"Jangan macam macam budak. Aku tak kan berlembut dengan kau walaupun kau kecik, kau tahu", ugut seorang dari askar SOLID.
"Ada aku suruh kau berlembut?", jawab Windy dengan senyuman sinis dan nada angkuh.
Askar itu mula geram. Hatinya mendididih apabila mendengar ayat itu. Dengan pantas,dia membuka kacamatanya dan keluarlah sinaran kehijauan itu menghala ke arah Windy. Namun serangan tak mengenai sasaran .Satu tembok besi menghalang pancaran cahaya itu.
Stelix yang berdiri dibelakang sudah mula menggunakan kuasanya untuk menolong Windy.
"Aku tak kan biarkan kau berseronok seorang-seorang", kata Stelix kepada Windy.
Windy tersenyum memandang Stelix. Tak disangkanya Stelix akan membantunya kerana bagi Windy,semua pelajar lain pengecut untuk membela diri.
Melihat keadaan itu, kedua askar yang lain juga turut membuka kacamatanya . Sinaran kehijauan itu terpancar terang menembak dinding dewan sehingga retak. Cahaya itu diarahkan kepada mereka untuk menyerang pelajar itu.
Tiba tiba keadaan dewan gelap. Mata askar SOLID itu mula meliar mencari pelajar tadi. Kaki seorang daripada askar itu direntap dan diangkat ke udara. Akar berduri itu mula membelit keseluruhan badan askar. Dia hendak menjerit tetapi mulutnya juga telah ditutup.
Api membara dilontarkan ke arah askar yang tertinggal. Api itu tepat mengenai mukanya dan dia tersunggur jatuh. Pandangannya mula kabur dan seperti hendak pitam.
Pyro mendekatkan diri sambil memandang wajah lelaki yang sudah terbaring itu dengan wajah yang serius. Pyro menenung askar itu.
"K..kau punya ca..cara serangan sama dengan wanita tu. Kau mesti anak dia, Py ..Pyro", ujar askar lelaki itu sebelum pengsan dan tak sedarkan diri.
Pelajar yang masih didewan mula berdiri . Mereka merancang untuk keluar dewan bersama sama .
"Perempuan? Perempuan mana? Hah! Tak mungkin", kata Pyro yang sudah mula risau.
"Takkan mak aku dah kena tangkap?", duga Pyro yang tertanya tanya.
Mereka yang lain hanya memandang sesama sendiri. Jika benar ibu Pyro ditangkap , kemungkinan ibubapa mereka juga telah mendapat nasib yang sama.
"Kita perlu ke rumah kau untuk mendapatkan kepastian", kata Geo .
Izz menjengukkan kepala keluar dewan. Diperiksanya jika ada mana mana askar yang terdapat berdekatan.
Setelah line clear, mereka mula bergerak keluar. Sedang berjalan , mereka ternampak sekumpulan askar itu masih meronda kawasan kantin.
Tiba tiba Zack rebah. Tubuhnya disambut Shiny. Mereka semua memandang ke arah Zack untuk mencari punca.
"Kenapa dengan Zack? Dia kena tembak ke tadi?", tanya Dash dengan nada risau .
"Tak. Dia memang akan jadi macam ni kalau dah pukul 12 tengahari tepat. Dia lemah dengan cahaya kuat", terang Shiny.
Mereka mencari akal untuk keluar dari sekolah itu . Mereka tahu yang guru guru dan murid murid lain sudah ditangkap kerana tiada bunyi jeritan ataupun pertelingkahan pun.
Tiba tiba Pyro tersedar sesuatu. Muka nya berubah menjadi risau semula. Dia memberitahu mereka dengan perlahan supaya tidak didengari askar.
"Aqua macam mana? Dia seorang sahaja di rumah. Mak ayah dia pergi balik ke kampung",tanya Pyro.
"Kita kena selamatkan Aqua cepat! Kita kena cepatkan pergerakan kita supaya sampai ke sana dengan segera ", kata Izz.
Mereka mengganggukkan kepala tanda faham. Mereka mula untuk bergerak secara senyap senyap ke luar sekolah. Tiba tiba satu tangan menggenggam bahu Izz . Rupanya itu adalah Reo. Hampir sahaja Reo ditumbuknya.
"Kau selamat?", tanya Dash yang terkejut.
"Haah, aku lari ke tandas tadi dan tak sangka pula diorang tak check tandas", terang Reo sambil tercungap cungap.
Mereka memasuki lorong sempit yang berada diantara pejabat dan bilik guru.
"Woi!!"
________________________
to be continued ... :)
YOU ARE READING
ELEMENTOM ©️
Fantasía❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , bapaku hilang tanpa khabar berita ataupun yang lebih tepat, MENINGGAL DUNIA. Kisahku bermula apabila sekumpulan askar kejam datang menyerang...