Kejutan demi kejutan

855 109 0
                                    

Encik Liq meneroka kawasan perumahan di kawasan itu untuk mendapatkan bekalan makanan. Satu kedai runcit pun tidak dijumpainya dari tadi.

Spike mengikutinya dari belakang namun agak jauh untuk membuatkan Pakcik Liq menyedari dirinya. Spike terus berjalan lalu pergi ke belakang sebuah rumah usang.

Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan alat elektronik kecik. Walkie talkie mini dikeluarkan dari koceknya. Dia menekan punat tepi walkie talkie itu.

"Misi 2 berjaya", bisiknya pada walkie talkie itu.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Jarum jam di dinding telah menunjukkan pukul 8 malam. Hanya tinggal sejam sahaja lagi untuk Pyro dan rakannya semua terjaga.

Walaupun sudah beberapa jam, namun Pakcik Liq tidak pulang pulang lagi. Spike pun sama.

Kenapa masih belum pulang? Sesat kah? Ditangkap askar SOLID? Ah jangan asyik fikir buruk.

"Ayah kau tak balik balik lagi ni. Kau tak risau ke?", tanya Virnus pada Hydro.

"Risau tu risau jugak. Tapi dia kan sekarang masih di luar dengan 'anak kesayangan' dia", kata Hydro tanpa memandang wajah Virnus.

"Laa.. kau masih jealous ke?", tanya Ember pula.

Tiba tiba Dr. Chrone muncul dari dapur lalu mendekati mereka.

"Tak payah nak cemburu lah. Perkara yang lama tak usah dikenang", sampuk Dr. Chrone.

Sedang mereka berbual, tiba tiba Pyro mengigau kecil. Begitu juga dengan yang lain. Dek kerana risau bercampur ingin tahu,Terra mendekati mereka.

"Kenapa ni doktor? ",tanyanya dengan agak cemas.

"Jangan risau. Itu menandakan yang 'jalan cerita' dah nak tamat",ujar Dr. Chrone dengan tenang.

Mereka mengangguk faham. Bual punya bual, sekarang sudah pukul 8.30 malam. Tetapi mana perginya Pakcik Liq dan Spike.

"Saya dah mula tak sedap hati ni. Kamu berempat cuba cari mereka berdua tu. Dah lama sangat ni", arah Dr. Chrone.

"Doktor jaga diorang yang lain tau. Okay kitorang pergi dulu", kata Ember lalu mereka berempat bergegas keluar.

Mereka sudah mencari di setiap pelusuk rumah serta restoran di kawasan itu. Tetapi tidak ternampak pula kelibat mereka berdua.

Virnus mula berputus asa. Begitu juga dengan Ember dan Terra. Tetapi tidak bagi Hydro,dia tidak akan berhenti selagi ayahnya tidak dijumpai.

"Kita balik sahajalah. Kita beritahu Dr. Chrone untuk tolong cari ayah kau , eh?",pujuk Virnus sambil menggosok belakang Hydro.

Hydro akur dan mereka pun berjalan pulang ke rumah.

Dalam perjalanan, mereka ternampak sekujur tubuh yang dalam pembaringan di celah semak samun. Mereka berpandangan sesama sendiri lalu segera pergi ke arah orang itu.

"Ayah!", teriak Hydro lalu memeluk orang yang tidak sedarkan diri itu.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Sementara itu....

"Kamu semua dah hampir ke penghujung cerita silam saya. Jadi bersedia untuk ke dunia nyata semula nanti", ujar Dr. Chrone sambil memegang kepala Pyro dan memejamkan matanya.

Suara Dr. Chrone berkumandang dan bergema sepenuh ruang masa. Pyro dan yang lain masih fokus melihat kisah silam Dr. Chrone itu.

Tiba tiba pintu diketuk agak kuat dari luar. Dr. Chrone segera membuka matanya dan menurunkan tangan dari kepala Pyro.

Baru jumpa Pakcik Liq ke? Lambat betul.

Dr. Chrone berdiri dari cangkungannya dan melangkah ke pintu. Tombol pintu dipulasnya.

Terkejut Dr. Chrone apabila ada tiga orang dewasa yang berdiri berhadapan dengannya. Dia kenal benar dengan mereka. Berpakaian askar berwarna merah, berlambang W dan berpangkat sama.

Dr. Chrone berundur perlahan ke belakang dengan matanya yang terbeliak. Mulutnya juga sedikit ternganga. Tak dijangkanya perkara ini akan berlaku.

Lelaki ditengah tengah itu tersenyum sinis memandang Dr. Chrone.

"Rindukan kami, Chrone?"

_______________________
to be continued.. :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now