Zack memandang Spike dengan wajah yang tak dapat dibaca.
Zack bergerak mendekati Spike dengan tumbukannya yang masih dikepal seperti tadi. Spike ketakutan dan baru sahaja dia hendak lrimenyorok di belakang Pyro, bajunya direntap oleh Zack. Spike menyilangkan kedua tangannya pada muka untuk menjadi penampan dari sebarang tumbukan dari Zack.
"Err... jangan. Aku tak..."
Spike terdiam. Dia fikirkan bahawa pipinya akan membengengkak merah dihinggapi tumbukan amarah Zack, tetapi tidak. Kini dia sedang dipeluk oleh Zack.
Zack melepaskan pelukannya dan Spike juga begitu. Spike dengan wajah polos merenung wajah Zack. Apakah yang berlaku?
"Terima kasih. Terima kasih sebab tolong lepaskan penduduk bandar. Aku dah silap pasal kau. Aku ingatkan kau lah yang tipu dan perangkap kitorang untuk ditangkap,"tutur Zack dengan nada bersyukur.
Spike menarik senyum lega. Namun senyuman tu bertukar kepada senyuman kelat. Akhirnya senyuman itu memudar dan hilang. Spike serta-merta tertunduk menukur lantai apabila mendengar perkataan 'perangkap' yang keluar dari mulut Zack.
"Betul. Memang aku dah perangkap korang semua"
Kata-kata Spike yang ringkas itu cukup untuk membuatkan semua orang terkejut dan Zack terdiam semula mematikan ayatnya. Zack seperti tidak faham dengan keadaan.
"A-apa maksud kau?,"soal Geo yang mencelah dan mendekati mereka berdua.
"Memang aku yang perangkap korang, sebab aku disuruh oleh Ohm. Tapi... aku buat semua tu hanya sebab aku tak nak keselamatan mak aku terancam. Aku sayang mak aku! Aku terpaksa...". Spike menekup mukanya dengan kedua-dua tangan ,menangisi kesilapan yang dia buat. Baginya, keselamatan ibunya adalah yang paling utama.
Satu tangan menggosok belakang Spike untuk menenangkannya. Spike mengangkat wajahnya untuk melihat siapakah yang berbuat begitu. Rupa-rupanya itu adalah Aqua yang kelihatan kesian terhadapnya.
"Tak apa. Janji sekarang mak kau dah selamat. Kau seorang anak yang baik,"pujuk Aqua beserta secebis pujian.
Spike tersenyum kelat membuang rasa sayu di hatinya. Dia mengesat saki-baki air mata yang mula mengering di matanya.
"Aku datang ni sebab aku nak tebus kesilapan aku. Aku takkan biarkan kesilapan bodoh aku berulang untuk kali kedua"
--------------------------
"Weh Ohm! Kau buka lah mata kau tu bodoh! Si budak Spike yang kau kata biarkan tu, dah lepaskan semua orang bandar tu ha!,"tengking Kevin yang berdiri di sebelah Ohm.
"Tak payah nak menipu lah kot ye pun nak aku buka mata. Tunggu lah aku kumpul kuasa penuh aku dulu,"bantah Ohm yang masih dalam keadaan 'bertapa' nya.
Kabus-kabus masih lagi tidak hilang. Malah kelihatan semakin bertambah. Ini menjadi tanda seiringnya pertambahan tenaga dalaman Ohm.
"Aku serius lah bodoh! Tengok!". Akibat terlalu berang, Kevin memegang wajah Ohm dan menariknya untuk melihat ke bawah markas. Dan disebabkan terpaksa, Ohm membuka matanya.
Apa?! Ohm terkejut apabila melihat semua tahanannya telah terlepas dengan mudah begitu sahaja. Mana semua askar SOLID dia?
"Macam mana boleh lepas?! Askar SOLID tak buat kerja ke?!,"soal Ohm yang juga turut mula marah.
Spike yang terdengar jeritan Ohm di atas markas, tersenyum bangga. Dia bergerak mendekati bangunan markas itu lalu melihat ke atas;ke arah Ohm dan Kevin yang kelihatan runsing.
"Askar SOLID kau semua tak boleh pakai! Hahaha. Aku tumpaskan diorang semua, gunakan kuasa ivy beracun je,"laung Spike lantang suapaya didengari mereka berdua yang berada di atas.
YOU ARE READING
ELEMENTOM ©️
Fantasy❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , bapaku hilang tanpa khabar berita ataupun yang lebih tepat, MENINGGAL DUNIA. Kisahku bermula apabila sekumpulan askar kejam datang menyerang...