Flashback Ohm III

339 34 3
                                    

"Tuan, radar menunjukkan terdapat banyak armada yang menuju dengan sangat pantas ke arah tempat pelabuhan! Tuan, mohon hantar bantuan! Kod merah! Kod-"

Bzztt!

Pengendali telekomunikasi pelabuhan itu tumbang direnjat petir. Siapa lagi, kalau bukan angkara Ohm.

Ohm turun dari terbangannya perlahan-lahan. Lalu beberapa saat kemudian, kapal-kapal perang yang turut mengikutinya juga turut berlabuh di sana.

"Kita akan serang pusat bandar negara ni! Kita akan serang pusat bandar terlebih dahulu. Bandar Elvetor!" laung Ohm mengetuai segerombolan askar yang sudah turun daripada kapal-kapal besar itu.

"Kita serang!". Sorakan riuh semua askar itu jelas menunjukkan semangat yang teguh.

"Rejimen I akan tubuhkan markas. Rejimen II pula akan pergi turun padang menculik semua penduduk. Faham?!"laung Ohm dengan lantang.

"Faham tuan!"

"Kalau macamtu... mari kita serang!"

Semua askar-askar itu pun bersorak dan bergerak dengan pantas. Sorakan yang bersahut-sahutan menimbulkan gema yang amat muat. Serangan mereka ini lebih berkonsepkan kepada serangan jenis gerila.

Ohm tersenyum melihat betapa ramainya askar yang berada di bawah kendalinya. Boleh dikatakan beribu orang!

Ohm juga tidak hanya duduk kerusi menggoyangkan kaki. Dia terus mengapungkan dirinya ke udara dan turut maju ke hadapan bersama-sama menjayakan rancangan yang telah dirancang olehnya bersama Venom.

~¤~

Sudah sehari berlalu semenjak serangannya yang dilakukan pada tempoh hari. Hasilnya lumayan. Sudah ramai orang yang diculiknya dan pentadbiran negara ini sepertinya tidak dapat melakukan sebarang defensif dek kerana pusat bandarnya sendiri yang sudah dinaungi 'penjajah'.

Beberapa hari jika berlarutan begini, sudah pasti 11 remaja itu akan ditemui. Jika tidak pun, Ohm hanya perlu memperluaskan lagi penerokaannya terhadap negara ini. Mereka semestinya tidak akan dapat lepas. Rancangan yang sungguh bijak, bukan?

Tidak perlu berpenat lelah, tidak perlu menjemur diri... Ohm kekal duduk di dalam markasnya yang telah pun siap dibina. Memang pantas, dalam masa sehari setengah sahaja markas ini sudah siap untuk digunakan untuk operasi jahatnya.

Ohm duduk di kerusinya sambil melihat askar-askar upahannya mengheret mangsa penculikan ke dalam bangka. Terdapat juga beberapa mangsa penculikan ini yang dipaksa beratur untuk masuk ke dalam mesin yang menukar elemen mereka dan juga mesin 'mencuci' minda.

Tiba-tiba, berlaku satu kekecohan di bahagian mesin-mesin pencuci minda itu. Sepertinya ada pergelutan ataupun satu penentangan yang berlaku. Ohm melirikkan matanya melihat situasi itu apabila kekecohan itu sepertinya semakin riuh.

Kelihatan seorang remaja berusaha untuk melepaskan dirinya. Dia mula menumbuhkan beberapa batang pokok seri pagi lalu membelit beberapa askar-askar berdekatannya.

Mahu tidak mahu, Ohm berdiri dari kerusinya dan terpaksa turun padang. Bukan kerana terasa ancaman daripada budak itu, cuma Ohm takut keberanian budak itu menimbulkan semangat terhadap orang lain untuk turut menentang.

Ohm perasan remaja unsur tumbuhan itu teguh mempertahankan ibunya setelah berjaya menolong seorang pakcik untuk meloloskan diri. Ohm tidak fikir panjang, dia terus datang ke arah wanita tua yang sedang bersimpuh di lantai dam menggenggam lehernya dan mengangkatnya ke atas.

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now