Askar itu dibelit ketat oleh batang pokok pokok menjalar. Dia cuba untuk menggerakkan badan namun gagal.
Spike mendekati askar itu sambil menggenggam penumbuknya . Dia betul betul menahan marahnya.
"Aku tak akan biarkan sesiapa pun sakiti mak aku", kata Spike betul betul dihadapan wajah askar itu.
Askar SOLID tersebut hanya acuh tak acuh mendengar bebelan Spike sementara dia masih lagi cuba melepaskan diri. Kuat juga batang akar menjalar ni, pokok apa dia guna.
"Aku mungkin tak pandai sangat guna kuasa aku tapi kemahiran berkebun aku pun cukup untuk tahan kau macam ni", kata Spike lagi.
Mak Spike yang tadinya masih duduk di ruang tamu kini telah berada di muka pintu. Betul betul bersebelahan dengan askar itu.
Askar tersebut hanya mendengar ugutan Spike endah tak endah. Tiba tiba dia tersenyum.
Dia memandang ke arah Spike lalu dia menggelengkan kepala sekuat hati sehingga kacamata hitamnya jatuh tersembam ke tanah. Dia masih tersenyum sinis memandang Spike.
"Kau..kau nak buat apa?", tanya Spike yang tak sedap hati.
Selang beberapa saat selepas itu, satu cahaya hijau terang keluar dari matanya menembak laju ke arahnya.
Spike yang terkaku dengan kelajuan itu tidak boleh berbuat apa apa.
Boom!
Spike jatuh terseret ke tanah. Bajunya sudah sedikit terbakar dan koyak koyak. Spike terbatuk batuk kesakitan. Tangan kanannya mengurut dadanya yang di tembak .
"Sedap? ", kata askar itu lalu ketawa.
Mak Spike segera memakai selipar lalu mendekati anaknya. Dia mengusap pipi anaknya untuk memberikan ketenangan.
"Jangan serang lagi. Kita serah diri je , nak", pujuk maknya.
"Saya tak kan mengalah mak. Saya tak kan bagi peluang!", teriak Spike lalu berlari ke arah askar itu semula.
Boom!!
Spike terpelanting ke belakang lagi . Kali ini tembakan itu lebih kuat dari tadi. Dia sudah tidak bermaya.
Seketika itu, beberapa askar yang lain tiba di kebun itu. Seorang daripada askar tersebut membantu rakannya melepaskan diri dari akar pokok itu.
Manakala yang lain datang ke arah Spike dan ibunya. Mereka ditangkap rela. Tiada tenaga lagi nak melawan.
Mereka di campakkan ke dalam lori besar. Di dalamnya terdapat ramai orang yang turut ditangkap dan hanya menunggu masa untuk dibawa ke tempat mereka.
Setelah hampir satu jam lebih, lori itu pun berhenti. Kami diturunkan seorang demi seorang. Kelihatan satu mahligai seperti istana yang tersadai dihadapan kami. Namun tempat ini merupakan tempat askar askar berkumpul.
Kami ditarik paksa memasuki pangkalan itu . Lalu kami dibawa pula ke satu bilik petempatan. Kami dicampak ke dalam tempat seperti penjara itu lalu pagarnya dikunci.
Mak Spike hanya memeluk anaknya itu. Tak boleh melepaskan diri lagi. Namun apa tujuan mereka menangkap orang sebanyak ini.
Sudah hampir malam, namun mereka masih lagi duduk diam didalam itu. Sehinggalah seorang daripada askar tersebut menolak dulang yang berisi beberapa keping roti bersama air botol.
Orang di dalam sel tersebut semuanya berebut untuk mengambilnya. Spike cuba mendekati dulang itu. Diambilnya satu roti lalu memberikan kepada maknya. Dia mahu mengambil satu lagi untuk dirinya namun roti yang dipegangnya telah dipegang seseorang .
Spike memandang ke atas dan terlihat wajah seorang lelaki yang berusia. Kerana simpati, Spike memberikan roti itu kepadanya.
"Anak muda nama apa?", tanya lelaki itu
"Saya .. Spike", jawab Spike perlahan.
"Oh, nama pakcik Liquid. Panggil sahaja Pakcik Liq", kata lelaki itu.
Pakcik Liq membelah roti itu kepada dua lalu diberinya separuh kepada Spike. Spike menerima roti itu dengan rasa segan. Mereka mula berbual mesra.
"Pakcik, tak rasa nak lari dari tempat ini?", soalan itu terpacul keluar dari mulut Spike.
_______________________
to be continued.. :)
YOU ARE READING
ELEMENTOM ©️
Fantasy❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , bapaku hilang tanpa khabar berita ataupun yang lebih tepat, MENINGGAL DUNIA. Kisahku bermula apabila sekumpulan askar kejam datang menyerang...