Bztttt!
Reo membuka matanya . Alangkah terkejutnya apabila terlihat sekujur tubuh yang terbaring di tengah perlawanan . Wajah peserta itu amat di kenalinya.
Itu adalah Raju . Raju mahu menyerangnya menggunakan penumbuk batu tapi tanpa disengajakan, dia telah menjadi perisai Reo daripada terkena serangan petir.
Reo tergamam. Dia mula menjerit ke arah peserta yang lain . Sebanyak tiga kumpulan telah tercampak ke luar .
Zack memandangnya dengan senyuman kelat .
"Kuat juga dia ni . Tapi dia dah senangkan kerja kita . Dah tak ramai orang ni"
Kata kata Zack itu dapat ditangkap Dash . Mereka mula mengorak serangan .
Reo bersedia dengan serangan yang mungkin datang dari pelbagai arah .
Terlihat satu lembaga yang berselindung di dalam petir berlari laju ke arahnya .
Reo tahu dia tidak dapat menghalangnya dengan kepantasan seperti itu . Reo mula menjerit sekuat hati ke arah Dash.
Peserta di luar gelanggang menutup telinga dek kerana bunyi yang terlalu lantang itu.
Dash semakin menghampiri dan mengacu penumbuknya ke arah pipi Reo .
Boom!!
Asap dingin menutup gelanggang . Pandangan semua orang kabur dan tak begitu pasti apa yang berlaku . Cikgu Vibe menggosok matanya untuk melihat dalam ke arah kabus tebal.
Kabus semakin kurang . Pelajar di luar gelanggang bersorak . Cikgu Vibe tersenyum
"Teruskan perlawanan ", ujar Cikgu Vibe.
Terkejut Reo apabila melihat buku lima dihadapan matanya telah disekat oleh bongkah ais gergasi di tengah tengah gelanggang.
Reo memandang Izz dan tersenyum . Izz hanya berdiam diri tapi cukup untuk membuatkan Reo rasa selamat.
"Aku taknak berpeluk tubuh je . Aku akan tolong kau", ucapan Izz membuatkan Reo terharu .
Izz mula menurunkan hud yang disarungkan di atas kepalanya. Kini Izz benar benar serius.
Hanya tinggal 3 kumpulan sahaja yang terdapat di atas gelanggang kini ; Reo&Izz , Zack&Dash , Miranda&Sequel.
Izz memandang ke arah Zack. Tangannya mula bergerak lunak . Dataran gelanggang yang dibuat dari simen tadi sudah bertukar menjadi lantai ais.
"Kau tak boleh menyerang dengan keadaan begini", kata Izz sambil keningnya diangkat sedikit.
Dash amat geram . Dia tahu dia akan terjatuh jika berlari di atas gelanggang sekarang . Dia mula berbisik di telinga Zack .
Belum sempat dia menghabiskan bisikannya , Dash ternampak tembakan duri yang menghala ke arah nya . Pantas dia mengelak dalam keadaan seperti hendak tergelincir itu.
Sequel hanya senyum memandang Zack dan Dash. Sequel mula mengeluarkan pokok kaktus dan menyerang Dash . Miranda pula mengawal air dan membuat libas untuk menyeranh Reo dan Izz.
Duri kaktus itu menyusur laju ke arah Dash . Tiba tiba satu asap gelap menutup badan Dash. Dia memandang ke tepinya.
Ya . Itulah kuasa Zack. Zack mengawal kegelapan dan menyebabkan satu gelanggang itu menjadi kelam. Peserta diluar mula tercengang.
"Apa dah jadi?", Flora bertanya.
Shiny tersenyum . Abangnya itu memang hebat dalam mengawal kuasa kegelapannya .
Suasana gelanggang cukup gelap. Sequel terpinga pinga melihat sekeliling .
"Bagaimana aku nak melihat ?", tanya Sequel di dalam kubus hitam itu.
"Kau kena ada cahaya"
Suara perlahan itu didengarinya . Dia memandang ke arah suara tadi dan ternampak jaluran elektrik menyambar ke arah nya.
Peserta di luar masih lagi tidak tahu keadaan di dalam. Tiba tiba Sequel tercampak ke luar. Beberapa orang terkejut dengan keadaannya yang agak teruk .
Nurse yang bertugas segera memberikan bantuan. Bebola air bercahaya menyaluti luka di lutut Sequel.
Miranda tahu dia tinggal keseorangan. Kini matlamatnya bukan lagi untuk menang, tetapi untuk menyerang Dash kembali .
Reo yang tidak faham dengan keadaan yang gelap itu menggaru kepalanya tak tidak gatal.Reo bertanya kepada Izz yang diyakininya masih disebelahnya.
"Kita nak buat apa sekarang?"
"Kita tunggu", Izz menjawab ringkas.
Tiba tiba semua mata memandang ke arah atas. Tubuh Miranda tercampak ke langit . Beberapa penyelamat di situ membuat pusaran angin untuk menyambut tubuh lemah Miranda .
Prtttt!
___________________________
to be continued... :)
YOU ARE READING
ELEMENTOM ©️
Fantasy❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , bapaku hilang tanpa khabar berita ataupun yang lebih tepat, MENINGGAL DUNIA. Kisahku bermula apabila sekumpulan askar kejam datang menyerang...