"Dia nak apa dari aku? Aku tak ada duit ni . Ataupun dia nak buli aku? Tapi atas sebab apa?" bisik hati Izz.
"Tak payah nak takut sangat dengan aku . Aku taknak duit kau pun" kata Zack perlahan namun masih tegas .
Izz tersentak. Zack tidak mahukan duitnya jadi dia mahukan apa?
Izz sudah mula ketakutan memikirkan sebarang kemungkinan yang akan Zack lakukan.
Zack mendekatkan bibirnya ke arah telinga Izz. Bibirnya berbisik perlahan .
"Kau nak jadi geng aku?"
Izz menjauhkan dirinya ke belakang sedikit. Ditatapnya wajah Zack. Muka Zack tidak menandakan sebarang penipuan ataupun helah.
"Geng kau? Tapi kenapa?", soalan dilontarkan oleh Izz .
"Sebab aku nampak kau pandai gunakan kuasa. Jadi join aku . Tapi ada satu syarat", terang Zack.
"Apa?"
"Jangan bercakap dengan Reo lagi. Geng aku dilarang untuk berkawan dengan dia. Faham?",ancam Zack.
Izz berfikir sejenak . Dia perlu menjauhkan diri dari Reo sedangkan dia merupakan satu pasukan beberapa hari lepas.
"Errr... b-bo-boleh kut", jawab Izz tergagap gagap.
"Izz , buat apa berdiri kat depan tu? Masuk rumah . Dah senja ni", teriak bapanya dari tingkap rumah di tingkat dua.
"Izz tengah bercakap dengan kawan ni ha. Kejap", jawab Izz .
"Kawan yang mana?",tanya ayahnya.
"Ni ha ada kat sebelah..",Izz terdiam setelah menoleh ke tepinya. Zack tak kelihatan lagi .
"Mana dia pergi?", bisik hati Izz.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Izz membawa diri ke luar rumah untuk berjalan jalan . Dia mengambil basikalnya dari garaj lalu dikayuhnya.Sedang dia mengayuh basikalnya melepasi jambatan , tiba tiba namanya dipanggil dari tepi . Dia melihat gerangan mana kah yang memanggilnya.
Zack. Zack yang memanggilnya sedang duduk dipondok kecil di bawah pokok rimbun. Izz mengayuh basikalnya ke arah pondok.
"Mai duduk sini", ajak Zack sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya.
Izz melangkah ke arah pondok itu . Fuh,hidungnya dicucuk dengan satu bau kuat setelah melangkah masuk. Dia memang kenal benar dengan bau ini.
Izz baru sahaja mahu bertanya tentang bau ini , tiba tiba Zack menghulurkan sesuatu ke arahnya.
"Nah ", kata Zack sambil menghulurkan sebatang rokok.
"Err.. saya tak..", sedang Izz cuba membantah tiba tiba dia disampuk.
"Jangan kata kau tak merokok",kata Dash yang sedang menghisap batang tembakau itu.
Izz hanya tersenyum kelat . Dia mahu membantah tapi takut dimarah ataupun lebih teruk, dibelasah mereka .
Izz mengambil rokok itu lalu dibelek belek dari hujung hingga ke hujung. Izz memang jarang untuk berjumpa dengan rokok kerana ayahnya juga bukanlah seorang perokok.
Zack menghulurkan pemetik api kepada Izz. Izz membakar hujung rokok itu sambil tangannya terketar ketar.
"Apa yang aku buat ni? Kenapa aku kena buat benda ni?", bisik hati Izz serba salah.
Dash dan Zack memerhatikan Izz. Pandangan mereka membuatkan Izz semakin takut untuk membantah.
Dia memasukkan rokok itu ke mulutnya . Dihisapnya perlahan lahan. Dia menahan rasa bersalah di dirinya.
Secara tiba tiba, rokok itu membeku. Izz terkejut lalu melepaskan rokok itu jatuh ke lantai.
Pecah berderai rokok itu di hadapan Izz. Izz yang terkejut segera lari dari pondok itu dan mengambil basikalnya lalu dikayuhnya sepantas mungkin supaya jauh dari situ.
"Perlukah aku kejar dia?",tanya Dash kepada Zack.
"Tak, tak perlu. Lagipun dia mesti dah tau yang kita serius dengan apa yang kita cakap", jawab Zack.
Zack tersenyum sinis. Dia berjaya membuatkan seorang lagi untuk takut dengannya.
"Mesti dia takut nak jumpa kita kat sekolah nanti", kata Dash sambil tergelak kecil.
______________________
to be continued?.....:)
YOU ARE READING
ELEMENTOM ©️
Fantasy❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , bapaku hilang tanpa khabar berita ataupun yang lebih tepat, MENINGGAL DUNIA. Kisahku bermula apabila sekumpulan askar kejam datang menyerang...