itu hancur ditembak angin pantas Windy.
"Heh budak malang.. kau kenal aku siapa? Aku raja di istana ni. Nama aku Raja Venom. Kau takkan dapat lawan aku"katanya.
Mata Windy ralit menjeling wajah raja itu manakala mulut masih lagi membisu.
"Kau mesti pelajar yang teruk bukan? Berpakaian pengawas , tetapi perangai..."kata raja itu sambil memandang seragam sekolah yang dipakainya.
Windy tetap berdiam walaupun dirinya dihina sekali lagi.
"Kau datang dari mana hah?"tanya Raja Venom lagi.
Kekal bisu. Windy sengaja mendiamkan diri mencabar keegoan raja tersebut.
Raja itu bengang lalu merapat ke arah Windy. Rahang Windy digenggamnya erat dan dipaksa memandang ke atas bertentang mata dengannya.
"Kau pekak ke apa budak?"tengkingnya .
"Tolong aku! Lepaskan aku!"
Teriakan asing itu mengejutkan para hadirin di dalam istana tersebut. Bunyi jeritan itu bergema dan sangat lantang.
"Diam lah budak! Tak lama lagi kau akan ada peneman dalam kurungan tu, dan peneman kau adalah budak angin ni!,"pekik raja tersebut kepada seorang budak lelaki yang berada di dalam satu kurungan kecil.
Kurungan tersebut tidak lah terlalu kecil tetapi tidaklah sebesar seperti sel penjara. Cukup untuk memuatkan seorang-dua budak remaja.
'Aku-aku rasa aku kenal suara ni,'monolog Windy.
Windy berusaha memandang susuk tubuh di dalam kurungan tersebut walaupun pandangannya kurang jelas.
"Hah?! Reo , kau ke tu?!,"soal Windy dengan lantang secara tiba-tiba.
"Windy?! Nasib baik kau datang, cepat selamatkan aku!,"rayu Reo sambil menggoncangkan pagar kurungan.
Windy cuba meronta untuk dilepaskan tetapi disebabkan tenaganya yang sangat lemah, usaha tak berdaya.
Dah tiba-tiba..
PUFFF!
Satu kepul kabus tiba tiba muncul di belakang raja. Raja Venom menoleh ke belakang serentak tangannya melepaskan rahang Windy.
Windy terduduk ke lantai lalu terbatuk batuk mencari nafas.
"Wah ,anakku dah balik . Bagus- bagus"suara Raja Venom kedengaran.
Windy lantas mengangkat mukanya lalu memandang Raja Venom yang sedang memeluk seorang remaja lelaki.
Remaja yang bermata merah itu menoleh memandang Windy. Pandangan mata mereka bertentangan.
"Toni?!,"jerit Reo dan Windy serentak.
________________________
to be continued....
YOU ARE READING
ELEMENTOM ©️
Fantasy❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , bapaku hilang tanpa khabar berita ataupun yang lebih tepat, MENINGGAL DUNIA. Kisahku bermula apabila sekumpulan askar kejam datang menyerang...